6.Love From The First Sight^JJK

51 8 0
                                    

Vernon, Jeon Jungkook dan juga Clara tidak lagi di kurung. Mereka di biarkan bebas berkeliaran di dalam hutan dengan di kawal ketat oleh anak" buah Edward seramai 10 orang dan juga anjing" liar mereka Yang bertindak sebagai pemerhati Yang tangkas.

Jika sekiranya ada Yang Cuba untuk melarikan diri, akan di gigit oleh anjing" liar itu. Cuma. Clara berasa kurang senang melihatkan anjing" liar itu Yang seakan" ingin menghampirinya.

Mereka juga di jamu dengan air tuak atau arak sebagai minuman. Clara Ann mahupun Vernon tidak sedikitpun menyentuh minuman itu di saat" genting seperti ini.

Cuma Jeon Jungkook Yang meminumnya sejak tadi even sudah di tegur berkali" oleh Vernon.

"Saya dah biasa dengan minuman sedemikian dan gadis" cantik Yang sering mengelilingi saya... Apa Yang nak di hairankan? Huuu...??" Jawab Jeon Jungkook tersedu sedan.

Haahhh..  Tepat sekali tekaan ku...  Inilah perangai orang Yang tak mematuhi arah Tuhannya. Patutlah dari semalam sehinggalah kini asyik nak memerhatikan gerak geri aku. Nak terkeluar jea tidak biji mata tu!... ' getus hati si gadis geram.

"Awak sepatutnya fikir tentang keadaan kita sekarang ni... Bukannya nak bersuka ria menikmati kesemua hidangan Yang mereka hidangkan!.. Mereka berbuat sedemikian sebab ada udang di sebalik batu!... Tak ke awak fikir kalau kita berdua terleka.... Dan tak sedarkan diri.... Apa agaknya diorang akan buat dekat Clara nanti!!" Tempelak Vernon. Tahap kesabarannya terhadap Jeon Jungkook semakin tipis tatkala lelaki itu enggan mendengar nasihatnya.

Jeon Jungkook menjeling tajam ke arah Vernon. Marah tatkala dirinya di perlekehkan seperti itu.

"Ahh... Kau jaga diri kau sendiri sudahlah. Hal aku...ikut suka hati akulah nak buat apa!.... Dan aku tak akan benarkan diorang sentuh Lara lah!!... Cuba lah diorang sentuh kalau diorang nak rasa lumpuh seumur hidup!!" Herdik Jungkook dengan penuh angkuh. Riak sungguh mamat ni. Nak bagi lumpuh orang konon... Dengan diri Yang dah khayal macam ni nak bagi lumpuh orang?...  Kirim salam jealah.

"Betul jugak tu... Hal awak... Ikut suka awaklah nak buat apa kan?... Tapi saya nak pesan sikit. Kesiankanlah eomma dengan appa awak. Mereka juga akan merasa terseksa atas perbuatan awak. Dan.... Saya mengaku dan percaya, awak boleh lumpuhkan orang" Yang Cuba nak sentuh Clara tu. Tapi.... Dalam keadaan diri awak Yang sedar. Bukannya dalam keadaan diri awak Yang sekarang ni!...Angan" jealah...." Sindir Vernon seraya tersengih.

"Usia muda hanya datang sekali sahaja seumur hidup, tua esok buatlah amalan berlipat ganda untuk ganti balik Yang dah di tinggalkan semasa usia muda. Tak kah begitu Jeon Jungkook?" Sampuk Clara Ann berani.

Dia sudah hilang sabar dengan keegoan Jeon Jungkook. Vernon mengangguk menyokong pendapat Clara.

Edward telahpun keluar ke Kota untuk menghubungi keluarga Jeon Jungkook Dan juga Vernon. Pak Eysh pun entah hilang ke mana. Kata Vernon,  mungkin Pak Eysh telah mati di bunuh kerana itulah Yang telah di sampaikan oleh Anak buah Edward pagi tadi.

"Kesian Pak Eysh... Anak perempuannya turut menjadi mangsa diperkosa  dengan kejamnya oleh Edward dan juga anak buahnya Yang lain sebelum di bunuh..." Beritahu Vernon seraya berpeluk tubuh.

Mungkinkah nasibku juga akan turut sama dengan nasib Yang menimpah anak Pak Eysh?...  Oh Tuhan!...  Lindungilah hamba dari bencana kejam seperti itu.

Aku lebih rela mati di bunuh atau mati kebulur... Asalkan maruah ku tak tercemar. 'Getus hati si gadis.

"Clara.... Awak jangan takut yea... Saya akan lindungi awak even nyawa saya tergadai di sini..." Ujar Jeon Jungkook tersedu sedan.

Clara Ann hanya tersenyum. Nak beri perlindungan konon....  Tinggal berduaan dengan kau pun belum tentu aku selamat!...Berangan tak sudah! 'Desis hati Clara meluat.

Sudah masuk tiga hari Clara dan juga Jeon Jungkook di jadikan tahanan. Wang tebusan Yang cukup besar nilainya telah di serahkan oleh Jeon Junho,  iaitu appa Jungkook.

Namun Edward enggan melepaskan anak" orang kaya seperti Jungkook dan juga Vernon pergi. Edward ingin meraih keuntungan Yang berlipat kali ganda daripada mereka berdua...

Dasar Satan!... Tak cukupkah Wang Yang telah di serahkan oleh appa Jungkook!??... Mata duitan!!.

Tbc... 

LOVE FROM THE FIRST SIGHT/JJK [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now