13 !

10 6 5
                                    

Minjoo keluar dari kereta Jeemin. Dia melangkah masuk ke dalam sekolah. Hari ni hari Sabtu dan cuti tapi dia tertinggal pencil box nya di laci semalam jadi terpaksalah dia ke sini untuk ambil.

Minjoo menggunakan laluan jauh kerana serik untuk lalu di bangunan lama itu. Seram juga rasanya bila datang sekolah pada waktu cuti. Senyap saja sekolah ni. Seram pula rasanya.

Minjoo sudah berusaha mengajak Jeemin untuk menemaninya tadi tapi ditolak mentah - mentah oleh lelaki itu. Malas katanya.

Jadi Minjoo dengan tabah masuk sendirian. Minjoo berlari memandangkan dia takut sebenarnya. Telefonnya dipasangkan lagu. Earphone terpasang kemas di telinga. Dia tidak mahu mendengar sebarang bunyi yang tak patut.

Minjoo tersenyum bila ternampak pintu kelas. Minjoo masuk ke dalam kelas dan dia terpaku di pintu apabila ternampak figura seseorang yang sungguh dia kenali.

" Yonghae. " Minjoo mematikan lagunya.

Yonghae yang sedang menulis itu mengangkat muka. Pandangannya jatuh ke arah susuk tubuh Minjoo di pintu kelas. Yonghae tidak berkata apa lalu sambung menulis.

Minjoo mengetap bibir. Terasa lagi dengan tindakan Yonghae.

Minjoo berjalan ke mejanya lalu menunduk untuk mengambil box pencilnya. Niatkan konon hanya mengambil barangnya dan pergi tapi rasa bersalah kembali muncul.

" Yonghae.. " Minjoo memanggil lembut.

" Hm. " Jawab Yonghae.

Minjoo tunduk. Dia tahu dia salah.

" Mianhae. " Katanya. Yonghae berhenti menulis. Dia memandang ke arah Minjoo yang sedang menguis zip box pencilnya itu.

" Takpa. Aku faham kenapa kau marah. " Yonghae menjawab ringkas.

Minjoo semakin rasa bersalah mendengar jawapan Yonghae. Minjoo menarik kerusinya lalu duduk di sebelah Yonghae.

" Yong , kita masih kawan ? " Soalnya. Yonghae memandang Minjoo lama lalu sebuah senyuman terukir di bibirnya.

" Ya. " Jawapan Yonghae mengundang senyuman lebar di bibir Minjoo. Baguslah. Dia sayangkan Yonghae sebagai kawan walaupun Yonghae banyak kali sakit kan hatinya. Entah kenapa susah untuk Minjoo memutuskan persahabatan mereka yang baru tumbuh beberapa hari lalu.

Ting !

Minjoo memandang telefonnya. Satu mesej dari Joona.

Minjoo membuka lockscreen lalu membaca apa yang dihantar oleh Joona. Yonghae kembali menyambung kerjanya.

Joona

Weh Minjoo , maaf aku lupa nak bagi semalam. Ni list nama pelajar² tu









[C] LateWhere stories live. Discover now