0 2

264 27 1
                                    

Jisoo berjalan laju menjauhi Daniel. Hatinya terluka. Selama ini, dia terlalu mencintai Daniel tetapi... Ini balasan yang Daniel berikan.

Dia tidak menyangka langsung yang Daniel sanggup curang terhadapnya. Dia ingat Daniel mencintainya lebih daripada dia mencintai Daniel.

Tetapi itu hanyalah sangkaannya.

Daniel dah bosan dengan kau Jisoo!

Jisoo berkata kepada diri sendiri. Air mata yang tidak berhenti menitis dilap dengan kasar. Dia benci dipermainkan oleh Daniel.

Tetapi dia tidak boleh menolak kata hati yang dia masih mencintai Daniel. Walaupun sakit di hatinya seperti disiat-siat dengan pisau tetapi perasaan sayang kepada Daniel masih kuat.

It's okay, nanti kau minta Daniel putuskan hubungan dengan perempuan itu!

Jisoo cuba menyedapkan hatinya. Walaupun Daniel berlaku curang dengannya tetapi dia masih tidak mahu berputus asa dengan hubungan yang sudah lama terbina ini.

Rasa sayang sekiranya memutuskan hubungan mereka berdua walhal mereka amat serasi bersama.

Jisoo meneruskan perjalanan ke tempat meletak kereta di aras bawah tanah. Dia tiada mood mahu makan tengah hari walhal tujuannya ke sini semata-mata untuk makan tengah hari. Tetapi niatnya terus terbatal apabila melihat kelakuan tidak senonoh Daniel.


















Malam itu, Jisoo telah mendapat mesej daripada Daniel. Tanpa membuang masa dia segera membuka mesej yang dihantar oleh Daniel.

From: Daniel😍

We need to talk! See you tomorrow at Bangtan Cafe at 10 am. Don't be late!

Jisoo menghabiskan pembacaannya. Mesej yang diterimanya seperti suatu arahan daripada Daniel.

Tiada langsung bait-bait cinta daripada Daniel. Tiada lagi kata-kata pujukan yang diterimanya daripada Daniel. Tiada lagi kata maaf yang dikirimkan oleh Daniel buatnya.

Jisoo tidak pasti Daniel masih menyanyanginya atau tidak.

Haih!

Satu keluhan terlepas daripada Jisoo. Dia agak kecewa dengan sikap Daniel yang tidak mahu langsung menjelaskan apa yang terjadi tengah hari tadi.

Adakah Daniel tidak kesal atas perbuatan yang dia lakukan tengah hari tadi?

Kata-kata itu sering berlegar di dalam fikiran Jisoo. Jika asyik difikirkan tentang perkara ini, silap hari bulan dia pulak akan mendapat penyakit kemurungan.

Jisoo melihat nama Daniel di aplikasi WhatsApp. Mesej yang dikirim oleh Daniel dibaca berkali-kali.

Akhirnya dia membalas juga mesej tersebut.

To: Daniel😍

Daniel...awak masih marah pada saya lagi ke?

I am sorry okay?

Saya tak bermaksud nak tuduh awak bukan-bukan😥

Jisoo melihat mesejnya sudah dibaca oleh Daniel. Tetapi Daniel masih tidak membalas mesej yang dikirim olehnya.

Sesaat

Dua saat

Tiga saat

Status online yang sedari tadi ditulis di bawah namanya kini sudah tiada. Bermaksud Daniel tidak lagi online.

Nampaknya Daniel betul-betul malas mahu melayannya.

Jisoo meletakkan telefonnya di tepi. Dia berbaring di atas katilnya dan melihat siling.

Kang Daniel saya rindukan ucapan selamat malam daripada awak!

Akhirnya, Jisoo tertidur bersama dengan perasaan yang teramat kecewa. Kecewa dengan sikap Kang Daniel.

[H] FateWhere stories live. Discover now