Radio

23 6 0
                                    

"Kenapa abang bawak balik ni?" Aku memandang pelik ke arah abang aku. Yelah, siapa tak pelik kalau sebelum ni dia tak pernah bawa barang antik.

"Kau ni sibuk je hal aku. Dahlah.. pi main jauh2. Jangan cuba nak rosakkan radio antik abang,k" Dia menghalau aku. "Orang tanya je.." aku menjelir lidah kepadanya.

" Yelahh.. dah lewat malam ni, kenapa tak tidur lagi?"tukar topik.

"Alahh.. tunggu abang. Apa salahnya. Esokkan cuti?" Aku menjawab."Haa.. yelah2. Abang nak tido ni. Ngantukk."
Badannya digeliatkan.

Aku yang masih tak ngantuk hanya perhatikan abangku yang melangkah ke arah tangga untuk masuk tidur ke biliknya.

Aku apa lagi, tak tahan tengok radio tu terus membelek- belek setiap inci badan radio antik tu.

"Lawa lagi ni. Agak2, hidup lagi tak radio ni?" Tanpa banyak soal.
Aku terus sambungkan plag radio. Radio yang agak uzur itu berwarna kuning keemasan dan masih nampak menarik.

Setelah plag dipasang, radio itu berbunyi. Aku pun memutarkan siaran.

"Apasal tak ada era? Patutnya aku boleh dengar halyu era( segmen kpop song di era fm) dah.." aku mendengus geram.

Lagi tadi hanya klasik nasional dan Nasional Fm saje. Agaknya radio lama tak boleh tarik siaran baru kot?

"Wahai cik adik lah sayang..
Cari siapa?..." ishh, dengar lagu lama tengah2 malam, memang menakutkan.

Bulu roma aku pantas berdiri. Tapi, aku tak tutup radio lagi masatu. Aku terus ambil novel kat atas meja lalu baca.

Setelah lagu tadi habis.. bunyi radio tu tersekat-sekat.

Lalu diganti dengan bunyi yang nyaring.

"Arggghhhhhhhhhhhhhhh!????!!!"
Aku terus menutup telinga aku. Sesiapa yang mendengarnya pasti merasa gegendang telinga pecah. Bunyi jeritan di corong radio masih kedengaran tanpa noktah.

Aku yang ketakutan terus menjerit."DIAAMMMM?!" Ibuku terus turun mendapatkan aku.

"Kenapa ni, Aliya?" Ibuku mengusap lembut rambutku yang kusut akibat diramas olehku. "Dahlah.. tidur sana. Malam2, terjerit jerit" aku hanya merelakan ibu membawaku ke bilik.

Sesampai di bilik, aku baru sahaja melelapkan mata. Tapi..

"Di tepi pantai yang indah,duduk ku seorang diri.." sedap lagu tu.

Bila aku asyik mendengar,aku terfikir..

bila masa aku letak radio kat bilik?

Bukan radio antik tu kat tingkat bawah?

CERTOT SERAM | S1Where stories live. Discover now