Tahun 2018
Lima tahun kemudian
KAKI yang tidak berlapikkan apa-apa terus gagah berlari mencari jalan keluar. Duri yang dipijak tidak dihiraukan, dedaun dan akar tajam yang pedih mencucuk tidak menghalang semangatnya untuk terus berlari. Ini peluangnya. Ini satu-satunya jalan yang dia ada.
Peluh yang membasahi tubuh tidak lagi menjadi penghalang. Sepuluh tahun dia hidup dalam penderitaan, jauh dari pandangan mata manusia yang lain. Kini semua itu sudah tamat.
Dia akhirnya bebas.
Vila Mandura semakin jelas di pandangan. Dia terus berlari selaju yang mungkin, meredah belukar dan semak di sana-sini. Pokok berakar besar yang memisahkan ruang hutan dan vila itu akhirnya dilepasi. Tenaganya semakin tinggal sisa. Hampir menuju ke pintu, dia akhirnya rebah juga ke tanah.
Seorang wanita yang sedang membersihkan dedaun yang gugur di halaman rumah menoleh ke arahnya. Sepasang matanya mencerlung luas, terkejut.
"Tolong... saya..." Kepala gadis itu rebah ke tanah. Matanya terpejam rapat.
YOU ARE READING
NAFSU
Mystery / ThrillerNOVEL SERAM THRILLER TERBITAN DISEMBER 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069