at your best you still won't be good enough for the wrong person.
at you worst, you'll still be worth it to the right person ;••••••••••
Harini masuk hari ketiga selepas aku break dengan Kang Daniel.
Eomma pun pelik dengan aku tiba-tiba je balik muka muram sedih je. Takpe eomma nnti eomma tahu jugak....
Tapi harini....
Tak !
Harini aku takkan menangis dah.
Buruk wajah aku ada eyebag ngan dark circles macam panda dah ni hahahaha
Aku akan mulakan hidup baru.
Yaaa hidup tanpa Daniel .
Kang Daniel
Aku nak move on.
Kau boleh Soo Hye kau kan dah besar.
Aku capai iphone aku dan terus hantar pesanan ringkas kepada Areum.
Bestie aku Lee Areum.
Soo Hye : Weh dekat tempat kerja kau still ada kosong tak aku ingat nak kerja sana. Bosanlah duk lepak rumah aje.
Areum : Kerja kilang je weh kau nak ke bukan dulu kau cakap kerja ni takde class ke?
Soo Hye : Alah alang-alang tunggu kerja panggil aku baik aku kerja dengan kau boleh membawang sama-sama, btw rumah sewa kau ada kosong tak. Kalau ada aku nak pindah sana.
Areum : Wah seriously beb asal kau totally changing ni? ada apa-apa aku tak tahu ke?
Soo Hye : Nanti-nanti la aku cerita. Ni aku tanya ni jawablahh
Areum : Ada je ni haa weh aku lagi suka kalau kau nak stay dengan aku sudah lama daku menunggu saat untuk hatimu terbuka untuk stay bersamakuu cewahh hahahaha.
Soo Hye : Kau tak payah nak berdrama sangat aku hepuk kan.
Areum : Ha ye la ye la bila nak masuk stay dengan aku ni?
Soo Hye : Minggu depan.
Areum : Cantekk. Boleh aku kemas dulu apa yang patut.
Soo Hye : Okay. :)
Haih' aku mengeluh
Betul tak keputusan aku ambik ni. Biarlah sampai bila nk duduk bawah tanggungan mak ayah aku.
Umur dah besar panjang.
Biarlah aku berdikari pulak.
Diploma perniagaan aku yg aku tamatkan setahun lepas aku pandang kosong. Tu la kau Soo Hye eomma dah pesan mintak kerja awal-awal kau tak nak ni sijil diploma ni boleh buat hiasan je la.
Takpe nanti ada la kan masanya ada company nak pakai aku.
••••••••••
"Betul ke Hye nak pergi ni?" eomma tanya aku lagi sekali.
Selepas aku nyatakan hasrat aku nak kerja dengan pindah duduk dengan Areum , eomma macam berat je nak lepaskan aku.
"Betul la eomma Hye tak main main la" balas ku
"Takkan la sebab Daniel mintak putus kamu nak pergi tinggalkan eomma" balas eomma.
Hah sudah aku dah cakap sekejap je nanti eomma tahu jugak ni mesti eomma Daniel dah bagitagu eomma
"Takdelah eomma, Hye memang nak belajar berdikari lah" tipu aku padahal memang sebab Daniel.
"Kalau macam tu ambik la kereta eomma tu kamu bawak"
Aku mcm seriously eomma ni biar betik ni sayang eomma ni yeay !
"Wah betul ni eomma? Thank you i love you eomma"
"Tapi pandai-pandai kamu la nanti isi minyak sendiri tau hahaha" kata eomma sambil tergelak kecil.
Hah sudah...🌚🌚
••••••••••
"Eomma Appa Hye pegi dulu tauu byee!! Jangan rindu kan Hye tau!"
Mereka rindukan aku ke takut aku yang rindukan mereka nanti.
"Iyaa jaga diri leklok okay" kata appa.
"Kalau ada masalah balik laa bagitahu kami okay" eomma pulak bagi pesanan.
"Nae, eomma appa bye" balas ku
Aku peluk diorang erat sebelum aku pergi tinggalkan mereka.
••••••••••
"Weh serious beb ni rumah sewa kau bapak besar" kataku dengan riak wajah tak percaya.
"Eh bapak aku takde besar-besar la kecik je tu ade kt pejabat tu" balas Areum dengan lawak hambarnya.
"Ni appa aku la yg carikan aku dah tolak dah dia nk tolong bayarkan so aku on je la " sambung Areum lagi
"Dah aku tumpang kau ni kena bayar tak?" tanyaku
"Erm banyak cantik kau kena bayarlah"
"Alaa aku memang cantik, ni aku mana ada duit lagi. Mesti mahal" kataku sambil buat muka sedih mintak simpati huhu
"Mengada la kau ni nasib aku rindu kau. Tak payah bayar la aku gurau je. Satu lagi pasal kerja tu esok kau dah boleh start dah. Aku dah cakap dekat boss" kata Areum.
"Wah baiknya hati kau!! Thank you wehh ni buat aku lebih sayang kat kau" kata aku sambil terus peluk si Areum ni.
Mudahlah dia bagi aku kerja sebab kilang tu appa dia punya kilang. Kau ni pun Soo Hye tu boleh lupa.
Dia duduk asing dari eomma appa dia pun sebab dia nak berdikari jugak kot
Rasanyalah...
"Eh eh kau ingat free ke nanti dapat gaji belanja aku" balas Areum
"Elehh tak ikhlas. Apa-apa je lah"balasku sambil terus lepaskan pelukan tu.
"Hahahahaha" Areum gelak entah apa yang lawaknya.
"Ni kau kata nak cerita apa kat aku?"tanya Areum
"Pasal tu. Macamni actually aku dengan Daniel dah break."kata aku.
"Ouh."balas Areum selamba.
Ok ni aku pelik. Asal reaction Areum ni macam tak kesah je
"Tu maksudnya dia bukan jodoh kau la weh."
"Betul la tu cakap kau"
Lepastu aku terus cerita hari kejadian yang Daniel mintak break dengan aku tu.
••••••••••
YOU ARE READING
[OG] Don't Leave Me | PJM
Random+"don't leave me because.. you're my savior." -----ongoing+slow-update^----- p/s : malay fanfic+jiminbts Started : 111218 End : ?