DENDAM DAN CINTA 31

30.1K 1K 18
                                    

" Mak aku dah meninggal Yan.. Dia meninggal sebab kanser. Lepas mak aku meninggal, ayah aku berubah.. Dia jadi panas baran. Suka berjudi, pemabuk. Dia selalu pukul aku bila dia mabuk. Aku terpaksa jauhkan diri dari kau sebab aku malu dengan kau. Aku malu kalau kau tahu ayah aku macam tu.. Sampailah semalam, dia cakap nak jual aku sebab dia tak ada duit nak bayar hutang. Aku taknak so aku ambil keputusan, aku lari dari rumah. Aku takut. Aku takut kalau dia junpa aku! " luah Daniaa. Aryan mendengar dengan teliti. Keluhan kecil dilepaskan. Bahu Daniaa dipegang.

" Kau tak perlu takut. Aku ada dengan kau. " pujuk Aryan. Air mata Daniaa dikesat.

" Yan.. Aku taknak ayah aku cari kau.. " ujar Daniaa risau. Aryan meletaklan jari telunjuknya pada bibir Daniaa.

" Tak payah susah-ii fikir semua ni.. " ujar Aryan lembut. Daniaa terdiam.

" And lagi satu.. Stick dengan satu panggilan boleh? Either saya awak, aku kau or biy baby pun boleh.. " usik Aryan. Daniaa tersenyum nipis.

" Kau memang tak berubah.. Suka usik aku.. " ujar Daniaa perlahan.

" Well aku usik orang yang aku sayang je.. " Aryan mengenyit mata sebelum berlalu meninggalkan Daniaa. Daniaa tersentak. Kau sayang aku?

~•~

" Ann!! " Aryan menjerit sebaik sahaja panggilannya dijawab. Aydan menjarakkan telefon dari telinga. Jeritan Aryan membingitkan telinganya.

" Yang kau jerit macam nak cair taik telinga aku ni dah kenapa? " marah Aydan. Aryan tergelak. Kegembiraan yang berputik di hati tidak dapat ditahan.

" Aku dah jumpa Daniaa! " jerit Aryan. Sekali lagi Aydan menjarakkan telefon dari telinganya.

" Yan.. Aku tak pekak lagi! Cakap slow-ii.. " ujar Aydan dengan keras.

" Sorry-ii! Aku excited! " ujar Aryan.

" Haish.. Dahtu bila nak kahwinnya? " soal Aydan.

" Ish kau ni agaklah! Aku baru je jumpa dia. Lagipun.. Dia ada masalah. " Aryan melepaskan keluhan kecil

" Masalah apa? " soal Aydan.

~•~

" Abang akan cuba settle dengan ayah Nia.. Tak payah lah risau! Everything will be fine.. " ujar Aydan lembut. Daniaa tersenyum nipis.

" Apa Nia-ii? Panggil dia Dani! Panggil manja-ii pulak! Dah lah ber'abang' bagai.. " Aryan mencebik. Jeles k!

" Kau ni dah kenapa Nia tu kan nama dia? Bukannya aku panggil sayang ke apa.. Lagipun dia kan muda setahun! Apa salahnya panggil abang? " Aydan menggeleng perlahan. Masalah lah adik aku ni! Cemburu tak bertempat.

" Eee just call her Dani okay? " Aryan memberi amaran.

" Kang aku panggil dia baby terus baru kau tahu! " Aydan sengaja mahu mengusik Aryan. Aryan menumbuk bahu Aydan.

" Kau jangan nak macam-ii! " Aryan menjeling. Daniaa tersenyum nipis lalu menggeleng perlahan.

" Elleh! Aku dah ada Alya tu pun dah cukup! One and only sampai bila-ii! " ujar Aydan. Aryan membuat muka meluat.

~•~

" Kau ni siapa? Apa kau nak dengan aku? " soal Zaidi kasar sambil merenung tajam lelaki yang berhood dan memakai mask hitam itu. Matanya pula dilindungi kaca mata hitam.

" Aku tahu kau tengah terdesak sekarang ni. Dalam sampul ni.. Ada cek bernilai 200 000 ringgit yang aku akan bagi dekat kau tapi dengan syarat.. " ujar lelaki itu.

" Syarat apa? Kau ni siapa? " Zaidi memandang pelik lelaki di hadapannya.

" Siapa aku tu tak penting. Yang penting sekarang.. Kau nak ke taknak duit ni? " soal lelaki itu lagi.

" Kalau kau nak bagi, bagi je la! " jerit Zaidi.

" Aku bagi duit, kau jangan cari anak kau dah. Setuju? " tawar lelaki berperkaian serba hitam itu.

" Pasal budak tu je kau sanggup bagi aku 200 000? Wow! Kalau aku tahu dia tu bawak untung, dari dulu lagi aku jual dia! " ujar Zaidi sambil tersenyum sinis.

" Okayy! Aku terima tawaran kau! Kau ambil lah budak menyusahkan tu! " ujar Zaidi tanpa rasa bersalah. Lelaki itu mengukir senyuman sinis di sebalik mask hitamnya lalu menghulurkan sampul surat berisi cek itu kepada Zaidi. Zaidi menyambut rakus sampul itu lalu membukanya. Senyuman terukir saat melihat sekeping cek.

" Kau ingat! Kalau cek ni cek palsu, aku takkan teragak agak untuk cari Daniaa tu balik! " ugut Zaidi. Lelaki itu berpaling ke belakang ingin berlalu. Sebelum melangkah, dia berkata

" Dan kalau cek tu bukan cek palsu, lupakan aje yang kau pernah ada anak. Kalau kau mungkir janji kau, aku takkan teragak agak untuk cabut nyawa kau.. Kau tak kenal aku siapa so please be honest when you deal with me.. " pesan lelaki itu dengan keras lalu melangkah sambil menanggalkan masknya. Aydan mengukir senyuman sinis. Untuk yang aku sayang, nyawa aku sendiri pun aku sanggup cabut apatah lagi nyawa orang macam kau.. Aydan terus melangkah dengan penuh gaya seorang mafia.

p/s : alahai handsomenya huaaa ( sambil membayangkan seseorang ) 😂

To be continue..

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now