0 9

295 29 8
                                    

Hampir 10 minit jugalah Lisa memujuk Jisoo agar berhenti menangis. Macam-macam dia kata untuk menggembirakan semula hati kawan baiknya itu.

"Kau dah okey ke?" Lisa bertanya sebelum melepaskan pelukannya terhadap Jisoo. Risau dia melihat riak muka Jisoo yang muram itu.

"Aku dah okey sikit," Kata Jisoo sambil menunjukkan jari sedikit. Dia menunjukkan senyuman ke arah Lisa walaupun Lisa akan tahu senyumannya hanya dibuat-buat.

"Jadi kau nak cerita tak apa yang berlaku sampai kau mabuk," Lisa bertanya kepada Jisoo dengan suara yang lembut. Memandangkan dia seorang pakar psikologi, dia perlu pandai memainkan peranan untuk membaiki Jisoo dari segi mental.

Sambil itu, Lisa kembali duduk di kerusinya. Dia mahu mengadakan sesi luahan perasaan sambil bersarapan.

"Lisa... Daniel lelaki tu dia-" Percakapan Jisoo yang tiba-tiba berhenti membuatkan rasa ingin tahu Lisa semakin memuncak. Tanpa dia sedari mukanya semakin ke hadapan dan semakin dekat dengan Jisoo. Ingin mendengar dengan jelas apa yang ingin disampaikan oleh Jisoo.

"Dia dah kahwin!"

"What?!" Terkejut beruk Lisa mendengarnya. Dia tidak sangka Kang Daniel sudah berkahwin. Memang patut Jisoo sedih seperti ini, yelah mereka bercinta hampir 10 tahun tetapi boleh pulak Kang Daniel memberitahu Jisoo dia sudah berkahwin.

"Tapi bila?" Lisa ingin tahu dengan lebih lanjut.

"Du...dua-"

"Dua bulan lepas?" Lisa menyampuk percakapan Jisoo kerana dia tidak sabar mahu mengetahui tentang perkahwinan Daniel.

"Bukanlah!" Jisoo meragam. Nampaknya air mata Jisoo bakal menitis lagi.

"Dua tahun lepasssss!!!! Huahuaaaaa!" Tangisan Jisoo terlerai juga.

Lisa tergamam.

"Jisoo are you kidding me?!" Lisa tidak percaya akan info yang diberikan oleh Jisoo.

"Dua tahun lepas dia kahwin tapi dia baru bagitahu kau?" Lisa bertanya kepada Jisoo untuk meminta kepastian kepada Jisoo.

"Daniel baru bagitau aku semalam," Tangisan Jisoo tidak berhenti. Tetapi dia berjaya juga menjawab pertanyaan yang diberikan oleh Lisa.

Lisa mendekatkan diri kepada Jisoo untuk memberikan pelukan. Dia tahu kawan baiknya sangat memerlukan dirinya buat masa ini.

"Jangan nangis lagi. Tak cantiklah kalau kau nangis. Kau boleh cari lelaki yang lagi bagus daripada Kang Daniel tak guna tu!" Lisa memujuk Jisoo sambil memburukkan Kang Daniel.

Jisoo tersenyum apabila mendengar kata-kata Lisa.

"Aku perlu kuat!" Jisoo memberikan dirinya semangat selepas melepaskan pelukan.

"Dah sambung makan. Lambat pulak aku sampai hospital," Kata Lisa sebelum memakan sarapan yang tergendala akibat sesi luahan perasaan Jisoo.












"Hai!" Seorang jejaka yang ceria menegur Jisoo yang sedang berpandangan jauh. Sedari tadi Jisoo melihat pemandangan luar Bangtan Cafe.

"Kenapa tak hiraukan saya?" Jejaka itu menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Jisoo. Dia memandang Jisoo seperti sudah lama mengenali Jisoo.

Jisoo memandang pelik perbuatan jejaka itu.

Selamba derk je dia duduk sebelah aku! Monolog Jisoo.

"Tak kenal ke?" Jejaka itu masih bersuara mesra walaupun segala soalan yang diberikan tidak dibalas oleh wanita yang duduk di hadapannya ini.

"Nak apa?" Jisoo berkata dengan kasar. Malas mahu melayan lelaki. Perbuatan Kang Daniel membuatkan dia terasa malas untuk berkenalan dengan lelaki. Jauh sekali bercinta.

"Masa awak mabuk hari tu, saya yang tolong telefon kawan awak," Jejaka itu tersenyum manis ke arah Jisoo. Senyumannya membuatkan Jisoo tergoda tetapi cepat-cepat dia melupakan perasaan yang bukan-bukannya itu.

"Thanks," Sepatah sahaja Jisoo menjawab.

"Terima kasih sebab apa?" Jejaka itu sengaja mahu mengusik Jisoo. Sengaja mahu berbual dengan lama dengan dirinya. Bukannya dia tidak tahu akan perangai lelaki yang satu itu.

"Sebab awak tak rogol saya masa saya mabuk!" Jisoo memberikan jelingan maut kepada jejaka itu sebelum melangkah ke kaunter pembayaran.

Moodnya terus hilang apabila dirinya dikacau. Dia datang ke sini mahu menenangkan fikiran tetapi boleh pulak pekerja di cafe ini mengganggunya. Macam tiada kerja gamaknya mengganggu pelanggan.

Selepas membayar segala makanan dan minuman, Jisoo berlalu di meja yang didudukinya tadi.

"Nak tenangkan diri pun tak boleh!" Sengaja dia berkata dengan kuat agar jejaka itu mendengar rungutannya. Puas juga hatinya apabila dapat memerli lelaki itu secara terbuka.

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[H] FateWhere stories live. Discover now