Jisoo memerhati kelibat teman lelakinya dari jauh. Sedari tadi teman lelakinya merangkul pinggang seorang gadis.
Mungkin adik Daniel
Kata-kata itu sering dikatakan di dalam hatinya. Dia cuba berfikiran positif dan tidak mahu menuduh Daniel yang bukan-bukan.
Tetapi sangkaan Jisoo mulai meleset apabila Daniel bertindak mencium bibir milik gadis tersebut.
Jisoo terus melangkah ke arah Daniel. Sakit hati apabila melihat perbuatan Daniel itu.
Dia menarik lengan milik Daniel dan ciuman Daniel terlerai. Daniel melihat muka Jisoo. Dia menunjukkan muka meluatnya.
“Who is she?” Tanya Jisoo separuh menjerit.
“She's my p.a. Dayeon.” Kata Daniel. Jisoo membulatkan matanya.
Tidak dia sangka Daniel menipu dengan dirinya walaupun perbuatan mencium gadis yang bernama Dayeon itu dilihat di hadapan Jisoo sendiri.
“Your p.a?”
“Ya, sayang. Takkan lah girlfriend saya pulak”
“Ada ke lelaki yang cium p.a dia? Keluar sama-sama. Siap berpeluk pinggang lagi.” Perli Jisoo. Matanya hanya memandang muka Daniel meminta kebenaran.
Namun, Daniel terus-terusan menipu dirinya. Daniel mengeluh.
“Awak tak percayakan saya ke?”
“Buat apa saya nak percayakan penipu macam awak ini? Jangan-jangan, awak dah tidur dengan perempuan ni?” Ucap Jisoo terus-menerus tiada henti.
Dia geram dengan Daniel. Sanggup menipu dirinya walaupun mereka sudah menjadi pasangan kekasih sejak di bangku sekolah menengah lagi.
“KIM JISOO!”
“WHAT?!”
Muka Daniel sudah menjadi merah akibat menahan marah. Geram dengan Jisoo yang tidak percayakan dirinya walaupun memang betul dia curang dengan Jisoo.
“Look, benda ni kita bincang nanti. Saya akan bagi awak penjelasan.”
“Penjelasan apa lagi, haa Kang Daniel? Penjelasan yang awak dah terlanjur dengan perempuan ni and dia mengandung anak awak!!!”
Pang!
Jisoo memegang pipinya yang ditampar oleh Daniel. Daniel melihat tangannya yang telah menampar Jisoo.
“How dare you?” Kata Jisoo dalam keadaan sedih. Orang ramai yang melihat kejadian tersebut simpati dengan Jisoo.
“Don't call me. Don't message me. And jangan cuba-cuba nak hubungi saya. I hate you!” Kata Jisoo. Dia terus melangkah meninggalkan Daniel dan gadis yang bernama Dayeon itu.
Dia menyesal. Menyesal mencintai lelaki seperti Kang Daniel itu.
Daniel memandang ke arah kelibat Jisoo yang menjauh daripadanya. Dia rasa menyesal kerana menampar Jisoo sedangkan segala tuduhan Jisoo terhadapnya benar belaka.
Daniel memandang ke arah Dayeon dan Jisoo bersilih-ganti.
Perlu ke aku kejar Jisoo?
Tetapi segala kata-kata hati segera ditepis daripada fikiran. Dia cuba melupakan Jisoo apabila Dayeon merangkul pinggangnya.
Daniel tersenyum ke arah Dayeon. Sekarang ini dia perlu menumpukan segala perhatian kepada gadis ini. Gadis yang sangat dicintainya sekarang ini.
Tentang Jisoo nanti pandai-pandailah dia pujuk. Jisoo senang dipujuk tetapi sekiranya Jisoo masih tidak mempercayainya, Daniel mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka sahaja.
Simple!
YOU ARE READING
[H] Fate
Fanfiction"Jisoo saya nak kita putus,"-Kang Daniel " Tapi kenapa?"-Kim Jisoo Hubungan yang dicipta selama 10 tahun putus begitu sahaja apabila sang lelaki berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuannya. Tetapi kemunculan jejaka bernama Kim Taehyung menguba...