Bab 7

4.1K 224 1
                                    

SUDAH tiga hari Hayy Mikael tidak kelihatan. Armell mengaku, sejak dia tinggalkan Hayy Mikael begitu saja di Proud Mary pada tempoh hari buatkan dia tercari-cari gerangan lelaki itu. Entah kenapa diterpa rasa bersalah pula.

Hari ini, sebaik saja waktu kuliah tamat, Armell terus ke luar kolej. Destinasi utamanya adalah ke Lake Aura Vale. Tasik yang selalu menjadi tempat kunjungan orang ramai terutamanya pelancong-pelancong dari luar negara. Tasik itu jugalah menjadi tempat pertemuan keduanya dengan Hayy Mikael selepas insiden di Proud Mary.

Armell lepas keluhan kecil. Apa motif sebenar dia datang ke sini? Cari Hayy Mikael? Sepatutnya dia bersyukur kerana lelaki itu sudah tidak berani menunjukkan diri.

Sedang dia leka berjalan, tiba-tiba matanya tertancap ke arah seorang gadis yang seperti dia kenali sedang berdiri dengan layar iphone ditekap ke telinga seperti sedang berhubung dengan seseorang berhampiran dengan tasik. Mata dikecilkan mengecam sisi wajah gadis itu.

"Evelyn!" Armell melaung kuat.

Gadis itu berpaling. Armell melambai tinggi.

Dari jauh, dia lihat gadis itu seperti terburu-buru ingin pergi dari satu. Dan kali ini Armell menjerit lebih kuat. Dia yakin itu Evelyn.

"Evelyn! Ini I, Mell!"

Baru saja Armell berura-ura hendak membuka langkah besar ingin mendekati, Evelyn terlebih dahulu melangkah pergi meninggalkan kawasan itu. Senyuman Armell kian sirna. Susuk tubuh si gadis yang semakin menjauh diperhati dengan kedutan halus di dahi.



IPHONE yang sedari tadi bergetar di atas meja, Hayy Mikael capai. Terdapat beberapa notifikasi dari aplikasi whatsapp terpapar di layar iPhone miliknya. Terdengar keluhan kecil dilepaskan.

"Asal?" tanya Arash. Mendengar keluhan Hayy Mikael buatkan matanya yang tadi fokus pada skrin tv kini beralih memandang sisi wajah sahabat di sebelah.

"Evelyn."

"Kenapa dengan Evelyn?"

Hayy Mikael garu kepala sebelum berdecit perlahan. "Tak boleh haraplah minah ni."

Arash hanya mengangguk perlahan seraya mencebik. "Mungkin dia tak sampai hati kut," duga Arash.

"Aku ni? Ingat aku tergamak ke nak buat macam ni?" Kedua-dua kening Hayy Mikael terjungkit spontan. Keluhan berat dilepaskan. Belakang tubuh disatukan ke kepala katil.

"Ya, aku faham. Aku faham sangat apa yang kau tengah lalui sekarang. Tapi kau buat semua ni bukan semata-mata nak tunaikan impian dia kan? Bukan kerana terpaksa kan?" risik Arash.

Hayy Mikael tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia juga ada hati dan perasaan. Tapi jika inilah yang si dia mahukan, tiada apalagi yang Hayy Mikael harus lakukan selain akur. Sementelahan, dia juga sudah benar-benar jatuh suka pada Armell.

"Kau betul-betul sukakan Mell tak?" risik Arash.

"Suka tu ada lah, kalau tidak aku tak kejarlah dia, Rash..."

"Cantik!" Bahu Hayy Mikael ditepuk kuat.

Hayy Mikael pandang Arash.

"Show your effort bro. Go and get her."

Melihat Hayy Mikael yang seakan bergegas turun dari katil, mata Arash serta-merta membesar luas. Oh, suruh kejar awek, laju aje!

"Hoi, nak ke mana?"

Terhenti langkah Hayy Mikael yang sudah ingin melangkah keluar dari bilik. Dia toleh memandang Arash dan senyuman senget terukir dibibir. "Go, and get her."


BUKAN YANG PERTAMAWhere stories live. Discover now