Masuk hari ini dah dua kali wang tebusan di serahkan kepada Edward. Namun Edward masih enggan melepaskan mereka bertiga pergi.
Otak penculik.
Apa sebenarnya yang Edward serta Anak buahnya yang lain inginkan?.
Kata Jeon Jungkook, Edward merupakan seorang pemberontak. Dia telah menggelap wang syarikat milik Appa Jeon Jungkook iaitu Jeon Junho ketika dia berkhidmat di syarikat itu.
Di sebabkan jenayah tersebut, Edward telah di pecat serta di tangkap oleh pihak polis sehingga menyebabkan Edward di jatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun.
Dan, penculikan ini lebih bersifat ingin membalas dendam atas apa yang telah di lakukan oleh appa Jeon jungkook terhadap dirinya.
Wang yang dia perolehi sepanjang menjalankan aktivitinya itu adalah untuk membiayai anak buahnya yang lain serta untuk dirinya bersukaria.
Edward sering menghilangkan diri sejak duit tebusan berada di tangannya. Mungkin sedang bergembira kut... siapa aje yang tahu hati perut orang jahat. Diorang bersukaria.... kita pulak yang di jadikan hamba tebusan. Bidas Clara di dalam hati. Geram dia di buatnya.
Tidak ada lagi layanan yang istimewa di berikan kepada mereka bertiga. Hanya roti yang dah nak dekat tarikh luput serta mineral water di hulurkan kepada mereka bertiga.
...
Sah dia tak dapat balik di hari perkahwinannya itu nanti. Esok merupakan tarikh keramat bagi dirinya. Mengikut perancangan,dia perlu pulang hari ini. Itu janji yang telab di perkatakan kepada Taehyung serta ahli keluarga yang lainnya.
Tapi, apakan daya. Takdir tidak mengizinkan dirinya untuk pulang.
...
Malam itu mereka duduk berasingan. Vernon masih lagi berada di luar sana. Manakala Clara dan jugak Jungkook di bawa masuk semula ke dalam bilik kurungan.
Botol"minuman keras berlimpangan memenuhi di segenap ruangan bilik.
Hati Clara menjadi kecut tatkala tiba" sahaja kedua" belah tangannya di ikat kuat dengan menggunakan tali lalu dia di gantung.
Serpihan kaca daripada botol minuman keras itu di biarkan bertaburan di bawah Clara.
Bayangkanlah sekiranya tali yang mengikat kedua belah tangan Clara itu terputus, lalu sekiranya dia terjatuh tentu kakinya akan tertikam serpihan kaca" itu.
Dapat bayangkan tak???... Sadis en?.
Clara terdengar suara Vernon yang memanggil" nama mereka dari arah luar bilik namun suara itu terus lenyap dengan begitu sahaja.
Apa agaknya yang telah di lakukan oleh anak buah Edward ke atas Vernon diluar sana?... adakah mereka dah bunuh Vernon?...
No.... imposible...
Seorang daripada anak buah Edward itu cuba mengganggu Clara namun sempat di halang oleh Jeon Jungkook.
Lama mereka berdua bergelut sehinggalah Jungkook mencapai satu serpihan botol minuman keras yang sudah pecah.
Dua orang lagi anak buah Edward datang meluru ke arah Clara dan cuba untuk mengoyakkan baju yang di pakai olehnya.
"Don't you dare to touch my wife!!" Jerkah Jungkook sambil mengacuhkan serpihan botol minuman keras itu ke arah tengkuknya. Namun kedua" orang anak buah Edward itu langsung tak mengendahkan ugutan Jeon Jungkook.
"Kalau sesuatu berlaku ke atas aku. Aku jamin Edward akan membunuh korang semua!" Ujar Jungkook agak bergetar.
Tak lama selepas itu kelihatan seperti cecair pekat mengalir keluar daripada tengkuk Jeon Jungkook.
Clara yang melihatnya sudah melopong besar. Dah gilakah mamat ni!!??
Melihat kesungguhan Jeon Jungkook, ketiga" anak buah Edward itu terus berlalu meninggalkan bilik kurungan tersebut.
Edward sememangnya tak suka kalau anak"buahnya melakukan sesuatu di luar arahannya terutama sekali ke atas anak" orang kaya seperti Jeon Jungkook dan juga Vernon yang menjadi aset penting buat dirinya.
Jeon Jungkook mengesat darah yang mengalir keluar daripada tengkuknya dengan menggunakan hujung lengan baju.
Tali yang mengikat tangan Clara terputus tanpa di duga. Tapak kaki sebelah kanannya tertikam serpihan kaca tersebut.
Siyeshh! Meremang bulu romah time type part ni.... erghhhh.
Sakitnya tu di sini di tapak kaki ku~...>_<
"Awak dah gila? Nak bunuh diri? Tak sayang nyawa ke? Ingat lepas awak bunuh diri tu awak boleh hidup lagi lah?" Bertubi" soalan serta sindiran di lemparkan kepada Jeon Jungkook yang sudah duduk mencangkung di hadapan nya itu.
Persis bertih jagung betul.
"Kalau sekiranya awak mati tadi, belum tentu lagi awak dapat nak cium bau syurga tauw!" Sambung Clara lagi geram.
Jungkook yang duduk mencangkung di hadapannya itu hanya tersenyum kekok.
"Mereka takkan biarkan saya matilah!" Jawab Jungkook dengan penuh angkuh.
Serpihan kaca yang masih terlekat di tapak kaki kanannya itu di cabut begitu sahaja.
Jungkook yang melihat tindakan drastik Clara itu sudah terkejut besar.
Kebal gila minah ni' getus hatinya.
Darah yang masih mengalir di tengkuk di kesatnya lagi menggunakan hujung lengan baju.
Jika hendak di bandingkan darah yang mengalir di tengkuknya dan juga darah yang mengalir di kaki Clara, darah yang membanjiri kaki Clara lebih banyak.
Luka yang panjang sejengkal di kaki Clara itu tidak sanggup di pandang oleh Jeon Jungkook. Tentu amat menyakitkan.
Asal minah ni takda ngaduh apa" sakit erk?...
"Awak tak apa" sayang?" Cewah.. bahasa alien mana pulak kali ini yang di gunakan oleh Jeon Jungkook?
Geli geleman Clara di buatnya. Perasan jea lebih mamat byun ni!.
Tbc.
YOU ARE READING
LOVE FROM THE FIRST SIGHT/JJK [SLOW UPDATE]
FanficClara Ann, seorang gadis Yang baru sahaja menamatkan pelajarannya di kota Paris. Namun, malang tidak berbau. semasa Clara merancang untuk pulang semula ke Kota kelahirannya, dia telah di culik bersama dengan seorang anak hartawan terkaya bernama Je...