0 6

236 34 2
                                    

Jisoo meneguk cawan yang berisi penuh soju. Sudah tiga botol soju diminumnya di kedai itu.

Tetapi perasaan sedih ditinggalkan Kang Daniel masih tetap ada biarpun dia sudah minum melebihi had yang sepatutnya.

Dia bukanlah seorang kuat minum tetapi disebabkan Kang Daniel, dia memaksa dirinya untuk memabukkan diri. Dan seterusnya dapat melupakan Daniel buat sementara waktu.

"Ahjumma, tambah satu botol lagi!" Jisoo menjerit kepada pemilik kedai untuk menghantar sebotol soju di mejanya.

Kepala yang terasa pening tidak dihiraukan. Dia mahu cepat-cepat melupakan Kang Daniel dengan memabukkan diri. Dia sudah berikrar selagi dia masih memikirkan Kang Daniel, dia tidak akan berhenti minum!

Telur dadar gulung yang berada di hadapan matanya ditatap dengan lama.

"Yahh Kang Daniel!"

"Kenapa awak tak bagitau saya!" Jisoo menjerit sekuat hati sambil mencucuk telur dadar gulung itu dengan menggunakan penyepit.

Akhirnya telur dadar tadi sudah hancur dicucuk oleh Jisoo. Jisoo kemudian menyambung semula aktivit meminum sojunya.

Kadang-kala kedengaran terdengar tangisan kecil Jisoo.

"Kang Daniel awak jahat!" Jisoo menjerit sekuat hati. Pengunjung yang berada di situ tidak menghiraukan jeritan Jisoo.

Bagi mereka, kelakuan seperti itu sudah biasa apabila sedang mabuk.

"Huahuahua!" Jisoo menangis sekuat hati.
















Taehyung melangkah masuk ke dalam kedai soju yang berada di tepi jalan. Setelah melihat kiri dan kanan dia akhirnya menjumpai wanita yang dilihatnya di luar kedai.

Sebenarnya dia dalam perjalanan pulang dari cafe tetapi apabila terlihat wanita yang berjaya menarik perhatiannya menyebabkan di singgah ke kedai ini.

Taehyung segera pergi ke arah meja wanita tersebut. Dia kemudian menarik kerusi plastik dan duduk di atasnya.

Dia kemudian memandang wanita itu dengan pendangan yang menggoda.

"Yahhh! Tak ada tempat lain ke nak duduk!" Jisoo memarahi lelaki asing yang duduk di hadapannya. Walaupun dia sudah mabuk teruk tetapi dia masih sedar akan kewujudan lelaki tersebut.

Lelaki tersebut hanya senyum manis ke arahnya membuatkan hati Jisoo sakit apabila melihatnya.

"Kenapa senyum-senyum ha?!" tengking Jisoo. Dia memandang lelaki yang duduk di hadapannya dengan pandangan tajam.

"E-eh. Awak pekerja cafe tadi kan?" Ucap Jisoo meleret. Marahnya sudah reda. Taehyung menganggukkan kepalanya.

"Awak hensemmmm" Hidung Taehyung kembang apabila terdengar kata-kata yang diucapkan oleh Jisoo.

"Tapi Kang Daniel lagi hensemmm" Jisoo mencapai gelas yang berisi soju dan minum dengan sekali teguk.

"Hehehe" Jisoo mencapai botol soju yang berada di hadapan untuk meminumnya. Taehyung yang melihat perbuatan Jisoo itu terus merampas botol soju itu.

"Yah! Kenapa nak ambil!"

"Awak dah mabuk sangat ni. Tak eloklah"

"Suka ha-hatilah say-" Jisoo berhenti bercakap. Dia meletakkan kepalanya di atas meja.

"krur krur krur" Taehyung menggeleng melihat Jisoo yang sudah tertidur itu.

Dia mengambil telefon pintar Jisoo yang berada di atas meja. Tanpa membuang masa, Taehyung segera membuka telefon pintar Jisoo.

Nasibnya baik apabila telefon pintar itu tidak diletakkan sebarang kunci. Taehyung menekan aplikasi call.

Dia melihat senarai nama panggilan.

Lisa Bestie

Akhirnya Taehyung memilih nama Lisa yang merupakan kawan baik Jisoo.

Dia menekan nama pemanggil.

Sesaat

Dua saat

"Hello," Suara wanita akhirnya mula menjawab.

"Hi, saya Kim Taehyung," Taehyung memperkenalkan diri.

"Kenapa telefon Jisoo boleh ada dekat awak?" Cemas suara itu bertanya.

"Saya rasa kawan awak mabuk teruk,"

"Jadi Jisoo dekat mana sekarang?"

"Kami dekat kedai soju tepi jalan Gangwon,"

"Okeyh saya datang sekarang," Tanpa berkata apa-apa Lisa segera memutuskan panggilan.

Sementara Taehyung mula meneroka telefon pintar milik Jisoo.

"Mula-mula sekali kena tahu nombor telefon dia," Taehyung segera mengambil nombor telefon Jisoo dan menyimpan di dalam telefon pintarnya.

Dia tersenyum apabila dia dengan mudah dapat menyimpan nombor telefon wanita yang berada di hadapannya.

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[H] FateWhere stories live. Discover now