Izz Aryan Mikhael ❤️ Iman Daniaa
Izz Arfiq Mikhael ❤️ Adriana Airene
Kedua dua pasangan ini telah pun selamat diijab kabulkan. Masing-ii gembira kerana dapat membina sebuah masjid bersama insan yang dicintai.
💕💕💕💕💕
Aryan memulas tombol pintu bilik. Kepala dijengul ke dalam mencari kelibat Daniaa namun tiada. Dia menapak ke dalam. Songkok di kepala ditanggalkan laku diletak di meja solek. Samping dan butang baju melayu turut ditanggalkan.
Dia kemudiannya mencapai tuala lalu dibawa ke bilik mandi.
Daniaa menapak masuk ke bilik pengantin a.k.a bilik Aryan. Suasana bilik itu tampak indah dihias bersama katil yang ditabur kelopak bunga mawar. Aroma bilik itu juga sangat menyamankan.
Telinganya menangkap bunyi air dia bilik mandi. Tahulah dia bahawa Aryan sedang mandi. Dia mula menanggalkan crown, veil dan tudungnya. Sehelai kapas lembut dicapai lalu dibasahkan dengan makeup cleanser. Dia mula menanggalkan solekan pada wajahnya.
Sedang dia membersihkan solekan di wajahnya, Aryan keluar dengan hanya bertuala. Daniaa berpura pura tekun membersihkan solekannya walhal jantungnya sudah berdebar tidak tentu arah.
Aryan tidak terus memakai baju. Dia lebih berminat untuk menganggu Daniaa. Duduk dilabuhkan di birai katil sambil matanya tepat memandang Daniaa.
Daniaa berpura pura tidak perasan. Kerjanya sengaja dilambat lambatkan namun nasibnya malang apabila wajahnya telah pun bersih dari solekan. Kapas tadi dibuang ke dalam bakul sampah.
Daniaa mencari tuala dan baju yang hendak disalin di dalam bagasinya sebelum cepat-ii berlaku ke bilik mandi. Aryan tersenyum melihat gelagat Daniaa yang malu-ii.
Dia bangun dari birai katil. Almari pakaian didekati. Sehelai t-shirt hijau gelap dan jogger pants kelabu dipilih. Seusai lengkap berpakaian, Aryan menyisir rapi rambutnya yang keperangan.
Dia duduk bersandar pada kepala katil. Telefon bimbit dicapai. Laman Instagram dibuka. Time to upload photos. Aydan memuat naik beberapa keping gambar kahwinya si Instagram. Selang beberapa saat dia mula dihujani komen dan mesej inbox. Berlungguk ucapan tahniah diterima.
Dia kemudiannya membuka gallery. Gambar kahwinnya dibelek satu persatu namun ada satu gambar yang menarik perhatiannya. Gambar Daniaa sedang membetulkan awning tudungnya. Jelas sekali gambar itu candid. Riak wajah Daniaa amat kelakar dan jelita di dalam gambar tersebut. Itu adalah pendapat peribadinya.
Hampir 15 minit kemudian, Daniaa keluar dengan tubuh yang sudah siap berpakaian. Dia menuju ke meja solek. Rambutnya dikeringkan sebelum disisir rapi. Selesai.
Daniaa menoleh memandang Aryan yang sedang leka menatap skrin telefon. Dia bangun perlahan lahan mendekati katil. Punggung dihenyak perlahan lahan. Dia cuba mengintai apa yang dibuat Aryan. Kelihatan lelaki itu sedang bermesej dengan seseorang di aplikasi WhatsApp. Daniaa tidak ambil peduli siapa yang dimesej Aryan.
Dia kemudiannya berbaring mengiring membelakangkan Aryan. Dia yakin Aryan penat dan tidak apa-ii yang akan berlaku pada malam itu. Di dalam hati dia berdoa agar Aryan benar-ii penat lalu tidur begitu sahaja.
Daniaa memejam rapat matanya. Dia cuba untuk lekas-ii hanyut ke alam mimpi.
Harapan Daniaa hancur apabila Aryan mengetepikan telefon bimbitnya dan lelaki itu kini sedang menganggu tidurnya.
" Nia.. Awal tidur. Tak rasa nak buat senaman dulu ke? " usik Aryan dengan nada miang. Jarinya meniti ke lengan Daniaa. Bahu gadis itu disentuh sebelum menariknya agar Daniaa pusing menghadapnya.
" Ku punya isteri hanyalah satu
Si isteri sedang beradu nyaman
Hajat putera di sini hanyalah satu
Untuk memetik bunga di taman " Aryan berpantun pula. Daniaa mengetap gigi. Matanya ditutup rapat." Sarapan di makan pada waktu pagi
Putera tahu puteri belum tidur lagi " Daniaa akhirnya membuka mata. Terpampang wajah Aryan yang begitu dekat dengannya." Mengapakah sang puteri begitu takut akan sang putera? " soal Aryan dengan penuh kata-ii sang pujangga. Daniaa menahan tawanya apabila Aryan dirasakan menjadi seorang seniman yang berjaya pada malam itu.
" Rasa kelat buah mempelam
Puteri penat selamat malam " Daniaa membalas lalu mengiring semula membelakangkan Aryan. Aryan mengecilkan matanya tanda tidak puas hati." Bintang-ii berkelip indah
Sangat cantik dipandang mata
Malam pertama malam yang indah
Sesuai untuk merasmikan permata " Aryan mengoyak senyuman nakalnya. Tangannya mula merayap ke perut Daniaa sebelum menarik tubuh gadis itu menghadapnya.Kini jarak wajah mereka hanya sejengkal. Terkebil kebil Daniaa memandang Aryan. Liur ditelan kesat. Debaran di dada semakin menggila.
" Pergi ke kedai membeli ragi
Putera tidak memaksa jikalau tuan puteri tak bagi " ujar Aryan lalu tersenyum ikhlas. Wajah Daniaa diusap lembut. Satu kucupan singgah pada dahi gadis itu." Selamat malam. " ucap Aryan lalu melekapkan kepalanya pada bantal. Matanya dipejam sambil tangannya melingkar mendekap tubuh Daniaa. Daniaa tersentak. Dia diselubungi rasa bersalah.
Wajah Aryan direnung. Disentuh pipi lelaki itu dengan lembut. Kelihatan Aryan membuka matanya perlahan lahan. Daniaa tersenyum manis.
" Saya isteri awak. Saya hak awak. Awak suami saya. Awak layak dapat apa yang awak nak. " bisik Daniaa lembut. Aryan turut tersenyum. Pipi Daniaa diusap lembut. Wajah mereka didekatkan sehingga bibir mereka bertemu. Dikucup sekilas bibir munggil Daniaa sebelum kucupannya beralih pada leher gadis itu.
Aryan mula bergerak menindih Daniaa. Leher isterinya dikucup lembut. Kesan-ii gigitan cintanya ditinggalkan.
[ sila rujuk sains tingkatan 3 bab 4 @ biologi tingkatan 5 bab 4 ] 😲
To be continue..
Thankyou for reading ❣️
YOU ARE READING
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔
Mystery / Thriller𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummynya, Alya. Rumah tangga mereka tidaklah teruk dan tidaklah juga manis. Aydan yang masih lagi bersedih...