" ARGGHH?! SAKIT LAH BODOH!" Syaza meraung kesakitan akibat jari kakinya ditekan kuat oleh seorang ustaz yang pakar dalam berubat orang.
Kedua- dua belah tangannya dipegang erat supaya tidak terlepas. Dalam keadaannya yang tidak sedarkan diri, bila2 masa sahaja dia boleh lakukan perkara diluar kemampuannya.
Mulut ustaz itu tak habis2 membacakan ayat suci kepadanya dan perlahan- tangan ustaz tadi memegang kepala Syaza yang sudah tak bertudung sejak lagi tadi.
Kini rupanya yang cantik tadi berubah seperti seorang nenek kebayan. Mulut Syaza mengukir senyuman yang menyeramkan. " Kau siapa? Lebih baik kau keluar sebelum aku bakar kau dengan ayat suci ni." Ustaz itu bertanya sesudah tangannya berada di kepala Syaza.
Kemudian, mukanya berubah suram lalu dia menjerkah semula." KAU TAK PERLU TAHU, MANUSIA! AKU DAN DIA ADALAH SATU. DIA DAH JANJI NAK JAGA AKU--ARGHH?!" Teriakan yang sangat nyaring olehnya menyebabkan gegendang telinga setiap orang mengalirkan darah.
"HAHAHAHA..! KAU TAK AKAN BERJAYALAH ANAK ADAM..! KORANG PUN PERNAH MENDERHAKA MACAM AKU? JADI PERSETANKAN SEMUA.. JADI, TAK SALAH KALAU KORANG IKUT AKU!!" Kelampauan syaitan yang merasuk Syaza tadi dibiarkan sahaja oleh ustaz tadi.
"Kau degil, wahai syaitan. Semua makhluknya yang bertaubat pasti diampuni. Kau sengaja mahu mendengki kami kerana sifat sombong dan bongkak kau." Kemudian, ustaz itu membaca ayat ruqyah dan sebahagian surah Yusof.
"ARGHH.. TAK GUNA KAU ANAK ADAMM..!" Mata Syaza bertukar merah dan mengerang kesakitan. Rumahnya kini seperti gempa bumi apabila semua barang2 jatuh secara tercampak- campak.
"Warggghhh!" Tangannya digelutkan bagi melepaskan diri dari pegangan dua orang itu. Akhirnya, dia berjaya dilepaskan lalu mahu mengorak langkah.
Ustaz itu cepat2 mendapatkan Syaza lalu menangkapnya dari jauh apabila tangannya di depakan ke hadapan.
Terangkat badan Syaza ke atas tanpa jejak ke lantai kerana dia umpama dicekik dari jauh.Bacaan surah Musa diteruskan dan pada waktu masa yang sama gegaran rumah semakin kuat akibat suara Syaza yang mampu memecahkan cermin. Tapi, akhirnya ustaz tu berjaya mengawal situasi dan Syaza dapat ditenangkan.
Kepala Syaza sekali lagi diraupkan dan ditarik ke umbun2 rambut.
"Allahuakbarr!!" Maka, ustaz itu berjaya mengeluarkan 'benda' itu . "Ambilkan bajunya yang kerap dipakai olehnya sekarang!"Setelah baju itu diletakkan rata disebelah ustaz tadi, ustaz itu kemudiannya menyapu tangannya yang memegang benda itu ke atas baju tadi.
Dia seperti mengunci makhluk itu di dalamnya.Keadaan menjadi seperti sediakala tanpa bunyi pecah atau sebagainya. "Nanti.. kamu simpan baju ini dan letakkan di dalam almari tanpa disentuh oleh sesiapa. Kalau boleh dibalut kemas disatu sudut alamari tersebut." Lelaki tadi yang mendengar kata2 ustaz segera dilakukan tanpa membantah.
Syaza juga tidak seperti dulu yang terpaksa menjaga saka belaan turun temurun yang diberi oleh arwah maknya sendiri bagi mengurangkan penderitaan maknya yang tengah nazak. Tanpa kerelaan, dia terpaksa bersetuju waktu itu.
Tapi, itu dulu. Kejadian 20 tahun lepas dan Syaza tak mahu mengingati peristiwa dahsyatnya ketika berubat. Dia mempunyai dua anak yang sudah besar tanpa seorang bapa kerana meninggal dunia dua tahun yang lalu.
Tak lama lepas tu, seorang daripada anaknya mahu mengemas pakaian maknya di dalam almari kerana mahu berpindah dari rumah lama tu ke rumahnya di bandar. Tapi, keadaan berubah apabila..
"Bungkusan apa ni?"segera dibuka bungkusan itu."baju?" Maknya yang baru masuk,melihatkan keadaan itu.
"JANGAN BUKA,LAILA!""AKU BUKAN LAILAAA,,HAHAHAHA?!"
YOU ARE READING
CERTOT SERAM | S1
Horror< 500 words Barang peninggalan atau barang antik biasanya ada misteri di sebaliknya. "Jangan sesuka hati ambil barang tu." "Kenapa?" "Sebab benda tu ada ..." . . . "Kalau kau simpan barang lama tu,hidup kau takkan tenang" Credit cover book: @filipin...