Arfiq melangkah masuk ke dalam bilik Isyahani perlahan lahan. Beberapa gambar Isyahani yang tergantung di dinding direnung satu persatu. Gambar Isyahani sedang ketawa, sedang memberi ikan makan, sedang mencalit krim kek di wajah Aydan, gambar Isyahani bersama kelima lima abangnya dan juga gambar mereka sekeluarga bersama Datin Sri Christina, Dato' Sri Megat Yahaya, Tan Sri Jeffri, The Haqiems dan isteri serta anak-anak mereka. Arfiq mencapai gambar Isyahani yang sedang ketawa lalu duduk di birai katil. Direnung gambar itu dengan penuh rasa kasih dan rindu.
" Isya.. Abang Fiq rindu Isya.. " bisik Arfiq perlahan. Gambar Isyahani disentuh dengan jari jemarinya. Gambar Isyahani diletak di atas katil. Dia bergerak ke meja belajar Isyahani. Terdapat sebuah buku lukisan, buku-ii pelajaran dan novel. Buku lukisan dicapai. Diselak kulit buku untuk melihat isi kandungannya. Sememangnya Isyahani seorang yang pandai melukis. Terdapat pelbagai lukisan flora dan fauna yang terlakar di dalam buku itu. Buku itu diletaklan kembali. Laci meja ditarik. Terdapat sebuah dairy bewarna merah jambu yang terukir ' Laura Isyahani Nadya ' . Diary itu dibawa ke katil.
17 Februari 2018
Dear diary ,
Harini birthday Abang Ann dan Abang Yan . Isya tak sabar nak buat surprise untuk diorang ! Isya akan lumur diorang dengan tepung banyak-ii macam mana diorang buat Isya tahun lepas ! Hehe Isya rasa beruntung sangat dilahirkan dalam keluarga ni . Mama , papa , abang-ii , semuanya sangat bermakna buat Isya .•••
04 April 2018
Dear diary ,
Ya Allah , hari ini adalah hari yang sangat sedih buat Isya . Kak Zara pergi tinggalkan kami semua . Kak Zara dibunuh ! Dia ditikam di hadapan mata Isya sendiri . Isya kasihankan Abang Ann . Isya pun sedih dan Isya tak dapat nak lupakan kejadian tu walaupun sesaat .•••
29 April 2018
Dear diary ,
Hari ini adalah hari yang sangat bermakna buat Abang Ann . Abang Ann akan kahwin dengan Kak Alya . Isya suka Kak Alya . Isya tak pernah berbual dengan Kak Alya tapi Isya tahu Kak Alya baik . Isya yakin mama buat pilihan yang tepat untuk Abang Ann . Isya doakan , Abang Ann bahagia dengan Kak Alya .•••
30 April 2018
Dear diary ,
Isya dengar segala galanya ! Isya tak sangka dia sanggup bunuh Kak Zara . Ya Allah begitu kejamnya dia ! Isya nak bagitahu Abang Ann dan semua orang tapi Isya takut ! Dia ugut nak bunuh semua orang yang Isya sayang . Apa yang patut Isya buat .. Isya nakkan pengadilan untuk Kak Zara ..Arfiq tersentak. Isya tahu siapa yang bunuh Kak Zara? Matanya yang ditakungi air mata dikesat dengan kasar. Pembacaan diteruskan.
01 Mei 2018
Dear diary ,
Isya dah cuba bagitahu Abang Ann tapi tak sempat ! Dia dapat tahu , dia terus ugut Isya . Dia cakap dia nak bunuh Isya ! Isya takut .. Isya tak tahu nak mengadu pada siapa .Itu adalah coretan terakhir Isyahani yang ditulis sehari sebelum dia diculik. Isya.. Apa yang Isya rahsiakan.. Siapa dia? Dia ke yang bunuh Isya? Arfiq menyimpan kembali diary di tempat asal. Semasa meletakkan diary, matanya terperasan akan sesuatu. Camera video milik Isyahani
To be continue..
Jeng-iii .. Adakah rahsia akan terbongkar ? Hahah author rasa macam nak bersara dari dunia oren cause story author makin lama makin membosankan je author baca 😂
YOU ARE READING
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔
Mystery / Thriller𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummynya, Alya. Rumah tangga mereka tidaklah teruk dan tidaklah juga manis. Aydan yang masih lagi bersedih...