L

29 4 3
                                    

A break up is like a broken mirror. It is better to leave it broken than hurt yourself to fix it.

••••••••••

Harini aku ajak Areum pergi teman aku hiking dengan Daniel esok.

Bukan kemain happy dia.

••••••••••

Minggu lepas , selepas Jimin bagi aku cara tu balik aku sms Daniel dan Daniel tak kisah pun aku nak ikut dia.

••••••••••

Aku dengan bersemangat bangun dengan awal , siap-siapkan diri , yelah mane tak semangat nak pergi tackle balik hati Daniel. Aku pun pergilah bilik Areum, bilik dia sebelah bilik aku je.

Aku ketuklah pintu Areum sambil nyanyi lagu twice knock knock , tiada respon. So aku terjah saja lah masuk bilik dia sebab tak kunci dan aku nampak

Kosong

Cadar dengan katil dah siap dikemas

Areum dah bangun ke?

Sekejap

"Soo Hye aku dah siap ni jom sarapan dulu" jerit Areum dari bawah.

'Semangat betul Areum' getus hatiku.

••••••••••

Selepas Areum mengunci pintu rumahnya , dia pun bergegas ke kereta aku, sebab aku yang drive harini.

Yela aku ajak dia. Akulah drive

Bukan dia tahu pun tempat favourite hiking Daniel kat mana.

••••••••••

Selepas 30 minit drive, aku pun sampailah ke bukit yang akan aku daki bersama Areum dan Daniel.

Tapi mana Daniel ni? Tak nampak pun. Baru nak hantar sms tanya dia kat mana.

Dari jauh aku nampak kereta Daniel berwarna hitam.

Laaa baru sampai rupanya.

Dia pun turun dari kereta dan menuju ke arah aku dan Areum.

Tetiba hati aku berdegup kencang melihat daniel memakai pakaian mendaki gunung , berkaca mata hitam dan menggalas begnya dibelakang.

Sudah. Nampak sangat aku tak boleh nak move on.

"So girls! Dah ready belum?" dia tanya aku dan Areum

Areum tersenyum

"Ready !" aku dan Areum menjawab serentak soalan Daniel itu.

••••••••••


Aku dengan gigihnya memanjat bukit itu tanpa sebarang bantuan, tetapi aku ada rasa tidak sedap hati antara Daniel dan Areum, sebabnya aku memanjat bukit di hadapan manakala Areum dan Daniel di belakang aku.

Tengah sibuk berfikir macam-macam

Aku terdengar Areum terjerit kecil

"Arghhh" jerit Areum

Dia tergelincir rupanya

Aku baru nak sambut tangan dia

Tapi Daniel dah sambut dia awal-awal siap bangunkan dia lagi

Daniel memandang mata Areum.

Lama..

"Ehem" aku cuba untuk kembalikan mereka ke alam realiti.

"Emm. Areum ok tak?" Daniel tanya Areum

Macam mana Daniel tahu nama Areum? Hah aku kawan dengan Areum dah lama sebab tu Daniel tahu nama semua kawan aku. Eh semua? Bila masa aku ada banyak kawan. Areum je la yang stay dengan aku sampai sekarang.

"Ok ok. Areum tak apa-apa" balas Areum.

"Hmm dah kalau macam tu jomlah sambung balik daki" aku ajak mereka.

••••••••••

Setelah 45 minit pendakian,

Akhirnya.

Sampai la aku ke puncak.

Aku terpaku melihat keindahan kota Gangnam dari atas bukit ni.

Cantik sangatt !!

Aku dan Areum duduk rehat menghilangkan letih tiba-tiba Daniel datang menegur kami dengan membawa dua botol air mineral.

"Nah ambiklah Hye dengan Areum mesti penat. Tu la abang dah cakap jangan ikut nak ikut jugak" kata Daniel

Aku baru nak jawab tapi Areum memotong

"Eh takde lah penat mana biasalah ni" jawab Areum sambil tersengih.

Aku rasa nak membuang air kecil la pulak

"Erm abang, toilet kat mana?" aku tanya Daniel

"Oh toilet kat sana tu" jawab Daniel sambil tangannya menunjuk ke arah sana

"Ok. Hye nak ke tandas jap. Areum jom teman aku" aku ajak Areum

"Kau pergi je la sorang-sorang bukan ada hantu pun, lagipun aku taknak kencing atau membuang pon" balas Areum sambil menolak ajakkan ku.

"Hmm ok lah" aku bingkas bangun.

••••••••••

Otw balik dari tandas aku nampak Areum tengah bersembang dengan Daniel.

Aku pun terdengar lah

"Sampai bila Areum nak sembunyikan hubungan kita dekat Soo Hye" kata Daniel

Aku pulak spoiler pergi langgar batu kat belakang , tapi jimin tarik aku dulu , menyorok kat belakang semak.

Aku sambung dengar lagi

"Oppa rasa dah tiba masanya kita bagitahu Hye" sambung Daniel lagi

"Tapi oppa--" sambung Areum

"Tapi apa? Tapi apa Areum?" aku keluar belakang semak dan melulu pergi serang dua ekor tu.

"Dah la Areum rupanya selama ni kau tikam belakang aku patutlah time aku cakap aku break dengan Daniel muka kau tak kesah pon . Dasar" kataku

"Kau pun , patutlah taknak teruskan majlis, tak cinta konon rupanya belakang aku main lain" sambung aku sambil tunjuk ke arah Daniel, hilang perkataan 'oppa' tu.

"Sudah aku nak balik, kau Areum suruh oppa kau hantar balik" aku terus bla macam aku tak kisah.

Tapi sebenarnya sakit.

Hati.

•••••

[OG] Don't Leave Me | PJMWhere stories live. Discover now