0 5

213 22 0
                                    

Jisoo memandang kosong ke arah Kopi Americano ais yang baru sahaja dihidangkan oleh pelayan sebentar tadi.

Dia tahu Daniel yang memesan kopi untuknya. Kopi yang sentiasa dipesan oleh dia dan Daniel semasa keluar berjanji temu di cafe.

"Kang Daniel awak merupakan seorang pemusnah hati," Jisoo berkata dengan nada yang cukup sinis.

Jisoo mengambil cawan tersebut dan menghirup kopi dengan menggunakan straw. Dia minum juga kopi tersebut biarpun hatinya sakit ditinggalkan oleh lelaki yang bernama Kang Daniel!









Jisoo datang ke Bangtan Cafe seperti biasa. Tetapi hari ini, dia keseorangan. Tiada lagi Kang Daniel duduk di hadapannya. Tiada lagi lelaki yang sentiasa membuatkan dirinya tersenyum.

Dia isteri saya

Dia isteri saya

Dia isteri saya

Hanya perkataan itu yang bermain di fikirannya sejak semalam. Sehingga fikirannya tidak tidur.

Seorang pekerja lelaki menghidangkan secawan americano ais yang dipesan olehnya. Jisoo hanya memandang air yang berada di hadapannya.

Tidak mampu rasanya untuk meneguk minuman yang sama tetapi kekasih hatinya tidak bersama dengannya. Opps. Bekas kekasih.

“Hey, kenapa duduk sini dengan muka sedih macam tu?" Soal Taehyung. Sejak dari tadi lagi dia memerhati perbuatan gadis itu. Lagipun, hatinya sudah terpikat dengan gadis itu apabila melihatnya pada pandangan yang pertama.

Taehyung mengintai sedikit kopi yang dipesan oleh gadis itu. Namun kopi yang dipesan juga tidak berluak. Hairan Taehyung dibuatnya. Setahu dirinya, kopi yang dibuat olehnya tidak menerima sebarang aduan setakat ini.

"Siapa awak nak menyibuk tentang urusan saya?" Ucap gadis itu. Matanya lebam tanda tidak cukup tidur dan menangis.

"Mungkin sekarang saya bukan sesiapa bagi awak. Tetapi nanti mesti awak panggil saya sayang" Ucap Taehyung. Dia mengenyipkan sebelah matanya dan berjalan meninggalkan gadis yang terpingga-pingga itu.

"Gila!"

Jisoo memegang cawan yang berisi americano ais dan meminum seteguk air tersebut. Dia kemudian ke kaunter untuk membuat bayaran.

Jisoo memandang Taehyung.

Lelaki ini lagi. Tiada  lelaki lain ke?’ Katanya di dalam hati.

“Berapa?” Tanya Jisoo. Taehyung memandang Jisoo.

“Cik tidak perlu bayar.”

“Kenapa pula? Ni kedai bukan tempat untuk makanan percuma”

“Saya belanja cik” Jawab Taehyung. Jisoo menggulingkan matanya.

Dia mengeluarkan sekeping not berjumlah 5 dollar dan memberikan kepada Taehyung.

“Tidak perlu nak belanja saya. Saya banyak duit and keep the change. Upah sebab sakitkan hati saya” Ucap Jisoo. Dia terus keluar dari cafe itu.

Taehyung hanya memandang Jisoo yang kian menghilang. Dia menjilat sedikit bibirnya.

Jual mahal huh. I like it’ Ucap Taehyung di dalam hati.

[H] FateWhere stories live. Discover now