Taufan bersama dengan halilintar sedang mengikuti Encik Hamid dari belakang untuk menuju ke kubur ayah mereka.
Halilintar masih tidak tahu tujuan sebenar mereka berdua hanya ikutkan sahaja.
"Kita buat apa kat kubur?" Halilintar musykil.
Yelah, kubur siapa pula mereka mahu melawat, kenapa tidak memberitahu dia?
"Nanti Hali akan tahu siapa." Kata Taufan.
Mereka pergi mendekati kubur yang sudah ditumbuhi rumput.
Sayu hati Taufan apabila sampai betul betul dihadapan kubur ayahnya.
"Hali, ni lah ayah kita. Dia dah takde." Kata Taufan.
Ini sepatutnya misi halilintar selama ini. Ingin mencari ayahnya. Sayangnya halilintar ditimpa kemalangan dan hilang ingatan.
Taufan pula masih tidak tahu bahawa tujuan halilintar yang asal sebelum halilintar ditimpa kemalangan.
"Hali?" Taufan pelik kenapa abangnya itu hanya diam dan berdiri tegak sahaja?
Halilintar secara tiba tiba teringat sesuatu.
"Keychain, keychain." Monolog Halilintar. Dia membelek belek seluarnya yang dipakai kini.
Taufan pelik melihat tingkah laku Halilintar yang seakan akan gelabah mencari sesuatu.
Taufan mengerut dahi lalu menegur abangnya itu.
"Hali okay tak ni." Tanya Taufan. Kut kutlah Halilintar tidak selesa.
"Aku nak balik." Kata halilintar lalu dia memusingkan badannya.
"Hali, kenapa tiba tiba nak balik ni?" Taufan menahan perjalanan halilintar dari terus berjalan.
"Aku teringat sesuatu." Kata Halilintar.
Satu kejutan untuk Taufan.
"Hali ingat apa?" Tanya Taufan lagi.
"Aku tak pasti betul ke apa yang aku ingat. Yang pasti aku teringat satu keychain." Kata Halilintar.
Nampaknya ingatannya semakin pulih makin hari ke hari.
Harap ada kebaikan yang akan berlakulah.
Taufan berdoa dalam hatinya.
-
-
-Nak saya bagi tease fanfic baru tu tak?
Comment nak!
-
-
-"Maksud keychain yang Hali bagitau tu, yang ni kan?" Taufan menunjuk keychain berbentuk bintang biru itu betul betul berada dihadapan Halilintar.
Mereka sudah balik dari menziarahi kubur ayahnya dan sekarang mereka di rumah keluarga angkat Halilintar.
Halilintar mengangguk.
Halilintar mahu mengambilnya tetapi Taufan menghalang Halilintar terus mengambil keychain itu.
"Bagitau aku, ada apa dengan keychain ni sampai kau sanggup hampir gadaikan nyawa kau sendiri?" Taufan bernada agak tegas apabila menanyakan soalan itu pada Halilintar.
Halilintar menggeleng.
"Aku tak ingat sangat. Yang pasti, aku masih ada misi yang aku tertangguh." Kata Halilintar.
Tetapi kata kata Halilintar tadi seakan akan dibangkang oleh Taufan.
"Hanya kerana satu keychain ni, kau hampir gadaikan nyawa, mama, adik adik semua risaukan kau. Aku bagai nak mati cari kau. Hanya sebabkan kau nak cari ayah? Terang terang dulu ayah juga tinggalkan kita. Apa ni?! Bagitau aku lagi, apa yang kau cari dari ayah. Bagitau aku Hali." Taufan kegeraman.
Kepala halilintar seakan berdenyut denyut.
"Jangan desak akulah." Halilintar membalas semula perdebatan ini.
Taufan menarik nafas.
"Takpelah kalau kau taknak bagitau aku apa yang kau cari selama ni. Aku tak percaya yang misi kau semata mata mencari ayah. Mustahil. Walaupun kau hilang ingatan sekali pun aku masih tak akan percaya yang kau hanya nak cari ayah semata mata. Pasti ada sesuatu yang kau sorokkan dari aku. " Luah Taufan yang agak panjang.
Taufan mengambil telapak tangan halilintar dan meletakkan keychain itu ada tangannya.
"Kau ambil lah keychain ni. Aku takkan kacau misi kau lagi. Teruskan sampai kau berjaya." Taufan menepuk nepuk bahu Halilintar dan terus keluar dari rumah itu.
-
-
-Mesti korang nak halilintar sihatkan? Nampak macam ada tanda tanda dia ingat balik je tu 👀
-
-
-Hampir sebulan Taufan tidak pulang kerumah keluarganya itu.
Rindu. Itu pasti. Siapa je yang tak rindu keluarganya bukan.
Klek...
Pintu utamanya dibuka.
Mama serta Air duduk di sofa di ruang tamu sambil menonton televisyen.
Hmmm... Mungkin drama pukul 7 kut.
Terkejut mamanya apabila secara tiba tiba sahaja Taufan memasuki rumah tanpa memberi salam.
Dengan susah payahnya Puan Amina bangun untuk menghampiri anaknya yang dulu periang. Kini seakan akan orang yang lain.
"Fan dah balik. Kenapa dah lama tak balik. Tak sayang mama ke?" Kata Puan Amina sayu.
Terasa kesunyian didadanya kini.
Taufan hanya membisu.
Tak tahu ayat apa yang patut dikeluarkan sekarang ini.
Air pula hanya membatu disebelah mamanya.
Air membawa mamanya itu duduk kembali di sofa, diikuti Taufan dibelakang.
"Mama, kalau Taufan tanya sesuatu, boleh tak?" Tutur sopan Taufan.
"Apa dia?" Mamanya seakan akan tidak sabar dengan soalan anaknya itu.
Mungkin dia rindu suara anaknya.
"Mama mesti tahu tentang keychain bintang biru milik ayah bukan?" Kata Taufan.
Mamanya pula kematian kata kata.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Berminat dengan bakal fanfic fantasy yang bakal didebutkan oleh saya?
Jika ramai yang berminat....update yang seterusnya saya akan bagi sedikit sedikit spoiler boleh mendebarkan jiwa kamu semua.
Enjoy your reading~~~
YOU ARE READING
Naluri Di Hati (5 Boboiboy) S1 & S2
FanfictionNALURI DI HATI S1 "Tak nak...hali tak nak duduk sini"...tangis halilintar. "Ibu, kita nak pergi mana...???" Tanya Taufan. "Siapa diorang ni, ibu?" Tanya Gempa. "Air, tolong Api, Air...huhuhuhuhu!!!!" Tangis Api. "Huh, tak payah nak hantarkan. Air bo...