First Snow: For Life

14 3 0
                                    

JIHO POV

Kekosongan hati aku sudah terisi. Sekarang aku sudah dapat semula sesuatu yang hilang. Aku bersyukur. Bersyukur sangat.

Selama 10 tahun ini juga,aku telah belajar tentang ego. Aah... ego yang hampir menghancurkan aku,In-Hyun, Sehun dan Chanyeol. Aku hampir musnahkan semuanya jika aku tidak rendahkan ego aku.

Betul apa yang Chanyeol oppa kata kepada aku.

'Rendahkan ego kau, baru kau akan sedar dengan semua perkara.'

Kata-kata itu yang menyedarkan aku. Selagi kau dengan ego kau, semuanya takkan pernah berakhir bahkan takkan pernah selesai pun masalah kau.

Ego manusia sangat tinggi. Dan aku tahu itu.

Seseorang yang mempu menurunkan ego itu adalah seseorang yang hebat. Aku tak kata yang aku hebat. Tapi saat aku teringat bagaimana In-Hyun memilih menyerah dan pergi dari wedding kami. Itulah yang paling hebat.

Aku tidak akan pernah dapat bayangkan bagaimana dia lalui. Dan orang lain tidak akan dapat rasa apa yang kami lalui.

Sungguh,
Ego itu menakutkan.
Lebih menakutkan apabila ego mula mengawal diri kita.

Apabila ego mengawal diri kita sepenuhnya,
Percayalah,
Kau tak akan pernah bahagia.

Dan ego itu datang apabila orang yang kita sayang atau cintai diganggu.

Seperti aku dan Sehun. Aku mencintai Sehun. Sehingga aku takut In-Hyun akan merampasnya dari aku. Dan saat itu, ego hampir mengawal aku.

Aku tidak mendengar penjelasan In-Hyun.

Aku menuduh In-Hyun macam-macam.

Dan aku lupakan persahabatan kami kerana cinta.

Mengingat kisah dahulu membuatkan hati aku terasa nyeri.
Saat bagaimana retakkan persahabatan kami semakin membesar,
Dan hanya tinggal masa untuk pecah sahaja.
Ia betul-betul menyakitkan.

Jika kau mencintai seseorang, tetaplah kawal ego kau.
Agar kau tidak menyesal di kemudian hari.

Sejak aku kenal In-Hyun jugak lah, aku belajar tentang cinta.

Bagaimana cinta itu wujud. Dan cinta monyet. Oh...aku juga belajar maksud obsesi.

In-Hyun mengajar aku memahami isi hati aku sendiri.

Cinta...
Bagi aku cinta ialah perasaan nyaman, gugup, sayang, dan takut yang datang dalam masa yang sama apabila bertemu dengannya.

Kita akan nyaman bersamanya. Kita akan rasa dilindungi kerana ada dia di sisi kita.

Gugup?
Ya...gugup akan datang bila perbualan manis antara kau dan dia berlaku.

Sayang?
Perasaan tu tentu semua orang tahu. Sayang adalah perasaan yang akan melengkapi semuanya.

Takut?
Ya aku mengaku. Aku takut sangat kehilangan Sehun. Dan bila ketakutan aku lebih besar, ego aku yang mengambil alih. Takut juga akan datang apabila kita tidak mempercayai pasangan kita dan orang disekeliling kita.

Bagi aku.
Kesimpulan untuk semua ini adalah...

Kita harus saling mempercayai. Percaya dengan pasangan kita.
Percaya dengan sahabat kita.

Itu adalah kunci kebahagiaan.

Cinta monyet pula adalah cinta yang hanya atas dasar bersuka ria.

Seperti bagaimana Jongsuk, I.M, dan Hyungwon sunbaenim pernah melamar aku untuk menjadi kekasih mereka. Itu hanya untuk suka ria tanpa berdasarkan cinta.

Dan obsesi. Kita akan salah faham dengan cinta dan obses.

Mungkin aku boleh katakan yang obses adalah perasaan kagum yang wujud apabila kita melihat seseorang membuat sesuatu yang hebat.

Kita pasti menyalah ertikan masud obses dan cinta.

Untuk teruskan kehidupan, aku akan berfikir sebelum melakukan sesuatu yang tindakan.

Aku tak nak kehilangan semua yang telah aku dapat setelah berjuang.

Sekarang..esok.. atau 30 tahun akan datang.

Aku akan tetap menjadi Lee Jiho.
Aku tak akan biarkan orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku kecuali mati yang memisahkan kami.

Ini janji aku.

JIHO POV END

●●●●●

This life has twist and turns
But it's the sweetest mystery
When you're with me
We say a thousand words
But no one else is listening
I will be

Every night and every day
No matter what may come our way
We're in this thing together
The dark turns to light
We both come alive, tonight
I'm talking bout forever

Never gonna let you go
Giving you my heart and soul
I'll be right here with you for life
All I wanna do
Is spend my every second with you
So look in my eyes
I'll be by your side

The storms may come
And winds may blow
I'll be your shelter for life
This love, this love
I mean it till the day I die

Look in my eyes
I'll be by your side
For life

{END}

FIRST SNOW Where stories live. Discover now