0 4

238 23 0
                                    

"Ta-tapi bi-bila aw-ak kah-win?" Jisoo bertanya kepada Daniel dengan suara yang tersekat-sekat.

Sambil itu, Jisoo memandang gambar yang ditunjukkan di dalam telefon pintar milik Daniel.

Perempuan itu.

Perempuan yang dikatakan Personal Assistant milik Daniel.

"Dua tahun yang lepas," Daniel menjawab pertanyaan Daniel tanpa rasa serba-salah.

Jisoo memandang tajam ke arah Daniel.

"Dua tahun yang lepas? Are you kidding me Kang Daniel? Bukan sebulan atau dua awak dah kahwin tapi sudah dua tahun dan awak tak pernah bagitau saya langsung!" Jisoo berkata kepada Daniel dengan suara yang sangat geram.

Ya... dia geram dengan sikap Daniel yang tidak memberitahunya bahawa dia sudah berkahwin.

"Jisoo look,  saya tak bagitau awak pasal ni sebab tak nak kecewakan awak," Daniel cuba mempertahankan dirinya.

"Jadi sekarang ni awak ingat saya tak kecewa ke dengan sikap awak?! Jawab Kang Daniel!" Nada suara Jisoo masih tidak berubah.

Alasan yang diberikan oleh Daniel tidak masuk akal baginya. Bagi Jisoo lebih baik Daniel memberitahunya lebih awal sebelum Jisoo mengetahuinya sendiri.

Sekiranya Daniel berbuat demikian tidaklah Jisoo berasa kecewa seperti ini. Tidak perlulah dia bercinta dengan suami orang. Malangnya nasi sudah menjadi bubur.

"Jisoo saya memang bercadang nak bagitau benda ni dekat awak tapi malangnya awak dah tahu pasal benda ni," Daniel masih cuba mempertahankan dirinya.

"Come on Daniel, dua tahun awak bercadang nak bagitahu saya dan awak masih juga tidak bagitahu saya tentang benda ini. Kalau saya tidak tangkap awak semalam, mungkin hari ini saya masih lagi ditipu oleh awak,"

Daniel tidak mampu mempertahankan dirinya lagi. Dia hanya menunduk dan melihat lantai.

"Kalau ini yang awak nak, okay fine. Perhubungan kita cukup sampai di sini sahaja. Jangan sesekali awak call or message saya lagi. Pergi sebelum saya tukar fikiran!" Air mata Jisoo sudah bertakung di tubir matanya. Dia memandang Daniel dengan perasaan dengan kecewa.

Daniel segera bangun dari tempat duduknya. Dia memandang Jisoo buat kali yang terakhir. Mungkin selepas ini, Jisoo tidak mahu melihatnya lagi atas apa yang telah dia lakukan.

Tetapi jauh di dalam sudut hati Daniel, dia ingin mengekalkan perhubungan sebagai seorang kawan. Dia tidak mahu disebabkan satu perkahwinan menyebabkan hubungan persahabatan yang sudah dibina putus begitu sahaja.

Malangnya, disebabkan sifat tamak yang dimiliki oleh dirinya membuatkan dia tidak langsung memberitahu Jisoo tentang perkahwinannya.

Semuanya kerana sifat tamak dalam dirinya yang membuatkan mereka berdua menjadi seperti ini.

Kau bodoh Daniel!

Itu sahaja yang berada di dalam fikiran Daniel buat masa ini. Bodoh kerana telah melukakan hati seorang wanita yang terlalu mencintainya.

Jisoo hanya memerhati Daniel. Langkahnya kakinya nampak teragak-agak seakan-akan rasa bersalah terhadap dirinya.

Secara tiba-tiba Daniel memandang ke belakang untuk melihat Jisoo. Melihat muka Jisoo untuk kali terakhir sebagai kekasihnya.

Muka sedih itu, Daniel akan ingat selamanya. Dia tidak akan melupakan muka sedih itu. Kerana dia yang menyebabkan Jisoo bersedih terhadap dirinya.

----

Sorry guys sebab aku jarang sangat update maklumlah aku ada dua akaun. Yang akaun lagi satu tu pun aku susah nak update apatah lagi akaun ni. Peminat setia story ni aku harap korang akan sokong buku ni walaupun update macam siput.

[H] FateWhere stories live. Discover now