Pindah Sekolah

341 57 12
                                    

Alang-alang exam gap seminggu, so lemme pub this chapter. Enjoy 🌼

🍉🍉🍉🍉🍉🍉

𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑺2
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 09


Ida lantas mengambil tempat semula sejurus mak dan kakaknya berlalu pergi.

" Kesian kat hang Ida ada mak macam tu," Agust D berasa simpati dengan Ida membuatkan adik-adiknya memandang hairan.

"Apa tengok-tengok? Ada hutang?" Paparazi memandang tanpa mengerdipkan mata membuatkan Agust D berasa tidak selesa. Yang pasti, salah seorangnya adalah budak perempuan.

"Ada, bila nak bayar balik choki-choki aku, hah?" riak wajah tak puas Yoonji menonjol. Mana taknya, 5 peket choki-chokinya Agust D rembat.

"Nanti la, duit saku aku bulan ni dah kering kontang" Agust D tersengih menampakkan gusi. Ala, cutenya~~

Toongi dan Suga kini memerhati Agust D. Lain macam je abang sulung mereka ni, selalunya maki hamun tak tentu arah. Sekarang ni, happy go lucky terlebih.

Toongi berhenti memerhati gerak geri abangnya sebaik sahaja cendol dipesan tiba di meja makan.

"Cendol dah sampai, yay!" Toongi terjerit riang. Mangkuk cendol yang ditatang oleh anak Pak Dollah diberikan kepada mereka berenam.

"Thanks akak Lisa" ucap Ida. Gadis berketurunan Thai dan Melayu tersenyum manis lalu menapak terus ke dapur warung.

"Siapa tu, Ida? Tak pernah tengok pun" Fat kehairanan.

"Kakak sepupu aku, Lisa namanya. Dia sambung belajar, sekarang ni dia cuti semester" semua mengangguk faham.

"Sambung belajar dekat mana?"

"UniCORN" Ida ketawa terbahak-bahak dengan lawak sendiri. Tak sia-sia dia subscribe channel 'jinnie with daddy jokes' di Youtube.

Semua memandangnya dengan wajah gi-mampoih-dengan-lawak-kuda-bertanduk-hang.

"Universiti Malaya. Haishh, hangpa ni nak melawak sikit pun tak boleh" bibir Ida muncung sedepa mengalahkan paruh angsa yang dibela Pak Manaf.

Ekor mata Agust D tak lepas memerhati Lisa. "Muka dia serupa macam Pak Cik Dollahla" ujar Agust D.

Tapi dari pandangan adik beradiknya, wajah Kak Lisa saling tak tumpah seperti salah seorang anggota kumpulan K-pop HitamMerahJambuAir. (Apa aku merepek nii, -,-)

Belum sempat Ida membuka mulut seseorang memintas percakapan mereka, "Dah tu bapak dia, takkan la serupa macam tomyam kot. Kau ni pun Agust D, mata tu biar letak kat depan, bukan dalam seluar" sindir Yoonji yang berdendam dengan pencuri coklat kegemarannya itu.

Mereka yang menikmati cendol mula tersedak akibat Yoonji mencelah perbualan Agust D dengan Ida.

Drama cendol kini diakhiri dengan penolakan mangkuk cendol jauh-jauh berjemaah. Tak lalu nak habiskan agaknya.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·


Memandangkan jarak dari rumah ke sekolah agak jauh, jadi Yoon Hwa dan Je Mah membuat kata putus untuk mereka berempat bersekolah berdekatan rumah.

Perbincangan mereka berdua di dalam bilik dari tadi didengari oleh Min Yoongi kuasa 4 a.k.a Toongi dimana deria pendengarannya sangat sensitif.

Tidak lama selepas itu, Toongi menghampiri saudara kembar di ruang tamu untuk khabarkan perkara ini. Kegembiraan Toongi melonjak naik sehinggakan dia menggelek badan keciknya seperti lagenda dangdut M. Daud Kilau.

"Dah buang tabiat ke budak ni? Tiba-tiba menari dangdut bagai ni" ujar Agust D yang naik menyampah akan kelakuan pelik adik bongsunya. Pandangannya terus difokuskan ke paparan disiarkan di televisyen.

"Mana ada, Toongi banyak happylah Gusdi hiyong" bentaknya.

Tarian dangdut ditonjolkan Toongi mengganggu konsertrasi dua beradik lain yang bermain permainan Jutaria.
Yoonji dan Suga mencerlung tajam ke arah Toongi.

"Ni aku nak bagitahu. Tadikan aku terdengar perbualan eomma dan appa"

"And then?" Yoonji acah-acah menguap tanda tidak berminat untuk dengar percakapan adiknya.

"Diorang kata tahun depan kita akan bersekolah di sini" Toongi kembali menari ala-ala dangdut.

Ketiga-tiga saudara kembarnya menunjukkan reaksi yang berbeza. Agust yang curi-curi dengar terus lompat kegirangan. Yoonji pula menonjolkan riak wajah yang muram, tak dapatlah nak hendap Tony Montana di sekolah lagi.

Suga? Wajahnya bersahaja, lagipun dia tidak kisah untuk bersekolah di mana-mana tempat, janji tidak dihantarnya ke kawasan pedalaman. Tak pasal-pasal orang utan turut serta dalam rap.

🍉🍉🍉🍉🍉

Sowy kalau chapter kalini kureng, ketandusan idea seperti padang pasir -,-

【✔️BTS】𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑰𝑰 • 𝓜𝓲𝓷 𝓨𝓸𝓸𝓷𝓰𝓲Where stories live. Discover now