Aydan mengintai kelibat Alya. Kelihatan Alya sedang duduk termenung di koridor. Aydan cepat-ii berlari masuk je bilik utama lalu mengunci pintu. Persiapan dimulakan.
~•~
Aydan.. Saya tahu tak mudah untuk awak lupakan Ezzara tapi saya.. Hati saya sakit sangat Aydan. Alya termenung memandang pemandangan dari tingkat 23 itu. Kelihatan kereta dan bengunan di bawah hanya sebesar kotak mancis.
~•~
Aydan mendekati Alya yang masih lagi leka memerhati pemandangan di koridor. Pinggang Alya dirangkul daripada belakang.
" Biy mintak maaf sayang.. Biy tahu salah biy. " bisik Aydan. Alya terperanjat lalu beriak kaku. Biy? Sayang? Kena sampuk ke si Aydan nih? Hantu mat salleh mana yang masuk dalam badan dia? Alya ingin meleraikan rangkulan Aydan namun tidak berjaya. Aydan mengetatkan lagi dakapannya. Aydan mula menyanyikan bait lirik dendangan kugiran masdo yang bertajuk dinda.
Dinda jangan marah-ii
Takut nanti lekas tua
Kanda setia orangnya
Takkan pernah mendua
Dari jutaan bintang
Dinda paling gemerlapan
Dari segenap wanita
Dindalah yang paling menawanAlya sembunyi senyum. Boleh tahan sweet dia ni. Suara sedap pulak tu! Pitching and tempo memang perfect. Pandai control suara jadi lunak.. Hey Alya! Laki kau tu kan penyanyi. Memanglah dia pandai nyanyi!
" Forgive me.. Please.. " Aydan memusingkan tubuh Alya agar menghadapnya lalu duduk melutut di hadapan Alya. Kedua dua tangan Alya digenggam erat. Mata Alya direnung.
" Hukumlah biy apa pun sampai sayang puas hati tapi tolong jangan buat biy macam ni.. " Aydan masih merenung tepat wajah isterinya namun Alya sebaliknya. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain.
" Sayang.. Janganlah diam je.. " tangan Alya digoncang. Alya mengeluh perlahan. Wajah Aydan dipandang. Kacak. Hidung mancung. Anak mata yang bewarna kelabu bersama bibir yang elok terbentuk pasti akan mencairkan sesiapa sahaja yang memandangnya. Tambahan pula Aydan memiliki wajah melayu-inggeris jadi tidak hairanlah jika Aydan menjadi kegilaan gadis-ii di Malaysia juga di Singapura dan Indonesia.
" Biy tahu biy kacak tapi janganlah tenung sampai sayang abaikan apa yang biy cakap.. " Aydan hampir tergelak apabila melihat wajah Alya yang tiba-ii bertukar merah. Malu lah tu kantoi usyar aku! Alya mengetap bibir.
" Sayang nak biy kiss sayang dulu ke baru sayang nak jawab? " Aydan segera bangun dari melutut lalu mendekatkan wajahnya dengan wajah Alya. Alya ingin bergerak ke belakang namun dibelakangnya adalah pagar separas pinggang yang menghalang daripada terjun ke bawah. Aydan menyentuh bibir Alya dengan lembut.
" Repeat? " Aydan mendekatkan bibirnya dengan bibir Alya.
" Okayy fine! Maaf diterima! " jawab Alya dengan kalut. Dada Aydan ditolak agar wajah mereka dapat dijarakkan. Aydan tersenyum.
" Thankyou sayang! " Aydan mengenyit mata. Senyuman manis diukir.
" Awak jahat! Tolonglah jangan buat lagi.. " luah Alya dengan nada sayu.
" Okayy sayang! Biy akan cuba sedaya upaya biy untuk tak bagi sayang sedih.. Biy akan happykan sayang! " ujar Aydan lalu memeluk Alya. Kepala Alya terlentok pada dada Aydan terasa jantung Aydan berdegup dengan laju.
" Lajunya jantung! Nak lari ke? " soal Alya mengusik. Aydan tersengih.
" Ha'ah. Nak lari kejar sayang supaya sayang masuk dalam hati biy! " Alya tersenyum. Ingat sweet ke hah? Tak lena aku tidur malam ni! Aydan memimpin Alya masuk ke dalam.
" Biy ada surprise.. " Aydan menutup mata Alya dengan tangannya.
" Eee apa tutup-ii ni! " Alya mengomel namun langkah tetap diteruskan mengikuti langkah Aydan.
" Surprise!! " Aydan mengalihkan tangannya daripada menutup mata Alya. Alya tergamam. Wow!
To be continue..
YOU ARE READING
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔
Mystery / Thriller𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummynya, Alya. Rumah tangga mereka tidaklah teruk dan tidaklah juga manis. Aydan yang masih lagi bersedih...