First Snow: Together

14 3 0
                                    

AIRA POV

Sebulan berlalu dengan pantas. Hari ini adalah hari perkahwinan Jiho dan Sehun.

Aku nak sangat hadir. Tetapi persahabatan kami sudah lama terputus.

Lagipun, hari ini adalah hari terakhir aku di Korea. Aku sudah beli tiket penerbangan First Class semalam. Aku akan pindah ke Canada. Mungkin menetap di sana untuk beberapa tahun ke depan?

Entah lah. Penerbangan aku berlepas pukul 5 petang nanti. Ah.. aku berharap dapat melihat kedua-dua orang yang aku sayang.

Aku terus berjalan keluar dari hotel yang aku tinggal selama sebulan ini dengan bagasi aku.

"YAK JUNG IN-HYUN!" Teriakkan suara yang familiar membuyarkan lamunanku.

"Chan-chan oppa?" Gumamku sambil melihat Chanyeol yang sedang berlari ke arah ku.

Macam mana dia tahu aku di sini? Rasanya aku jarang keluar hotel.

"Aish... lain kali kalau oppa panggil tolong dengar! Penat ah nak lari!" Bebel Chanyeol kepadaku.

Aku bersmirk.
"Eleh...kaki je panjang..tapi lari macam siput~" Ejekku.

TUK

Chanyeol mengetuk kepalaku. Ah tak kuat pun. Sakit boleh tahan ah..

Aku mendongak melihatnya.
"Kenapa hah?" Tanyaku.

"Hyun lupa?" Tanyanya balik. Kalau aku tahu takde la aku tanya.

"Ish...jom!" Ujar Chanyeol lalu menarik tanganku dan bagasiku dengan segera.

WHAT HAPPEN?!

●●●●●

Eh? Kedai butik? For what?

"Untuk apa ni oppa?" Tanyaku.

Belum sempat aku bertanya lagi, Chanyeol terus menyerahkan ku sepasang gaun putih lalu menolakku masuk ke dalam bilik persalinan.

"Pakai cepat! Kita nak pergi dah ni!" Ujarnya lalu menutup pintu.

Pergi mana eh?

Pakai je la..

AIRA POV END

At B One Hotel

Acara pernikahan sudah selesai 30 minit yang lalu. Sehun dan Jiho juga sudah sah menjadi suami isteri.

Walaupun acara sudah bermula, tetapi tetamu masih masuk memenuhi ruangan dewan yang disewa khas untuk perkahwinan Jiho dan Sehun.

Tempat duduk juga hampir penuh dengan kehadiran-kehadiran ahli keluarga kedua pihak, dan rakan.

Sehun berjalan perlahan menelusuri orang ramai untuk bertemu Jiho yang sedang bersembang dengan rakan-rakan sekampus nya.

"Jiho-ah..." Panggil Sehun lalu memegang tangan Jiho.

Kawan-kawan Jiho mula pergi dari situ kerana tidak ingin menggangu kedua pasangan itu.
"Aigoo~ waeyo?" Tanya Jiho

Sehun merangkul bahu Jiho.
"Hun penat la~ Jom balik dulu nak?" Balas Sehun.

Jiho mengetuk pelan bahu Sehun.
"Dasar! Hun ingat Jiho tak tahu otak byuntae Hun tu? No,no,no...after semua selesai baru boleh balik. Arra?" Ujar Jiho sarkastik.

Sehun memuncungkan bibirnya tanda tidak setuju.
"Ingat comel?" Tanya Jiho sinis.

Sehun pun terdiam di situ. Padan muka.

●●●●●

Chanyeol dan Aira berada di hadapan pintu masuk dewan.
"Nama Tuan? Atau kad jemputan." Tanya seorang pekerja.

"Park Chanyeol." Jawab Chanyeol.

Pekerja itu kelihatan sedang mencari nama Chanyeol lalu menandakan sesuatu.
"Cik pula?" Tanya pekerja itu.

"Ai-"

Belum sempat Chanyeol menjawab, Aira membungkam mulut Chanyeol dengan tangannya.

"Sa-saya pasangan dia." Ujar Aira gagap.

Chanyeol memandang Aira pelik kerana tidak memberitahu namanya.
"Kalau begitu, sila beritahu nama Cik." Pinta pekerja itu.

Aira mengangguk.
"Jung In-Hyun." Ujar Aira.

Selepas selesai mereka berdua di benarkan masuk ke dalam dewan.

"Kenapa guna nama sebenar pulak?" Tanya Chanyeol seusai masuk ke dalam dewan.

Aira menggeleng.
"Oppa,jom balik." Pinta Aira.

Chanyeol tidak menjawab lalu menarik Aira.
"Yow Sehun-ah!" Sapa Chanyeol.

"Sorry hyung lambat datang wedding kau!" Sambung Chanyeol lagi.

Sehun mengangguk.
"Hyung selalu lambat..." Balas Sehun sambil memandang Aira yang berada di belakang Chanyeol.

Chanyeol memberi sekotak hadiah.
"Nah hadiah untuk kau dan Jiho." Ujar Chanyeol.

"Hyung gi sana eh. Aira sembang la dengan Jiho dulu." Ujar Chanyeol lagi lalu meninggalkan Aira.

'Aduh... pehal tinggal aku dekat kawasan bahaya?!' Monolog Aira.

{To Be Continue}

FIRST SNOW Where stories live. Discover now