Lukisan

16 1 0
                                    

"Cantik kan lukisan tu,bang?". Harith hanya mengangguk kerana tak mahu mengguris hati isterinya.
Lukisan mata berdarah yang penuh abstrak gelap menampakkan lagi lukisan itu seolah-olah hidup. Sungguh apa yang menjadi tarikannya, Harith pun tak tahu sebab banyak lagi lukisan yang lawa-lawa di galeri besar ini.

Sudut terpencil inilah yang menjadi twmpat persinggahan pertama mereka.

Baru sahaja Harith mahu beredar dari situ untuk melihat lukisan lain, isterinya tiba-tiba menarik hujung lengannya menyebabkan
dia sedikit tersentap dengan pelakuan sebentar tadi."Kita beli
lukisan ini ya,bang?" Satu soalan yang cukup mengejutkannya terpacul dari mulut isteri kesayangannya."Kenapa nak beli lukisan ni? Kan banyak lagi lukisan yang cantik2 ?" Harith cuba memujuk isterinya supaya meilih lukisan lain,namun dia tetap dengan pendiriannya.

"Takpelah bang. Harini kan birthday saya? Anggaplah tu hadiah awak untuk saya.Lagipun, bukannya mahal sangat lukisan ni banding harga yang lain." Senyuman manisnya cukup membuatkan hati Harith tidak mampu melawan. Dengan itu, dia akur untuk membeli lukisan itu.

Sepanjang perjalanan pulang, isterinya hanya diam sambil tersenyum riang. Dalam dakapannya ada sebungkus lukisan mata tadi,tak mahu dia lepaskan lukisan itu walau sesaat.

Di rumah juga, dia hanya memeluk lukisan itu. Tak mahu makan dan minum. Walhal, hanya termangu di hujung katil sambil membelek lukisan itu. Perkara itu semakin berlarutan sehingga suaminya, Harith tak senang dengan pelakuan aneh isterinya itu. Sepertinya telah disampuk penangan lukisan itu.

Bertambah aneh, lukisan itu seakan-seakan mata syaitan kerana mata hitamnya sebesar bola mata. Kelusuhan lukisan itu juga jelas kelihatan seperti sudah bertahun dilukiskan.
Pada suatu malam, ketika isterinya nyenyak tidur. Harith bertekad mahu membuang lukisan itu jauh. Dengan berhati-hati, dia bangun lalu mencari lukisan itu tanpa menyedarkan isterinya.

Cepat-cepat dia keluar dari rumah dengan menaiki kereta sambil membawa lukisan lusuh itu."Kau punca isteri aku berubah!
Aku dah tak nampak senyuman manis dia lagi sejak kau ada hodohh!!" Ngomel Harith geram. Kini dia sudah berada di atas sebuah jambatan yang menghubungkan darat dan laut.

"Selamat tinggal si hodoh..haha"
Akhirnya,lukisan itu jatuh hanyut ke dasar lautan.
Baru sahaja dia mahu menghidupkan enjin kereta, di hadapan keretanya terdapat sesosok tubuh putih menghadapnya. Jelas sekali, dia tidak bermata!

"Pulangkan roh mataku..sebelum kau tak dapat untuk melihat dunia lagi!!"

.
.
.
.
.

"Mayat dijumpai terapung semalam oleh seorang nelayan. Lebih dahsyat lagi, mayat itu tidak bermata."
-beritaharian

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CERTOT SERAM | S1Where stories live. Discover now