Part 1 - 09 • 09 • 09

80 10 0
                                    

9 september 2009

Dub dap dup dap. Degupan jantung Firdaus semakin kencang apabila terdengar bunyi tapak kaki semakin kuat. Dia yang berada di ruang tamu sebuah rumah usang itu sudah buntu. Dia tidak tahu apa lagi cara untuk meloloskan diri dari wanita kejam itu.

"Apa kau yang kau nak ha!?" jerit Firdaus yang cuba untuk memberanikan dirinya berhadapan dengan wanita kejam itu.

"Psst. Daus! kenapa kau cakap macam tu? Tak pasal pasal lepas ni kau yang jadi mangsa seterusnya." bisik Fyra. Dia cuba untuk menenangkan Daus kerana dia bimbang seorang lagi rakannya akan diseksa.

"HAHAHA!" wanita misteri itu ketawa seakan dirasuk oleh makhluk dari alam lain.

"Soalan yang bagus! Aku cuma nak ajak korang main je. Kalau korang ikut arahan aku, aku akan lepaskan korang." jawab wanita itu.

Firdaus tertumpu pada sebuah bilik, pintunya bertanda X bewarna merah. Ia ditanda menggunakan darah!

"Setuju?" soal wanita itu.

Irfan, Natasya dan Jazlina yang senyap kerana dikuasai ketakutan mula berpandangan antara satu sama lain. Mereka berbincang menggunakan bahasa isyarat, kemudian mengeluarkan kata sepakat. "baik kami setuju!"

Fyra memikirkan sesuatu. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia rasa yang perkara buruk akan berlaku.

"Kawan-kawan kami yang lain kat mana?"
tanya Fyra.

Wanita itu memberikan senyum sinis sebelum menuju ke arah bilik yang bertentangan dengan bilik yang bertanda X itu. Kemudian dia buka pintu yang usang itu.

"Kawan-kawan korang ade kat dalam permainan ni. Korang perlu selamat kan kawan-kawan korang. Tapi dalam game tu nanti korang perlu berkorban" kata wanita itu sambil memandang tajam ke arah mereka berlima.

"Dah agak, mesti ade syarat yang tak elok." bisik hati Fyra.

"Dalam bilik tu ade ape?" Firdaus memuncungkan mulutnya ke arah bilik yang bertanda X tersebut.

"Tu bukan hal korang." kata wanita itu.

____________________

11 november 2011 , 11.00 a.m.
St. Marc Café

Café yang terletak bersebelahan dengan bangunan TNB itu menjadi café kegemaran pekerja yang bekerja berdekatan dengan café tersebut.

Firdaus melihat jam tangannya, kemudian dia tersenyum. Dia teringat peristiwa 2 tahun lalu, dimana dia dan kawan-kawannya terpaksa tempuhi pelbagai cabaran yang dianggap mimpi ngeri. Dia bersyukur kerana dia masih hidup. Senyuman yang terukir pada bibirnya itu hilang apabila dia terbayang wajah kawan-kawannya yang terkorban ketika peristiwa tersebut.

"Hai! Lama tunggu?" tegur satu suara.

Firdaus kenal sangat suara tu. Suara tu kepunyaan Fyra. Salah seorang rakannya yang survive ketika peristiwa gelap nya dulu.

"Eh takla. kejap je" balas Firdaus sambil menjeling.

"Maafla, aku ada banyak hal la tadi." pujuk Fyra, kemudian dia mengeluarkan laptop dan bukunya dari beg yang berwarna hitam itu. Dia memandang Firdaus. Dia tahu yang dia bersalah, kerana sepatutnya perjumpaan mereka pada pukul 10, tetapi jam menunjukkan sekarang sudah pukul 11.

"Sorry tau? Aku janji takbuat lagi. Pinky promise!" pujuk Fyra dengan menggunakan nada manja.

"Yelah! Nasib sayang" jeling Firdaus sambil menghirup kopi yang dibelinya sebelum Fyra tiba. Sebenarnya mereka mejadi rapat selepas kejadian '09.09.09' tu. Dua bulan selepas kejadian tu mereka menjadi pasangan kekasih.

"Apedia? Takdengarlah tadi. Ulang balik" usik Fyra.

Firdaus memandang ke arah wanita yang duduk di meja tidak jauh dari mereka.

"Tu ha, aku sayang perempuan tu sangat sangat"

"eeee! Saje je kan! Nak merajuk lah macam ni" kata Fyra sambil memuncungkan mulutnya.

Firdaus mengeluarkan laptopnya kemudian diletakkan ke atas meja. Dia membuka laptopnya dan membuat assignment yang belum disiapkan.

"Hmmph! Orang merajuk bukannya nak pujuk. Susah lah dapat boyfriend macam kau ni" rungut Fyra. Dia mula mengemas begnya.

"Susah? Oh kau tak sayang aku lah maksudnya? Kau menyesal ade boyfriend macam aku?" kata Firdaus sambil menutup laptopnya. Dia memandang wajah Fyra dengan muka yang serious.

Fyra terdiam. Dia tidak sedar ape yang dia cakap tadi. Niatnya hanya ingin bergurau. Tak sangka dia akan mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati Firdaus.

"Sorry daus, aku terlepas cakap.. aku tak berniat pun." pujuk Fyra yang ingin menenangkan hati Firdaus.

Pfft.. Firdaus menahan ketawanya. "AHHAHHAHAH, aku gurau je. Aku taulah kau taksengaja"

Fyra runsing. "So.. kau takmarah?"

"Taklah. Hihi. Cute je kau ni" jawab Firdaus.

Fyra tersimpul malu. Pipinya bertukar menjadi pink blush. Tiba-tiba mimik muka Firdaus berubah dari senyuman yang manis menjadi seperti no-emotion-face .

"kau tak rasa ke kita ni agak pelik?"

"Maksud kau?" jawab Fyra.

"Yelah kita ni kan couple but kita guna aku-kau .. biasanya pasangan kekasih macam kita ni guna saya-awak , i-u , biy-ayang." ujar Firdaus.

Fyra kelu. Yela mesti awkward kan. Dah 7 tahun mereka menggunakan kau-aku tiba-tiba nak tukar pula.

"Kenapa dengan panggilan sekarang ni? Tak best ke?" tanya Fyra.

"Kalau kau taknak takpe. Aku tak paksa" kata Firdaus dengan nada yang lemah.

Fyra rasa bersalah. "Alololo baby I ni. Kenapa sedih sedih ni" usik Fyra.

"Ha okaylah you. Kita jumpa ni bukan untuk bersembang sepanjang hari. Kita datang untuk buat assignment. Keluarkan balik laptop you tu." kata Firdaus tiada perasaan. Sebenarnya di dalam hati melompat gembira siap ada rainbow lagi.

Fyra mengeluarkan semula buku dan laptop yang disimpannya tadi. Dia order caremel latte dan churros kemudian membuat assignmentnya.

____________________

Hey hey hey! Thank youu sebab baca my novel ♡ I really appreciate it! Don't forget to vote my novel muahh😚 ha lagi satu ajakla kawan kawan korang baca buku ni lovee yaaa💕


Angkara DendamWhere stories live. Discover now