08 !

10 6 2
                                    

Hari ni hari Rabu merangkap hari ketiga Minjoo di sekolah barunya dan malang sekali , Minjoo lambat sampai ke sekolah kerana appanya terpaksa keluar awal untuk ke mesyuarat dan dia terpaksa menunggu Jeemin bersiap. Dengan jem di tengah jalan lagi , memang lewatlah dia.

Minjoo berlari ke kelasnya. Kalau dia lalu tempat biasa , mesti makin lewat. Bagus dia ambil jalan pintas dari bangunan lama itu. Bukannya ada apa pun. Tiada siapa tahu.

Dia tak sanggup nak didenda kerana guru matapelajaran pertamanya untuk hari ini adalah seorang yang garang.

" Aish lantak ! " Minjoo memesongkan kakinya lalu dia pergi ke bangunan lama.

Kakinya pantas berlari ke pintu masuk bangunan itu. Ada jalan kosong di tengah bangunan yang terdapat dua buah tangga untuk ke tingkat atas. Minjoo hendak berjalan di tepi bangunan tapi nanti akan ditangkap oleh cctv jadi dia berura - ura untuk masuk dan tembus ke sebelah sana.

" Betul ke apa aku buat ni ? "  Minjoo ragu - ragu dalam hati tapi keadaannya amat terdesak sekarang.

" Arh lantaklah ! Sekarang pagi , mana ada hantu. "  Minjoo cuba memberanikan dirinya tapi perkataan H.A.N.T.U yang baru disebutnya dalam hati tadi membuatkan bulu romanya berdiri.

Minjoo mengetap bibir. Dia sudah berdiri di pintu masuk. Jika dia masuk dan keluar dari pintu seberang sana , dia hanya perlu melalui parking untuk sampai ke kelas.

Dengan jantung yang berdegup laju , Minjoo berlari masuk ke dalam bangunan lama yang suram itu. Tali begnya digenggam kuat.

" Arghhh ! "









[C] LateWhere stories live. Discover now