" Jangan bagitahu mama dan papa pasal ni.. " ujar Aydan perlahan. Adik-ii nya memandang pelik" But.. Why? " soal Arfan.
" Kalau mama dan papa tahu, diorang akan bawak bahan bukti ni ke polis. Kalau Karlisa kena tangkap, dia akan kena hukuman gantung aje. Itu tak cukup! " ujar Aydan dengan keras.
" Fiq setuju kalau abang nak balas dendam. Fiq ikut abang! " ujar Arfiq tanpa banyak soal. Aryan, Ayqal dan Arfan tergamam.
" Aku ikut kau.. " ujar Aryan. Ayqal dan Arfan tiada pilihan. Jika abang sulungnya ingin berbuat demikian, mereka terpaksa mengikut. Pada mereka, keputusan Aydan adalah yang terbaik kerana Aydan membuat akan keputusan setelah berfikir dengan teliti.
~•~
Karlisa berjalan ke hulu dan ke hilir.
" Diorang dah pergi honeymoon! Macam mana kalau Alya mengandung? Makin susah lah kerja aku! " Karlisa menggigit jari telunjuknya.
" Aku tak boleh berehat lama-ii! Aku kena jalankan rancangan aku secepat mungkin! " telefon bimbit dicapai. Nombor Danish didail.
" Danish! Datang rumah aku sekarang.. " arah Karlisa dengan kalut sebelum mematikan panggilan.
~•~
" Kau nak bunuh siapa lagi lepas ni? Tak cukup lagi ke kau dah bunuh dua orang yang dia sayang? " soal Danish. Karlisa memandangnya dengan tajam.
" Eh! Selagi aku tak dapat dia.. Aku takkan berhenti lah! Dan kalau aku tak boleh dapatkan dia, orang lain pun tak boleh! " jerit Karlisa. Danish menggeleng perlahan. Karlisa tersenyum sinis.
" Sudah lah Lisa! Dia dah bahagia lah dengan keluarga dia! Kau cari aje lah orang lain.. " ujar Danish yang sudah malas ingin berkomplot dengan Karlisa.
" Aku punya plan, kau jugak yang dapat untung kan? Kau dah sedap-ii rogol adik dia, sekarang kau nak tunjuk baik pulak hah? " jerit Karlisa lagi. Matanya merenung tajam wajah Danish.
" Kau ingat Danish.. Masa mak kau sakit terlantar dekat hospital.. Siapa yang tanggung semua kos rawatan dia? Aku! Aku yang tanggung.. Jadi kau! Tak payah nak mengajar aku apa yang patut aku buat! " tengking Karlisa lagi. Danish tertunduk mendengar ungkitan Karlisa.
" Sekarang ni, aku nak.. Kau perhatikan Alya.. Dah lama aku bersabar tunggu peluang! Kau ingat Danish.. Kau jangan cari pasal dengan aku.. Kau taknak kan mak kau tahu yang dia dirawat dengan duit dari hasil haram.. " Karlisa memberi amaran sebelum berlalu naik ke biliknya. Danish termanggu seorang diri. Wajahnya diraup perlahan. Sungguh dia menyesal atas perbuatannya. Kata-ii seorang tua yang menasihatinya ketika dia sedang duduk termenung di tepi jalan terngiang ngiang di telinga.
" Kita ni manusia biasa.. Tak lari dari kesilapan. Oleh itu kita hendaklah memohon ampun dari Allah Taala agar diampunkan segala dosa-ii kita. Kita tak tahu bila ajal kita nak datang. Entah kejap lagi ke.. Kita tak tahu. Semuanya rahsia Allah. Selagi kita bernafas dan berdaya, cubalah sedaya upaya untuk melawan nafsu daripada melakukan kejahatan. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka luas untuk semua hamba-Nya yang masih hidup. Bertaubatlah sebelum terlambat nak.. " nasihat orang tua yang berpakaian putih itu kepada Danish. Danish hanya mendiamkan diri.
" Pakcik mintak diri dulu.. Assalamualaikum. " ujar orang tua itu sebelum berlalu meninggalkan Danish.
Danish melepaskan keluhan kasar. Dia tersepit. Dia tidak tahu hendak berbuat apa. Dia tersepit dengan budi yang ditabur Karlisa.
To be continue..
YOU ARE READING
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔
Mystery / Thriller𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummynya, Alya. Rumah tangga mereka tidaklah teruk dan tidaklah juga manis. Aydan yang masih lagi bersedih...