"Kampung Bintang? Itukan tempat..."
"Ya, itulah tempat abang kau accident dulu." Nizam memotong.
"Ada dua sebab kenapa aku pilih tempat ni. Satu, kita boleh settlekan perkara ni cepat. Dua, kita mungkin boleh cari abang kau kat sana." Kata nizam sambil menepuk bahu taufan.
Taufan terharu. "Kau memahami aku Zam. Terima kasih banyak banyak." Kata Taufan lalu mereka berpelukkan.
-
-
-"Huh! Penatlah." Rungut Halilintar.
"Eleh. Baru sikit dah merungut. Kita masih ada satu line lagi nak kena petik tau." Jerit fang dari pokok sebelah.
"Hah???!!!" Kata Halilintar.
Halilintar melihat barisan pokok yang mahu mereka selesaikan selepas ni.
Terus halilintar terbaring selepas melihat barisan pokok yang amat panjang.
"Okay! Aku dah tak sanggup." Kata halilintar sambil terbaring.
Habis semua mangga dalam bakul yang dikutip tadi bertaburan.
"Haih Az, mana boleh macam ni. Hidup ni mana ada yang senang. Semua atas usaha sendiri. Rajin dengan malas je yang mengawal kita." Kata fang sambil berjalan kearah halilintar.
"Jom, kita buat cepat cepat. Nanti boleh balik cepat." Kata fang sambil menghulur tangannya kearah halilintar.
Halilintar sambut. " Wah, ayat kau memang A+ eh. Pandai kau mengayat." Kata halilintar.
"Aku belajar dari pengalaman Az. Aku membesar bukan dalam keluarga yang senang." Kata fang.
Halilintar terasa bersalah atas ayatnya tadi.
"Sorrylah fang kalau aku buat kau terasa." Kata halilintar.
"Takpe. Dah jom. Kita sambung kerja. Kerja biar kasi licin dan clean. Jangan tangguh tangguh." Kata fang.
Mereka berdua tertawa selepas mendengar ayat fang tadi.
-
-
-"Arghh...!!" Api mengamuk dalam biliknya.
"Apa salah aku sebenarnya? Kenapa kau buat aku macam ni." Jerit api lagi.
Api semakin takut dan takut dengan ancaman zamir kepadanya.
"Aku tak salah. Aku hanya selamatkan mama dari kau. Dan sekarang kau ancam hidup aku zamir. KAU MEMANG TAK GUNA!!!!" Jerit api kuat sambil membaling bantal.
Api terbayang waktu ketika dia bertemu dengan Zamir dihospital.
"Mama, api dat.....tang..." Suara api makin kendur.
Terkejut dengan gerangan yang berada di hadapannya kini.
"Apa kau buat kat sini hah?!" Api mula meradang.
Sah! Zamir ni memang gila.
"Saja, nak lawat MAK TIRI aku pun....salah ke?" Kata zamir dengan sengihan.
"Kau tak layak nak cakap kau anak dia lah." Api menolak bidang dada zamir.
"Wow, main kasar." Zamir tersenyum sinis.
"Kau kena ingat...mak kau kat sini." Kata zamir sambil memandang sinis kearah api.
Api mengetap bibir.
"Baik kau blah dari sini sebelum kau..."
"Sebelum apa api hah? Kau ugut aku?" Kata zamir.
Api semakin mengundur kebelakang.
"Kau ni gila ke?!" Jerit api.
Kini mereka diluar wad mamanya itu.
"Kau cakap apa? GILA? HAHAHAHAHAHAHAHA!!!!" Zamir ketawa besar selepas mendengar ayat dari api.
Secara tiba tiba kedua dua tangan api direntap kasar.
"Hahahahahaha, kau ni kelakarlah api." Kata zamir.
"Lepaskan aku lah." Radang api.
"Woi! Pekak ke? Aku suruh kau lepaskan akulah bodoh!" Api sudah marah ketahap maksima.
Dugaan apa pula yang kau berikan pada aku ni ya allah.
"Settle di tempat lain jom." Kata zamir.
Terus dia pergi dari tempat itu termasuk api dan orang orang suruhannya.
"Woi! Lepaskan aku lah. Kau dah gila ke Zamir?" Api meronta ronta.
Tapi hanya sia sia.
"Arghhhhhhhhh!!!!!" Api menjerit kuat kuat sambil menarik rambutnya yang kian kusut.
"Apa lagi yang kau nak uji aku ni ya allah." Api menangis sambil menunduk.
Pintu terbuka secara tiba tiba.
"Api? Kau kenapa?!"
Gempa melihat bilik ini tidak seperti bilik gamaknya.
"Kau ada masalah ke, tak nak kongsi dengan aku?" Tanya Gempa berhati hati.
Api ni lain sikit cara memujuk, tidak suka dipujuk seperti budak kecik.
Api hanya duduk melutut diatas katil sahaja. Kepalanya membenam dalam lutut.
"Pergi."
"Api, aku mungkin boleh tolong kau."
"Aku kata pergi jelah!" Kata Api dengan lantang.
Gayanya masih sama. Tidak mahu pandang gempa.
"Okaylah kalau macamtu. Aku tak nak ganggu kau. Tapi aku tunggu, ada masalah, aku ada. Okay?" Kata gempa sambil menepuk dadanya.
Gempa terus menutup pintu bilik Api.
Selang beberapa saat,
Api menangkat mukanya sambil mengusap air mata yang tumpah tidak henti henti.
-
-
-Nizam memakir keretanya berdekatan dengan gerai yang berada dalam kampung ini.
Mereka berdua terus turun dari kereta.
"Yes. Lega akhirnya dapat renggangkan badan." Kata Nizam.
Nizam sedang mengeliat.
Taufan pula seakan terpaku.
'Asal aku rasa lain macam disini?' Taufan bermonolog dalam hati.
Taufan terus memandang di sekeliling tempatnya.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Hai, saya buat comeback setelah sekian lamanya
Lama rasanya tak update ni.
Enjoy your reading!
YOU ARE READING
Naluri Di Hati (5 Boboiboy) S1 & S2
FanfictionNALURI DI HATI S1 "Tak nak...hali tak nak duduk sini"...tangis halilintar. "Ibu, kita nak pergi mana...???" Tanya Taufan. "Siapa diorang ni, ibu?" Tanya Gempa. "Air, tolong Api, Air...huhuhuhuhu!!!!" Tangis Api. "Huh, tak payah nak hantarkan. Air bo...