WAJAH lelaki yang berkumis halus itu direnung lama. Sepasang mata redup itu juga turut tidak lari dari memandang wajahnya.
Hayy Mikael.
Wajah lelaki ini kini tampak lebih menggoda berbanding dahulu. Walaupun tak terlalu banyak beza, tapi sudah cukup membuatkan gadis itu terpaku melihatnya. Semakin berusia, semakin tampan. Pendek kata, lebih sedap mata memandang.
"Macam mana kau boleh buang aku dari hidup kau, Mell? Kenapa semudah itu?"
Armell berpeluk tubuh, bersandar di sisi meja. "Semudah macam awak tipu saya dulu ke?"
"Look, Armell. Aku—"
"Saya dah tak ada perasaan pada awak."
Laju Hayy Mikael menggelengkan kepala tatkala jawapan balas itu menyentuh gegendang telinganya.
"Tak, aku kenal kau Mell. Aku tau kau masih cintakan aku," tegasnya. Buku lima di sisi tubuh digenggam kuat.
Armell berjalan menghampiri Hayy Mikael yang sedang berdiri kaku tidak jauh darinya. Tali leher lelaki itu dipegang dan dielus lembut. Kepala diangkat memandang wajah lelaki yang memang sedari tadi asyik merenungnya. Dia tahu.
"Awak nak saya cakap apa? Awak nak saya cakap, yang saya cintakan awak sedangkan bulan depan sahaja lagi saya akan bernikah? Macam tu?" Kening dijungkit, menduga reaksi lelaki itu.
Hayy Mikael hilang kosa kata. Rahang diketap menahan perasaan. Senyuman sinis si gadis buatkan kesabarannya semakin tipis.
Armell koyak senyum nipis, tetapi sebenarnya lebih kepada menyinis. Rasa seronok benar melihat lelaki itu terluka. Tangan lembutnya melingkar pada lengan Hayy Mikael. Lengan sasa itu dipeluk mesra. Kepalanya dilentokkan pada bahu Hayy Mikael, menduga riak lelaki itu.
Ekor mata mengerling kepala Armell di sisi. Halkumnya berputar keras. Nafas ditarik dalam.
"I love you... too much, Armell!" Hampir berbisik.
Mendengarkan itu, Armell mendongak memandang Hayy Mikael. Bukan kerana terkejut, tapi lebih kepada ingin menyindir. Mata dikerdip dua kali, beriak polos.
"Hm? Awak cakap apa tadi?"
"Aku. Cintakan. Kau," ungkap Hayy Mikael sekali lagi tapi kali ini dengan intonasi suara yang sangat perlahan sehingga terdengar getarannya. Liur yang ditelan sudah terasa kesat.
Armell mengangguk perlahan seraya tertawa sinis namun tidak lama sebelum wajahnya kembali terlihat tegang. Sisi wajah Hayy Mikael dipandang kosong. "Penipu."
"Penipu!" Kali ini, suaranya naik seoktaf. Tak dipedulikan apa tanggapan staf di luar. Kemudian kaki melangkah ke arah pintu pejabat yang terbuka. Daun pintu ditutup rapat sebelum berjalan kembali semula.
Tanpa sedar matanya mula berkaca, mengaburkan figura yang masih kaku berdiri di hadapannya. Hanya tunggu masa untuk menitis saja lagi.
"Mell." Hayy Mikael menghampiri Armell. Baru saja tangannya ingin memegang bahu gadis itu terus saja ditepis kasar. Tubuh Hayy Mikael ditolak kuat sehingga lelaki itu terundur setapak ke belakang.
Armell mengangkat sedikit tangannya tanpa suara. Memberi isyarat supaya lelaki itu diam dan memberi ruangnya untuk berbicara.
"Bulan depan aku menikah, Hayy! Dah terlalu jauh untuk aku berpatah balik! Sekarang baru kau nak cakap kau cintakan aku? Pergi mati!!!" Nyaring suaranya menengking dan serentak itu dada utuh Hayy Mikael dipukul sekali.
"Apa kau ingat kalau kau cakap yang kau cintakan aku, aku akan senang-senang batalkan perkahwinan aku dengan Huzzair dan balik pada kau? Tak semudah itu. Sayang sekali, aku takkan balik pada kau, Hayy. I would never!"
"Kau dah tak cintakan aku?" Hayy Mikael bersuara tiba-tiba setelah lama membisu. Matanya juga mula berkaca. Wajah Armell ditenung menanti jawapan. Tak beralih walau seinci pun.
Dengan air mata yang masih lagi bersisa, Armell menggeleng bersama senyuman sinis.
"Look here, pandang aku. Tengok mata aku dalam-dalam dan cakap yang kau tak cintakan aku." Tegas Hayy Mikael mengasak.
Namun Armell tidak memberi sebarang reaksi. Pandangan dialih ke lain. Bimbang kalau matanya dan mata Hayy Mikael bertaut, dia akan tewas. Tewas dengan rasa yang selama ini dia sentiasa nafikan.
"Pandang mata aku, Armell! Cakap yang kau tak cintakan aku, now!" Suara garau Hayy Mikael naik seoktaf membuatkan bahu gadis itu terhinjut dek jerkahannya.
Armell ketap bibir. Hatinya menangis dan meratap namun ego mengatasi segala-galanya. Bibir diketap kuat. Empangan air matanya semakin tidak kukuh. Bila-bila masa saja boleh pecah.
Armell kuatkan diri membalas renungan Hayy Mikael. Sepasang mata itu juga sedang berkaca. Menambah lagi rasa sebak di hati Armell. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum menghembus perlahan. Wajah dikawal sedaya upaya supaya kekal dengan riak angkuh sepertimana di awal-awal perbualan mereka.
"Say it now, Ar—"
"Yes, Hayy Mikael! Aku tak cintakan kau! Puas?!"
YOU ARE READING
BUKAN YANG PERTAMA
RomancePernah tak kau nak tinggalkan seseorang, tetapi sebenarnya kau sendiri tak nak berpisah. Dan kedua-duanya masih sayang. Namun keadaanlah memaksa kau mengakhiri semuanya. Dan saat semuanya berakhir, kau teringin balik semula. Tapi kau takut dikecewak...