"Hai mama! Dah sihat?" Dengan gembiranya air bertanya.
"Mama sihat je air. Kamu dari mana ni?" Tanya mamanya.
"Mana ada kemana mana harini. Harinikan hujung minggu. Malaslah nak pegi mana mana." Kata air.
Dia terus duduk berlunjur disebelah mamanya diatas katil.
"Air, kamu tak ada rasa pelik ke?" Tanya mamanya.
Pertanyaan mamanya itu membuat air berkerut.
"Pelik apa ma? Tak ada yang pelik pun." Kata air.
"Halilintar?" Kata mamanya.
Jantung air tiba tiba berdegup kencang.
'Ke..kenapa dengan aku ni?'
"Kenapa dengan hali? Mama kan dah tahu yang dia tengah buat amal kebajikan." Kata air hanya untuk menenangkan jiwanya tiba tiba terasa kecut.
"Kenapa lama sangat hali pergi. Mama rindu dia. Dulu, hali pernah cakap dekat mama yang dia pergi dalam dua tiga hari je. Tapi kenapa lama sangat? Dah nak masuk sebulan dah." Kata mamanya lagi.
Kepala mamanya terlentok dekat bahu air.
"Mama, mama jangan risau eh. Nanti dia balik lah." Pujuk air. Air menepuk bahu mamanya.
"Air tahu tak mana hali pergi?" Tanya mamanya lagi.
Air menggeleng.
"Tak pelah." Kata mamanya lalu dia membetulkan posisi untuk baring.
Air bangun dan terus keluar dari bilik mamanya.
Mamanya terus tidur.
'Pe...perasaan apa tadi tu?' Air memegang dadanya.
'Ke...kenapa aku rasa takut sangat?'
'Aku terasa macam ni seperti sebuah kehilangan.'
-
-
-Gempa hanya termenung sahaja di luar tingkap.
Entah apa yang dia rasa seronok sangat di luar tingkap itu sampai lupa keadaan sebenar.
Pintu bilik gempa menguak menandakan ada orang masuk dalam biliknya.
Gempa terperasan apabila mendengar derapan kaki makin menghampiri dirinya.
Gempa mengangkat sebelah keningnya.
Apabila sudah tahu siapa gerangan orang itu, dia hanya mengabaikan sahaja.
"Gempa, aku bawakkan kau sarapan. Kau makan tau. Dari tadi kau tak keluar bilik pun. Aku risau tau." Pujuk taufan.
Gempa tidak memberi respon.
Taufan makin risau perubahan gempa yang terlalu mendadak ini.
'Silap aku juga sebab aku bagitau perkara ini dengan orang yang salah.' Desis hati taufan.
Dia meletakkan sarapan diatas meja kecil sebelah katil gempa.
Terus taufan duduk diatas katil gempa. Jadi posisinya sekarang di sebelah gempa yang duduk diatas kerusi memandang luar tingkap.
"Kau marah aku lagi?" Tanya taufan.
Gempa masih membatukan diri.
"Aku mintak maaf kalau buat kau rasa serabut dengan tindakan aku untuk tahu hal peribadi kau semua." Kata taufan.
"Tapi, aku perlu tahu jugak, kau buat apa selama ni. Aku risaukan kau tau." Kata taufan lagi.
Gempa terus memandang taufan.
"Halilintar. Halilintar pernah bagitau aku sesuatu sebelum dia hilang." Secara tiba tiba gempa bersuara.
Taufan tersenyum. Lega hatinya bila gempa mahu berkata kata.
"Hali ada cakap apa kat kau?" Tanya taufan.
"Aku tak ingat sangat ayat dia. Tapi dia ada bagitau aku jaga mama, adik beradik, rumah elok elok." Gempa terdiam.
"A...aku tak sangka, rupa rupanya tu ayat terakhir dia sebelum dia......" Air mata gempa sudah mengalir dipipinya.
Gempa tidak mampu berkata kata lagi sebab dia sudah teresak esak melayan perasaan.
"Gempa, selagi pihak polis belum sahkan apa apa lagi, selagi itulah hati ni kena kuat, yakin bahawa hali masih selamat. Tapi kita masih tak jumpa lagi je. Sebagai orang tersayang hali, kuasa kita hanya mampu berdoa supaya dia selamat di mana mana." Kata taufan.
Gempa tergelak kecil.
"Aku tak sangka, orang yang periang boleh jadi matang dalam situasi macamni." Puji gempa.
"Dan aku pun tak sangka, orang paling matang dalam keluarga ni boleh jadi lembik macam ni." Kata taufan pula.
"Dah lah, jangan nangis. Jom, bantu aku dengan pihak polis untuk jejak halilintar. Nak?" Ajak taufan.
Gempa mengusap air matanya sendiri.
Dia mengangguk.
Dah, makan makanan yang aku bawak ni. Sian aku tau." Kata taufan sambil tergelak kecil.
-
-
-Zamir termenung di atas meja dalam bilik ceonya
Iya! Dia merupakan seorang ceo yang jawatannya telah diturunkan oleh ayahnya kepada dia setelah ayahnya meninggal akibat...
Digantung sampai mati🙀
Jadi...inilah tanggungjawab dia untuk menjaga amanah besar ini sehingga dia mempunyai pewaris.
Kenapa dia mengejarkan si Api itu sangat?
Jujur aku nak katakan, Api membuatkan aku rasa sesuatu.
Dia ada sesuatu yang membuatkan aku patut rapat dengan dia.
Sesuatu kelebihan dia tu aku patut berada rapat dengan dia.
Supaya...
Supaya aku dapat berjumpa balik dengan keluarga sebenar aku.
Sumpah...
Inilah yang aku rasakan selama ni.
Selepas aku tinggalkan mak aku sorang sorang hanya kerana mengejar harta.
Dulu aku rasa kehilangan sangat.
Bila aku tengok keluarga Api, dia bersungguh sungguh mempertahankan mama dia.
Dia telah mengetuk pintu hati aku.
Dia juga telah memberikan aku kesedaran betapa pentingnya ada ibu disisi kita.
"Selama ni, rupa rupanya aku anak derhaka ke tinggalkan mak aku sorang sorang kat kampung?" Mata Zamir bergenang mengenang nasib yang menimpa dirinya.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Hai, new chapter is coming.
Sorry sebab lambat update.
Takpe, korang tunggu sikit je lagi okay?
Btw, happy eid adha semua!!!
Enjoy your reading~
YOU ARE READING
Naluri Di Hati (5 Boboiboy) S1 & S2
FanfictionNALURI DI HATI S1 "Tak nak...hali tak nak duduk sini"...tangis halilintar. "Ibu, kita nak pergi mana...???" Tanya Taufan. "Siapa diorang ni, ibu?" Tanya Gempa. "Air, tolong Api, Air...huhuhuhuhu!!!!" Tangis Api. "Huh, tak payah nak hantarkan. Air bo...