09 !

8 6 2
                                    

Kaki Minjoo menjadi kaku bila terdengar suara jeritan seseorang. Bulu romanya meremang habis. Minjoo memegang tali begnya kuat. Dia berdiri statik di tengah bangunan kosong itu.

Minjoo cuba menggerakkan kakinya ke hadapan untuk maju tapi bunyi benda jatuh dari arah belakangnya membuatkan dia hilang arah lalu menjerit histeria.

Minjoo menekup telinganya dengan tangan lalu mencangkung di situ. Matanya terpejam rapat. Air matanya merembes keluar kerana ketakutan yang teramat.

Suasana menjadi sejuk dan senyap. Minjoo menangis teresak - esak di situ. Kakinya keras seperti batu. Walaupun dia teringin untuk keluar dari situ tetapi badannya langsung tidak memberi kerjasama.

Sudahnya tiada orang yang lalu di kawasan sini. Dia menjerit , adakah orang yang akan dengar ? Jika ada sekalipun , adakah orang akan pergi ke bangunan lama yang sudah bertahun ditinggalkan kerana mendengar jeritan perempuan ? Semestinya tidak !

Minjoo mengutuk dirinya kerana mengambil langkah bodoh untuk melalui tempat itu.

Bunyi derapan kaki kedengaran di sekeliling Minjoo. Ketakutannya membuak - buak. Dia langsung tidak boleh menggambarkan betapa takutnya dia sekarang.

Dalam hati dia sudah menjerit meminta tolong. Mulutnya hendak dibuka tapi terasa payah untuk suaranya keluar.

Derapan langkah seseorang di belakangnya membuatkan Minjoo tambah menggigil. Tiba - tiba dia merasakan seseorang menyentuh bahunya dari belakang.

Minjoo memeluk kuat lututnya lalu menjerit kuat.

" MINJOO ! "







[C] LateWhere stories live. Discover now