Hujung minggu Fyra diisi dengan hobinya iaitu mereput di rumah. Dia mengambil cawan yang berada di atas meja bersebelahan dengan katilnya.
Dia melihat ke dalam cawan tersebut. 'Eh kosong? Siapa yang minum air aku?' bisik hatinya. Khusyuk dia melayan cerita 'Mean Girls' sehingga tidak sedar yang dia sudah pun menghabiskan airnya sendiri. Dia menuju ke dapur untuk membuat air. Ketika dia ingin menuang air panas, telefonnya berdering.
'Jazzy'. Itulah nama yang tertera di skrin telefon Fyra.
'Kenapa dia call eh? Sampai 13 missed call pulak tu' sempat hatinya berbisik sebelum mengangkat panggilan tersebut.
"Hello?" kata Fyra dengan keinginan hendak tahu apa yang akan disampaikan oleh Jazlina.
"FYRA NATASHA! kau takreti jawab fon dengan cepat ke ha?! KALAU KITAORANG ACCIDENT MACAM MANA?! dah berapa kali kau lambat angkat phone call ! Hish!" Jazlina membebel . Sudah berapa kali dia pesan agar cepat cepat menjawab panggilan.
"Ye ye. Sorryla. Next time aku takbuat dah okay? Hihi. Ha ade ape kau call aku ni?" dia tidak suka apabila Jazlina membebel. Bingit!
" haish kau ni. Kau sengaja je kan tukar topik. Eyy. Ha aku rasa aku nak kumpulkan semua orang lah"
"Ha? Ape kau cakap ni aku takfaham lah. Orang ape? Ramai sangat orang kat dunia ni" Fyra keliru dengan kata kata Jazlina tadi.
"Ish. Aku nak kumpulkan semua yang survive tragedi 09.09.09!"
"Why?!" terkejut Fyra apabila mendengar tentang memori gelap nya itu.
"No no no! Aku tak setuju! What if semua ni perangkap and wanita kejam dah memang rancang semua ni. Kau kat mana sekarang?" Fyra memang 100% takkan setuju dengan idea gila Jazlina.
"Aku kat Forbidden Forest and I've discover the truth!"
"WHATTT?! kau okay tak? what in the world are you doing there! Its not safe! Kau taukan tu kawasan Syazreena! Wanita kejam tu!" walaupun Jazlina sering memarahinya, Jazlina tetap merupakan rakannya. Dia tidak akan membiarkan perkara buruk terjadi pada rakan rakannya.
"I'm fine. Don't worry babe." Jazlina menenangkan hati rakannya itu. "Soo?" Jazlina inginkan kepastian dan kebenaran dari Fyra.
"Okay. But not now, Im going to London with Firdaus for a few days."
"Okay! Thanks babe! We will meet at Forbidden Forrest. Tapi bukan kat rumah ngeri tu. Okay? Byee!" Jazlina lega, akhirnya Fyra setuju. Dia menamatkan panggilan.
Fyra yang berada di dapur itu keliru. Apa yang aku nak buat tadi eh? bisik hatinya. Dia malas hendak memikirkannya dan terus ke ruang tamu. Dia mencampakkan telefon pintarnya ke atas sofa, kemudian melihat skrin laptopnya dan bateri laptopnya tinggal 25%. Dia mengecas laptopnya dan terus mencapai telefon pintarnya.
Dia membuka whatsapp dan membuat group.
'09.09.09' itu sahaja yang terbayang di fikiran Fyra. Dia menamakan group tersebut sama seperti memori gelapnya. Dia terus memasukkan rakan rakannya yang masih hidup.
obviously la kan? Takkanlah dia nak add orang yang dah mati en?
Jarinya bermain di papan kekuci. Dia menaip tentang apa yang diberitahu Jazlina tadi.
Fyra : [Jaz kata dia nak kumpulkan balik kita semua. Ada benda penting katanya. Apa pendapat korang?]
Tiada siapa yang membaca mesejnya lagi. Memandangkan hari ini hari sabtu, rasanya semua orang sibuk bercuti.
Selepas beberapa jam..
Fyra sedang mengedit video yang dirakamnya beberapa hari yang lepas. Fyra merupakan seorang youtuber dan influencer. Dia sering merakam tentang kehidupannya.
Ketika percutiannya 2 tahun lepas. Fyra merakam perjalanannya ke Forbidden Forest , dia sempat merakam kejadian beberapa minit sebelum mangsa pertama, Azril, dibunuh. Kemudian kamera nya tercampak ketika melarikan diri tetapi apabila mereka selamat pada pagi itu, Fyra kembali ke rumah usang tersebut untuk mencari survivor dan kameranya. Nasibnya baik dan dia jumpa kameranya dan dia post video tersebut di media sosial. Selepas beberapa hari video nya viral dan tiada siapa yang berani untuk pergi ke Forbidden Forest selepas menonton video tersebut.
Tutt. Tutt. Telefon Fyra mengeluarkan bunyi notification yang membawa maksud terdapat mesej baharu.
Cheryl : [why nama group ni 090909?]
Fyra : [umm.🤷♀️ soo pasal meet tu. Korang setuju tak]
Irfan : [aku ok je, just name where and when.]
Nadia : [takboleh ke cakap kat sini je?]
Fyra : [um.. bila.. taktahu lagi. tapi.. tempat tuu..]
Nadia : [?]
Fyra : [kat.. forbidden forest]
Irfan : [oh nonono]
YOU ARE READING
Angkara Dendam
HorrorDisebabkan satu malam, percutian mereka berubah. Siapa tahu kisah silam bakal berulang kembali? Fyra dan kawan-kawanya alami peristiwa gelap yang susah untuk dilupakan. Ramai yang terkorban. Apa kaitan Haikal dengan semua mimpi ngeri ni? "Ini semua...