Bab 1

11.8K 368 3
                                    

5 Tahun lepas...

SEPASANG mata cantik berbentuk hooded eyes menjadi tatapannya. Walau hati tak rela, tapi mata tetap tidak mahu beralih dari merenung ke situ. Sementelahan lelaki itu juga tidak beralih dari membalas renungannya.

Mata itu. Mata lelaki itu buatkan dia terpana walau untuk seketika cuma. Dan buat seketika, mereka berdua berada di dalam dunia milik mereka sendiri, seolah terpisah sekejap dari realiti.

'I kenal you ke?' soal bahasa mata Armell.

'Proud Mary Coffee. Still remember?' balas bahasa mata lelaki itu dengan mata sengaja dikecilkan bersama senyuman senget terherot di bibir.

Jawapan bahasa mata Hayy Mikael buatkan mata Armell serta-merta terpejam rapat. Terus terimbas kembali dua hari lepas di kafe sewaktu dia tersalah duduk di meja makan lelaki itu.

"Ehem!" Lelaki itu berdeham dan sekarang mereka kembali ke dunia nyata.

Armell tersentak. Spontan fail yang dipegang sedari tadi dihempuk pada dada bidang milik lelaki itu. Dia undur selangkah, mencipta jurang. Kepala ditoleh kiri dan kanan memandang orang ramai di sekeliling.

"Aduh! Pahal ni?" Hayy Mikael kerut dahi. Tak buat apa pun kena hempuk.

"Jangan cuba nak dekat!" tegas Armell. Jari telunjuk diangkat sedikit, tidak tinggi dan tidak lama. "Student ke?"

Ketawa kecil meletus dari mulut lelaki kacak itu.

"Nope. Ada hal kerja. Yang you ni, student ke?" Jari naik memegang dagu sementara anak mata bergerak atas bawah membuat imbasan pada tubuh si gadis.

"Awak scan saya ke?!" Fail ditekap ke dada. Armell undur selangkah ke belakang.

"Nampak gaya macam janda anak satu. Dah kahwin ke?" sindirnya selamba bersama anak mata bergerak atas bawah melihat gadis itu. Muka tak bersalah pula tu. Memang mengundang.

"Hei!"

"Eh, bukan eh?"

Berdesing telinga Armell tatkala mendengar sindiran pedas Hayy Mikael. Kepala tunduk memandang tubuh sendiri. Tinggi dan lansing. Tak cukup seksi lagi ke dia? Body solid macam ni dikatanya janda anak satu? Ini dah melampau ni!

Armell pandang sekeliling buat seketika. Melihat manusia yang pelbagai bangsa dan agama yang lalu-lalang berhampiran dengan tasik. Nafas ditarik perlahan. Dengan perasaan yang sebal, dia berpaling semula memandang wajah Hayy Mikael.

"Ya Allah, jodohkanlah dia ni dengan janda anak sepuluh. Anak sebelas pun lagi bagus, boleh buat pasukan bola sepak. Aminn..." Armell pulangkan paku buah keras. Di situ juga dia tadah dan aminkan doanya. Senyuman paling manis diberikan.

"Kalau itu jodoh I, I terima dia seadanya." Jawapan selamba diberikan. Tanda langsung tidak terkesan.

Sweet talker! Dasar mulut tak seiring hati. Kalau dapat sungguh, tahulah. Lelaki muda gila manalah yang nakkan janda anak sepuluh.

"You nak ke mana?" soal Hayy Mikael sebaik sahaja melihat gadis itu berpusing dan seakan ingin berlalu dari situ.

"Balik rumahlah. Maklumlah, I kan student, banyak assignment. Bukan macam janda anak satu yang you sebut tadi tu, kena tunggu jodoh gila macam you ni! Malang betul janda tu. Kesian."

Sindiran Armell buatkan Hayy Mikael tertawa kecil. Tahu yang gadis itu masih bengang dengan usikannya sebentar tadi. Tipu kalau cakap dia tidak tertarik langsung dengan Armell. Dia lelaki. Lelaki normal pula tu.


PINTU kondominium ditolak lemah. Dengan langkah longlai, dia berjalan menghampiri sofa lalu menghenyakkan punggung di situ.

Sejak dua hari lepas, setiap kali mata dipejam, pasti wajah gadis itu yang muncul di ruang mindanya. Tanpa sedar, bibir perlahan-lahan mengukir senyum nipis. Teringat kembali peristiwa dua hari yang lepas di Proud Mary Coffee.

Masih terbayang lagi wajah polos gadis itu yang selamba menarik kerusi di hadapannya. Dalam tak sedar, Hayy Mikael tertawa sendiri.

"Balik balik, gelak. Pahal?" soal Arash yang berjalan menghampirinya.

Dari dapur pun dia dah dapat lihat sahabatnya yang satu itu sedang tersenyum seorang diri.

Hayy Mikael tersentak. Terus kepala ditoleh pandang ke sebelah. Pucuk hidung digosok, menutup rasa malu.

"Hah, senyum dari tadi pasal apa?"

"Terserempak dengan jodoh," jawabnya tanpa berselindung lagi. Duduk dibetulkan.

"Jodoh? Jodoh mana pulak kau ni? Jangan cakap kau berkenan dengan minah saleh sudahlah. Perempuan melayu kat Malaysia bersepah lagi."

Hayy Mikael sengih.

"Malaysian girl."

"Serious?" Bulat mata Arash.

"Absolutely yes!"

Arash tercengang tidak percaya. Tidak berkelip matanya memandang Hayy Mikael.

"Kau pasti ke dia tu orang yang baik-baik?" Arash menduga.

"Maksud kau?" Hayy Mikael kerut dahi. Dipandang wajah keliru Arash yang juga sedang memandangnya.

"Maksud aku, personaliti dia tu jenis yang macam mana? Pemakaian dia macam mana? Pakai tudung labuh, handsock, jubah or baju kurung like a hijabster? Yang mana satu dia?"

Hayy simpan senyum. Itu solehah. Tapi yang ini solehot!

"Come on, Rash... Aku bukan nak cari ustazah..."

"Haaa seksilah tu!"

Hayy Mikael kecilkan mata. Tangan naik menggosok dagu. Apa jawapan yang dia nak bagi pun, dia tak tahu sebab semua pakaian yang Arash sebut itu tiada langsung persamaan dengan cara pemakaian gadis yang dia maksudkan.

"There is no scarf, no handsock and no baju kurung. Instead, she is a sexy girl and excites any man who looks at her."

Jawapan selamba itu buatkan Arash ternganga luas. Hayy Mikael hanya tarik senyum senget. Itulah realiti dan itulah kenyataan yang dia tidak dapat nafikan tentang Armell.

"Gila! Macam tu ke taste kau?" soal Arash sedikit hairan.

"Tipulah kalau aku cakap aku tak sukakan perempuan yang seksi-seksi ni, sebab itu dah memang fitrah keinginan seorang lelaki. Tapi aku sukakan dia bukan sebab tu. Aku suka dia sebab dia tak sukakan aku."

"Lah? Macam tu pun boleh?"

"Boleh."

Arash mencebik. Mug yang berisi white coffee disisip ke bibir.

"Eva macam mana?"

Soalan Arash itu buatkan Hayy Mikael terdiam. Senyumannya perlahan sirna dari wajah.

"Evarisya..." Sebaris nama itu meniti lembut dibibirnya.


BUKAN YANG PERTAMAWhere stories live. Discover now