Antara mereka bertiga, tak ada seorang pun Yang dapat memejamkan mata. Seolah" sedang merenung nasib dan musibah Yang bakal menimpah mereka selepas ini.
Harap" berita penculikan ini tak sampai ke pengetahuan mama dan papa begitu juga dengan Taehyung. Kalau mereka tahu, tentu mereka susah hati.
Jikalau aku di takdirkan untuk mati di sini, biarlah mereka menerima berita duka itu dengan redha serta hati Yang tenang.
Kesian mama... Tentu sahaja dia akan berasa tak keruan jika mengetahui tentang hal ini.
Selang beberapa minit kedengaraan suara Vernon bertanyakan soalan.
"Korang berdua pasangan suami isteri?" Soalan Vernon memecahkan keheningan malam.
Bunyi burung pungguk sayup" di pendengaran. Jeon Jungkook mahupun Clara Ann langsung tidak menjawab pertanyaan Yang di lontarkan oleh Vernon itu.
"Tentu korang tak risau kan sebab even korang kena culik, korang still boleh bersama. Saya pulak terlalu risaukan keadaan isteri saya Yang dah sarat mengandung sekarang ni. Bagaimanalah keadaan dia sekarang ni agaknya?.. Tentu sedang bersedih menanti kepulangan saya Yang tak kunjung tiba." Ujar Vernon di ikuti dengan keluhan resah.
"Dah berapa hari awak kat sini?" Tanya Jeon Jungkook Yang duduk sambil melunjurkan kaki di sebelah Clara. Matanya tepat memandang ke arah Vernon Yang duduk berhadapan dengannya.
"Dua hari. Saya di tangkap semasa berada di lapangan terbang ke Canada. Keluarga saya dah di maklumkan... Masalahnya, my dad berada di liar negara untuk menjalani pembedahan jantung. Tulah sebabnya Wang Yang mereka inginkan tak dapat di tunaikan buat masa ini. My mom terpaksa merahsiakan tentang hal ini dari sampai ke pengetahuan my dad... Ianya permintaan saya sendiri. Nyawa my dad lebih penting buat masa ini. Biarlah my dad pulih seperti sediakala dulu... Barulah fikirkan tentang saya."
"Jika saya di takdirkan untuk mati di sini, saya berharap mereka dapat memperbanyakkan bersabar. Terutamanya isteri saya Yang tengah sarat mengandung sekarang ni. Namun, sanggupkah saya membiarkan anak saya membesar tanpa belaian dan kasih sayang seorang ayah?... Dapatkah saya membiarkan isteri saya bertarung nyawa sendirian semasa melahirkan anak kami kelak?..." Sambungnya lagi sayu... Setitis Demi setitis cecair jatuh dari tubir mata lelaki itu.
Sebak. Itulah Yang di rasai olehnya saat ini. Kesian Vernon. Tak sangka... Jejaka tampan sepertinya sudah membina rumah tangganya sendiri. Bukan itu saja, tak Lama lagi dia akan menimang cahaya matanya sendiri.
Namun setiap butir bicara Yang di keluarkannya tadi memang amat menyentuh hati. Apakah penamat hidup mereka di sini? Di takdirkan mati di kepulauan ini?...
Terdetik di hati si gadis. Begitulah kasih sayang seorang insan bergelar anak dan juga suami terhadap ayah dan keluarganya. Tentu hubungan kekeluargaan antara mereka anak beranak begitu erat. Seakan" air Yang di cincang tak akan pernah putus.
Tiba" teringat akan abang sulungnya di. Busan. Dia paling rapat dengan abang sulungnya itu. Sehinggakan isterinya sendiri agak cemburu tatkala melihat ke akraban serta kemesraan mereka.
Dengan saudara nya Yang lain, dia tak seberapa nak mesra. Pantang bertemu pasti bergaduh. Ada saja Yang tam kena dengan dua orang adik perempuannya itu.
Bagaimana agaknya jika aku sudah tidak memiliki peluang untuk bersua muka dengan mereka lagi selepas ini?
Tentu tak sempat nak memohon maaf dari mereka... Harap mereka dapat memaafkan segala kesalahan ku terhadap mereka jika ada.
Bau peluh di badan menusuk ke rongga hidung. Sehari tak mandi dan menukar pakaian membuatkannya rimas. Berapa hari agaknya dia akan tahan untuk terus"an sebegini? Mujurlah dia mengenakan baju T-shirt lengan panjang berwarna kelabu dan juga seluar slack berwarna hitam, taklah nampak kotor sangat nanti. Kasut Fila Yang tersarung di kaki ditatapnya. Sebenarnya dia tak selesa berkeadaan sebegini. Nasib belum tiba waktu darurat... Kalau tak.... Naya... 'Bebelnya di dalam hati.
Clara Cuba untuk memejamkan matanya even tak rasa nak tidur lagi. Dia kena dapat rehat serta tenaga Yang cukup untuk menempuh hari esok..
Manalah tahu waktu darurat Yang terngiang" di kepala bakal tiba.
Tbc. Sorry tak panjang...
YOU ARE READING
LOVE FROM THE FIRST SIGHT/JJK [SLOW UPDATE]
Fiksi PenggemarClara Ann, seorang gadis Yang baru sahaja menamatkan pelajarannya di kota Paris. Namun, malang tidak berbau. semasa Clara merancang untuk pulang semula ke Kota kelahirannya, dia telah di culik bersama dengan seorang anak hartawan terkaya bernama Je...