"Gunting, batu , kain"
Game ni paling femes sekali zaman aku dan kawan baik aku, Hazeeq yang selalu ada bila aku perlukan.Dialah yang mengajak aku bermain dulu semasa umur kami 12 tahun. Dia juga yatim piatu dan pandai menjaga dirinya sendiri
Satu hari itu, aku dengan Zeeq pergi kedai salun terbiar dan katanya dia ajak aku untuk teroka tempat tu.
Salun tu baru ditutup sejak 6 bulan lepas. Semua orang tak tahu kenapa tiba- tiba owner salun tu, seorang amoi muda menutup kedai miliknya, padahal ramai je datang siap ada pelanggan tetap termasuk aku.
Aku kerap gunting rambut kat sini pun sebab amoi cantik tu jugak. Begitu juga Zeeq, dia selalu teman aku waktu aku nak gunting rambut.
Tapi,lepas kedai tu tutup aku tak pernah pergi kecuali harini. ..
Namun, aku tak tahu benda ni telah meninggalkan sejarah hitam pada aku..
Waktu tu, kitaorang cadang untuk pergi lepas asar. Zeeq siap bawa kamera kononnya nak rakam apa2. Aku follow je dia sampailah depan pintu.
"Kaulah buka. Aku nak terus rakam nanti." Zeeq menghalakn kameranya ke depan.
Selepas aku membuka pintu, kami melihat seluruh tempat itu sangat gelap. Cahaya luar membantu kami untuk melihat keadaan dalam. Kemudian,aku menarik satu kerusi pelanggan lama lalu ditolak ke arah pintu utama tadi. Berhabuk betul.
"Anep, cepatlah!!" Zeeq memanggil aku. Dia kini sudah berada di bahagian kaunter bayaran. Dia masih merakam dan apabila aku menghampirinya dia terus menarik aku.
"Nampak tak? Ada gambar amoi ni. Banyakkan." Zeeq menilik setiap satu gambar di atas kaunter itu setelah menyerahkan aku kamera yang dipegang olehnya.
"Ishh.. gambar2 ni semua dekat kedai ni. Dari dia mula2 buka kedai sampailah.." Zeeq perasan ada orang yang perhatikan mereka.
"Siapa tu..?" Aku merakam ke arah tempat yang dikatakan Zeeq. Tiada apa2. Lagipun, cahaya samar2 dari luar membataskan penglihatanku.
"Kucing kot?" Aku menyedapkan perasaan Zeeq.
"Urmm--kedai ni tak besar mana pun. Lagipun banyak pelanggan datang,kan?" Aku menyoal Zeeq. Keadaan di dalam seperti dingin.
"Entahlah.."
"Tapi, tengok ni pula. Gunting ni berdarah. Takkanlah ada pemb-"
Banggg..
Tiba2, pintu tertutup dengan cara terhempas. Rasanya tadi aku dah sendalkan pintu tu guna kerusi?
Keadaan menjadi gelap gelita..
Hazeeq segera membuka night mode pada kameranya.
Kemudian, kami segera ke arah pintu untuk keluar sebelum perkara buruk berlaku.Semasa kami melangkah ke pintu,tiba2, kaki Hazeeq ditarik ke belakang.
Kamera yang dipegang olehnya terjatuh. Aku yang menyaksikan kejadian itu terkedu.Perlahan-lahan aku mengambil kamera untuk mencari Hazeeq. Dengan berbekalkan cahaya rakaman kamera, aku mencari ke setiap tempat tapi tak jumpa juga.
Ketika aku menyuluh ke arah tempat menggunting rambut aku ternampak Zeeq sedang duduk di kerusi pelanggan sambil dicekik dari belakang oleh satu makhluk bermata putih. Mulutnya tak habis2 mengeluarkan rambut yang banyak telah memandang aku.
"Mau gunting rambut kaa..? Hehehehehe.." jembalang itu mengeluarkan guntingnya lalu menikam perut Hazeeq berkali- kali tanpa belas kasihan.
Kemudian, 'benda itu' mengeluarkan organ2 milik Hazeeq lalu di mamah olehnya. Tanganku yang masih merakam keadaan itu terus pergi ke arah pintu. Beberapa kali aku cuba membuka akhirnya terbuka seluasnya.
Ketika itu, sudah lewat maghrib.
Sejak itu,aku asyik melihat rakaman itu berulang- ulang kali tanpa henti sambil tersengih di dalam bilik sendirian..
YOU ARE READING
CERTOT SERAM | S1
Horror< 500 words Barang peninggalan atau barang antik biasanya ada misteri di sebaliknya. "Jangan sesuka hati ambil barang tu." "Kenapa?" "Sebab benda tu ada ..." . . . "Kalau kau simpan barang lama tu,hidup kau takkan tenang" Credit cover book: @filipin...