Budak Baru

325 57 29
                                    

𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑺2
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 11

"Murid-murid hari ini kita ada pelajar baru, meh kaih masuk" kata Cikgu Asyila kepada seseorang dari luar.

Dengan sedikit gementar, dia perlahan-lahan memasuki bilik darjah. Kelas yang dari tadi riuh rendah dengan suara kanak-kanak berseronok kini terdiam, hanya bunyi cengkerik sumpahan yang memecah kesunyian. Dan bunyi mata pensel patah.

Ini kerana salah seorang penghuni bilik darjah tidak berpuas hati akan kehadiran budak baru tersebut.

"Baik kamu boleh perkenalkan diri" bicara cikgu subjek ilmu hisab itu kepadanya.

Dengan deheman kecil, murid baru mula membuka mulut.

"Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua. Saya Airenne Sophea. Saya berasal dari United Kingdom tapi sekarang dengan tinggal atok dan nenek kat sini" tuturnya dengan lemah lembut bagai lunak gigi dari lidah.

Bicaranya itu membuatkan hati murid-murid lelaki mulai goyah. Terutamanya seorang murid lelaki yang bersifat swag sepanjang masa. Rusuk kiri bergetar barangkali.

"Wow jauhnya. Apa-apapun, selamat datang ke sekolah ni. Sekarang kamu boleh duduk- eh sekejap Ida tolong pindahkan barang-barang kamu dan duduk di belakang"

Ida berasa bengang akan arahan gurunya. Namun dia terpaksa akur dan kemudian beralih ke tempat lain.

Tak lama selepas itu, Airenne Sophea selamat duduk di tempat Ida sebelum ini. Begitu juga dengan Ida.

"Tulah kau. Haritu aku suruh duduk sekali dengan aku kat sini, kau beria-ria nak tumpang sekaki duduk dengan Suga. Ini akibatnya" duga Yoonji.

"Ermm nak tanya, ni awak punya ke?" soal seseorang yang memegang sebatang pensel yang patah matanya.

Tanpa bersuara, Ida menyambar pensel tersebut dari genggaman milik Airenne.

"Terima kasih ye" ucap Yoonji bagi pihak Ida.

"Sama-sama"

Airenne kembali mengambil tempat seusai memulangkan penselnya.

Yoonji yang perhatikan kelakuan Ida yang moody tiba-tiba terus bertanya.

"Kenapa ni? Lain macam je kau lepas budak baru tu masuk sini"

Sudah ditanya, mestilah jawapan perlu diperkatakan.

"Dia tulah yang aku selalu cerita kat kau. Bajet berskipping English dengan tokwan dia herghhh"

"Errr speakinglah Ida"

"Apa-apa sajalah- tengok tu, nak try tackle Suga aku lah tu" bentaknya secara berbisik. Tak mahu percakapannya didengar oleh Airenne.

· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Dengupan jantung Suga mulai laju apabila pelajar baru itu melabuhkan punggung bersebelahan tempatnya.

"Hai nama awak siapa?" sapa Airenne Sophea yang cuba ramahkan diri.

"Errr errr Min Yoongi kuasa 2"

"Wow macam formula matematik sekolah menengah" Airenne mula tertawa halus. Walaupun kurang jelas diketahui Suga, namun dia kekal tersenyum.

Ditambah pula kali ini, hati Suga berbunga-bunga selepas mendengarkan tawanya yang sumpah ayu. Tidak seperti orang bersebelahannya sebelum ini, gelak sampai nak keluar anak tekak.

"By the way, panggil je Airenne"

"Kalau nak panggil Ai-luv-you boleh tak?"

Merah padam wajah putih serlah kepunyaan Airenne Sophea. Menahan malu gamaknya. Perbualan mereka didengari senyap-senyap oleh orang belakang.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

"Ai-luv-you? Patutnya dia cakap kat aku. Bukan dekat Air Longkang tu" hambur Ida dengan kemarahan yang mencanak naik.

"Wuuu sabar weyhh sabar. Jangan mengamuk" kata Yoonji sambil mengurut belakang kawannya.

Nak tenangkan singa betina kecil seperti Ida sedikit sukar. Buntu Yoonji untuk memikirkan penyelesaian.

Selepas ternampak sesuatu yang berguna untuk Ida, Yoonji menyambar bungkusan plastik itu dari genggaman Agust D lalu ditekap atas tudung kepunyaan Ida.

"Nah. Nak je aku suruh kau kunyah ais kiub ni untuk kurangkan hasad dengki kau yang bermaharaja lela tu. Tapi takpelah, aku tekap atas kepala ni, mungkin dapat tenangkan fikiran kau"

"Woi bagi balik! Aku belum habis lagi sejukkan ketiak ni!"

🍉🍉🍉🍉

Makin bertambah watak dalam TMF 2 ni huihuihui

【✔️BTS】𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑰𝑰 • 𝓜𝓲𝓷 𝓨𝓸𝓸𝓷𝓰𝓲Where stories live. Discover now