BASIKAL

29 6 3
                                    


" Korang nak dengar satu cerita tak..haha!!"
Ijal yang baru sampai ke satu pondok lama dan merupakan tempat lepak 4 sekawan datang dengan menaiki basikal terus membuka cerita.

"Cerita apa Ijal..? Kau ni ntah datang dari mana, tiba2 ada cerita. Ceritalah cepat. Nah air kotak." Syuk memberikan sekotak YEO'S sejuk, perisa anggur kepada Ijal.

"Aku sebenarnya nak cerita pasal Haikal. Haha..!! Lawak doh..?!" Mulutnya tak habis- habis menggelakkan Haikal seperti Haikal ada depannya sekarang.

Petang itu, Syuk, Kuyu dan Ijal sahaja yang ada di pondok lama itu.

"Macamni.. tadi aku kayuh2 basikal dengan Haikal.
Lepastu,aku tanyalah Haikal pasal dia nak pergi pondok tak lepak2.. sebab katanya sebelum ni nak tolong mak dia dan tak jadi keluar.
Tiba2,ntah dari mana sapa aku dan kejar aku dari belakang pakai basikal buruk."
Ijal menyucuk muncung straw pada kotak air tadi.

"Lepastu.. dia rembat mana ntah basikal buruk tu. Dahlah baru keluar hutan tadi.Dia pergi mana tah sebelum ni."

Syuk dan Kuyu mendengar cerita Ijal dengan cukup serius.

"Berbalik citer tadi, aku tanya dia pasal tadi dan dia jawab yang dia nak pergi.. lepastu, aku pandang basikal buruk tu dan tanya dia pasal basikal baru dia pancit ke? Sampai bawa basikal buruk ni. Nak tahu dia jawab apa?".
Semua menganggukkan kepala tanda setuju.

"Oh ni? Hahahaha.. ni barang antik ni. Orang kata kalau bawa boleh tolak bala. Lagipun aku cari basikal ni sendiri. Orang kata basikal ni ada bomoh silat tanam benda ni sebelah seorang anak murid silat dia hidup2 supaya orang tak kacau barang dia."
Ijal ketawa lagi.

"Apasal kau ketawa..? Seram dohh. "
Syuk keseraman.

"Memanglah.. dah lah Haikal tu lembik. Mana aku tak bahan dia. Lepastu, dia ajak aku lumba dengan basikal dia. Masa lumba tu aku kat depan la. Lepastu, aku pusing tengok Haiqal kayuh mengundur siap muka sengih. Supp.. hilang."
Semua berubah muka kecuali Ijal.

"Leklah.. kejap lagi dia datangla." Ijal berkata lagi.

"WOIII?!"

"BAPAK KAU?!" Semua terjerit.

"Woii?! Agak2lah. Bila sampai. Lain kali tu bagi salam boleh tak. Aku ingatkan setan pakai cawat mana la sergah?" Marah Ijal.

"Leklah.. apahal ni? Semua cuak sangat, setan?"
Rupa-rupanya, Haiqal.

"Tadi Ijal cerita pasal dia dengan kau tadi." Kalini mukanya berubah lepas dengar dari mulut Kuyu.

"Apa kau merepek ni Ijal? Aku kan kata aku kat rumah tolong mak aku?"
Kalini Ijal pula cuak.

"Kau nak bergurau dengan aku ke apa? Mana basikal buruk kau, Sial? Eleh.." Ijal cuba menyedapkan hatinya dengan bertanya balik pasal hal tadi.
Harapnya, dia tak bohong.

"Basikal buruk apanya? Tulah basikal aku." Haiqal menunjukkan basikalnya. Cantik.

"T-tak lawakla. Kau siap ajak aku lumba2 tadi takkanlah lupa, SYAITONN?!"
Ijal meninggikan suara.

"Aku rasa tu aku.."
Semua memandang ke arah belakang tingkap pondok yang terbuka. Dimana orang ke 5 berada.

CERTOT SERAM | S1Where stories live. Discover now