part 10

311 34 5
                                    

13 tahun yang lepas

"Mama, air pun mesti kena hantar deka rumah baru jugak kan?" Tanya air.

"Hmm..." Jawab mamanya.

Apabila sampai destinasi, air terus menyalami tangan mamanya secara spontan lalu turun dari kereta dan tidak memandang kereta itu.

Padangan orang padanya, mungkin dia tidak mempunyai perasaan. Tetapi realitinya, air menangis dalam hati supaya tak diketahui orang. Dia nak buktikan pada orang lain, dia kuat menghadapinya.

Dan dia sedari bahawa kereta itu pun sudah pergi dari pandangannya.

Di dalam kereta pula, mamanya menangis mengenangkan nasib.

"Maafkan mama anakku. Maafkan mama." Kata mamanya dalam esakkan.

1 tahun kemudian...

"Mama, kita nak pergi mana? Tanya air curiga.

"Lah, nak pergi rumah kawan ayahlah. Kan dah bagitau." Jawab mamanya.

"Kawan ayah tu, rumah dia kat mana? Kenapa kita kena datang rumah dia? Tanya air lagi.

"Nama rumah tu VIP. Kita datang rumah dia sebab kita dapat jemputan sebab anak dia hari jadi harini." Kata mamanya jelas.

"Lagipun, anak kawan ayahkan kawan abang Izzul, mestilah dia jemput kita juga." Kata mamanya lagi.

"Apa nama kawan abang izzul?" Tanya air lagi.

"Nama dia adli. Abang adli." Jawab mamanya sambil tersenyum.

"Ooo..." kata air.

"Okay kita dah siap." Kata mamanya sambil memperkemaskan baju air.

Sampai sahaja di VIP.

"Ayah, air macam kenallah tempat ni." Kata air sambil menarik narik tangan ayahnya.

Tapi soalan itu ayahnya hanya endahkan sahaja.

Tiba tiba tangannya ditarik oleh ayahnya. Mereka berjumpa dengan tuan rumah serta keluarga.

Pada saat itu...

"Api?!.." Panggil air dengan terkejut lalu melepaskan genggaman tangan ayahnya.

Api memandang suara yang memanggilnya dan terkejut.

"Air?!.." Kata api dengan terkejut lalu air memeluk api dan api membalas.

"Kedua dua keluarga sangat terkejut apabila lihat mereka berdua berpelukkan.

Baru mereka sedar, muka dorang mirip. Mungkin kembarnya?

Sejak kejadian itu, air selalu datang kerumah api apabila ada masa. Kadang kala apabila cuti sekolah, mereka akan duduk berhari hari di rumah mereka silih ganti.

~Masa kini~

Air hanya tersenyum dalam tidur. Dia hanya harapkan semoga mimpinya indah indah sahaja.

Keesokkan harinya

"Api! Api!" Air menjerit dari luar rumah.

Api terkejut mendengar satu suara yang tiba tiba memanggil namanya.

Dia melihat luar melalui tingkapnya.

'Ouh, air.' Getus hatinya.

Api segera keluar rumah.

"Haa! Apa dia terjerit jerit pagi buta ni?!" Jerit api.

Air tersenyum dan api pun mengerti.

-
-
-

Naluri Di Hati (5 Boboiboy) S1 & S2Where stories live. Discover now