TURUN dari kereta, Shita nampak kelibat Arsyad sedang menunggu di tepi keretanya bersama kopi di tangan. Perasan dia di situ, Arsyad pantas berdiri tegak. Kopi ditunjukkan bersama satu senyuman manis.
Shita mengeluh. Nak terus marah pun dia rasa tak sampai hati. Langkah diteruskan mendekati tunangnya itu.
Arsyad menghulurkan cawan kertas kepada Shita sambil mengucapkan, "Hai." Dengan perlahan.
"Hai," balas Shita dengan nada yang sama. Gelas itu terasa hangat dalam genggamannya.
"Are you in rush to work?"
"I am at work."
"No, I mean..." Arsyad ketawa kecil. "Boleh kita cakap sekejap?"
Shita diam beberapa saat, sebelum akhirnya dia mengangguk.
RUANG kafe agak kosong ketika itu. Shita duduk diam sambil meneguk kopinya, menunggu Arsyad bersuara.
"Marah lagi ke?" tanya Arsyad lembut.
Shita meletakkan gelas di atas meja. Wajahnya tenang tapi jawapannya tiada.
"I'm sorry," ucap Arsyad perlahan. "Saya tahu betapa kes tu penting untuk awak. Awak habiskan hampir seumur hidup awak dengan berteka-teki tentang apa yang jadi kat keluarga awak 20 tahun lepas..."
"21."
"Right. 21 tahun." Arsyad mengeluh. "You can be mad at me for as long as you want, and I'm still going to be worried for whatever stupid things you do."
Shita simpan senyum. Dia dah tak marah sebenarnya. Dan usaha Arsyad sanggup datang ke situ untuk jumpa dia walaupun waktu kerja sudah bermula, buat hatinya yang selalu keras mula lembut.
"Admit it, you love me because I do stupid things." Kopi diteguk lagi.
Arsyad tergelak kecil. Nak nafikan memang dia tak mampu.
"So macam mana? Ada progres pasal kes tu?"
"Yup. In fact, I got front page for it." Shita tersenyum bangga.
"Really?" Arsyad tersenyum nipis. "I'm proud of you."
Shita angkat kening. Rasa macam tak percaya.
"I mean, as long as you don't get into trouble. Jangan nanti hilang berhari-hari, tiba-tiba saya dapat call kena ikat jamin awak keluar dari lokap sebab awak buat masalah lagi dengan polis."
"It was one time!" Shita pertahankan diri sendiri. Nak buat macam mana, cari masalah tu memang kerja dia.
Arsyad ketawa. "Jadi lepas ni apa pulak?"
"Saya masih belum dapat cerita penuh," jawab Shita. Sempat mengerling ke sekeliling sebelum menyambung. "Awak tahu kan malam Sarirah hilang, ada tiga orang sepupu dia yang laporkan dia orang nampak Sarirah keluar dari rumah?"
Tiada jawapan daripada Arsyad.
"Saya rasa ada yang tak kena dengan cerita tu."
"Maksudnya?"
"Dia orang bohong."
Arsyad kerut kening.
"Ada benda lain yang jadi malam tu. Saya tahu tu."
"Habis? Awak nak siasat dia orang bertiga?"
"Saya akan buat apa saja asalkan saya dapat cerita."
"Shita..."
Perubahan nada suara Arsyad buat Shita terdiam. Baru saja berbaik, dah nak mula gaduh semula. Ini yang paling malas dia nak handle.
Arsyad duduk dekat dengan Shita. Suaranya dikendurkan semula.
"Saya tahu awak nak jawapan. Saya jugak tahu awak sanggup buat apa saja untuk dapatkan jawapan. Tapi ini bukan caranya..."
"21 tahun saya tunggu, Syad," balas Shita. Ada air jernih yang bertakung dalam kolam matanya.
Arsyad terdiam.
"Satu klu pun saya tak ada sebelum ni. Jadi kalau saya ada peluang, walaupun nipis, saya akan gunakan peluang tu. No matter what."
Arsyad mengeluh sambil menyandar semula di kerusi.
"Sempat lagi kalau awak nak cancel wedding kita," kata Shita selamba. Perasan jelingan mata Arsyad, dia tersengih kecil.
"Saya janji saya akan hati-hati," tambahnya. Cuba meyakinkan si tunang.
"Okey." Arsyad mengangguk-angguk dalam terpaksa.
Shita tersenyum.
"Ibu ajak dinner kat rumah malam ni." Arsyad menukar topik.
Shita angkat kening. "Oh, jadi sebab tulah awak datang sini? Sebab mama ajak saya dinner?"
"Dah awak tak jawab call," tingkah Arsyad sambil cuba tahan gelak.
Shita buat muka. "Okey." Dia bangun sambil mengambil kopinya.
"Balik awal. Malam ni lepas maghrib saya datang ambik kat rumah," pesan Arsyad.
Shita mengangguk. "Jumpa nanti."
"Love you." Sempat Arsyad mengucapkan dua patah kata itu sebelum Shita berlalu pergi. Sengaja, sebab dia tahu Shita tak akan balas pun.
Shita julingkan matanya ke arah Arsyad sebelum menyambung langkahnya untuk ke pejabat. Terdengar gelak kecil Arsyad di belakangnya.
SUASANA di meja makan ketika sarapan pagi hanya dihiasi perbualan ringkas antara Tuan Haji Tajudin dan Hajah Asiah. Umai duduk diam di tempatnya, merenung pinggan yang masih penuh. Waji dan Nas saling berbalas pandangan. Masing-masing hairan tengok Umai senyap begitu. Biasanya kalau pun mereka tak berbual, Umai akan tetap sambut mereka sekurang-kurangnya dengan senyuman. Ini tak, kejung saja gayanya.
Semua mata teralih ke tangga apabila kelibat Suria muncul, memimpin tangan Sari menuruni tangga.
YOU ARE READING
NAFSU
Mystery / ThrillerNOVEL SERAM THRILLER TERBITAN DISEMBER 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069