First Snow: So Far Away

19 3 0
                                    

JIHO POV

Aku berada di Lighting Festival at The Garden of Morning Calm.

Festival yang diadakan selama 3 bulan sahaja. Walaupun tempat ni ramai, sekurang-kurangnya pemandangan di sini boleh mengurangkan beban aku.

Ahh... sebulan hampir berlalu... minggu depan adalah hari wedding aku dan Sehun.

Entah kenapa aku rasa gugup dan sedih dalam masa yang sama.

Betul ke pilihan aku ni? Terlalu awal? Entah lah..

Aku gembira akan berkahwin dengan orang yang aku cintai, tapi aku sedih kerana aku kehilangan sesuatu yang juga berharga.

Aku sedar. Kita tidak boleh memilih keduanya sekali gus. Kita hanya boleh memilih salah satu diantara dua pilihan.

Dan itu benar-benar menyakitkan.

Dia semakin jauh... dan aku mementingkan diri aku.

"Aah..." Keluh ku.

"Noona!" Teriak seorang kanak-kanak lelaki kepadaku.

Umur 9 tahun mungkin?

Aku menyahut sambil membongkokkan sedikit badanku agar ketinggianku dan dia sama.
"Ada apa adik panggil noona?" Tanya ku kepadanya.

Budak itu tersenyum semakin lebar membuatku bingung.
Ada apa-apa di wajah ku ke?
"Kenapa tengok noona macam tu?" Tanya ku.

Budak itu menggeleng dengan senyuman yang masih lekat di bibirnya.
"Adik sorang-sorang ke?" Tanyaku lagi.

Hey...dari tadi aku bertanya tak ada satu pun yang di jawab.

"Ani." Jawab budak itu seolah faham dengan fikiran ku.

Aku mengangguk.
"Mana eomma dan appa? Bahaya jalan sorang." Tanya ku terselit dengan sedikit nasihat.

Secara tiba-tiba senyuman lebarnya luntur membuatku bingung dan serba salah.

Belum sempat aku berkata kanak-kanak itu menjawab.
"Eomma dan appa pergi. Ahjumma dan ahjusshi pun pergi. Jihoon datang sini dengan kawan Jihoon. Nama kawan Jihoon adalah Ha Sungwoon. Kami tinggal bersama dengan eomma Ha. Jadi Jihoon datang sini dengan mereka." Jawab kanak-kanak yang bernama Jihoon itu.

Aku sempat terdiam mendengar jawapan polos dari mulut anak kecil itu.

"Noona?" Panggil Jihoon kepadaku.

Aku melihat ke arahnya dengan senyuman.
"Kenapa noona jalan sorang-sorang? Mana kawan noona? Noona tak boleh jalan sorang-sorang. Nanti noona perlukan pertolongan macam mana? Noona kena bawa kawan noona. Baru la noona tak sunyi. Baru la noona boleh gelak-gelak macam Jihoon dan Sungwoon hyung." Tanyanya.

Lagi-lagi aku terdiam mendengar pertanyaan polos itu.
"Terima kasih bagitahu noona. Tapi, noona takde kawan la.." Ujar ku.

Entah kenapa rasanya berat mengatakan seperti itu. Apa aku egois? Hahaha... bohong? Aku tak bohong... aku memang tiada 'kawan'.

"Kalau macam tu noona jadi kawan Jihoon jugak lah! Noona jangan sedih-sedih lagi!" Ujar Jihoon.

Aku tersenyum mendengar kata-katanya.
"Okay! Noona setuju. Dan, mana ada noona sedih la~" Balas ku.

Jihoon menggeleng.
"Ani. Noona tipu. Jihoon tahu noona tengah sedih. Muka noona sedih. Noona nampak macam risau. Noona tak boleh tipu Jihoon la!" Bantah Jihoon.

Aku tertegun mendengar ucapannya.
Benarkah? Tetapi...aku sudah melupakan dia. Satu-satunta kawan terbaik aku. Aira. Untuk apa aku bersedih kalau selama ini dia mengkhianati aku?

"Okay...okay... Jihoon betul.." Akur ku.

"Jihoon-ah!!!" Teriakkan seseorang memberhentikan perbualan kami.

Jihoon terus mencari orang yang memanggilnya lalu tiba-tiba Jihoon dipeluk oleh seorang lagi kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan paruh baya yang tersenyum lega.

Mungkin mereka yang dimaksudkan Jihoon?

"Sungwoon hyung! Bogoshipo~" Ujar Jihoon.

Aku terkekeh kecil lalu bangun dan menyapa perempuan paruh baya itu.
"Annyeonghaseyo." Sapaku lalu bongkok 90° sebagai tanda hormat.

Perempuan itu membalas.
"Nae. Gomawo jagakan Jihoon. Saya betul-betul risau dengan keadaan Jihoon. Terima kasih sekali lagi." Ujar wanita itu.

Aku mengangguk. Lalu tangan ku ditarik oleh Jihoon.
"Noona! Ni Sungwoon hyung!" Kata Jihoon.

"Anyyeong Sungwoon-ah..." Sapa ku kepada Sungwoon.

Sungwoon tersenyum lalu membalas.
"Annyeonghaseyo. Saya Ha Sungwoon." Balasnya.

"Kami pergi dulu ya..." Pamit wanita itu lalu berjalan pergi dengan Sungwoon dan Jihoon yang masih melambai kepadaku.

Ahh.... Jihoon dan Sungwoon mengingatkan ku kepada Aira.

Kami semakin jauh antara satu sama lain..

"So far away.. " Gumam ku.

Aku harap aku dapat betul kan semua ini. Tapi, hati aku terlanjur sakit. Mungkin aku patut biarkan ia berlalu seperti air yang mengalir?

JIHO POV END

I’ll search the universe
Until I can find you again
I won’t let go, even the smallest memories
Memories engraved in the seasons
They come and go several times
But I will still call out to you

Laughter and tears, scars and healing
Questions and answers, they’re all in you
You have my world, you’re my small universe
The moment it vanishes, I will disappear as well

{To Be Continue}

FIRST SNOW Where stories live. Discover now