Mak Tipah Bercerita Lagi

281 44 17
                                    

𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑺2
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 22

Suasana pagi yang aman dan tenteram di pangkin kini diusik dengan kehadiran manusia bermulut kepoh. Tak lain tak bukan Mak Tipah.

Rasa tak aman bila nak menyembang sesama mereka,jadi Jemah dan Odahvass sudah bersiap sedia untuk berdiam diri. Takut-takut kutukan mereka terhadap Mak Tipah didengari tuan punya badan nanti.

"Weyh, hangpa dua. Aku ada berita baru lagi sensasi nak mai habaq ni" tangan Mak Tipah tak henti-henti mengibas-ngibas ke udara, kalahkan kepak burung. Sapaannya mengejut umpama peluru beribu-ribu das dilepaskan. Sekali dia maju melangkah ke pangkin, makin bahang keadaan di situ.

"Ha habaq lekaih, kami tak sabar nak dengar ni" beritahu Odahthevasss dengan acah-acah teruja. Walhal, dia cukup dah masak dengan perangai Mak Tipah tak ubah seperti pemberita tak berbayar.

"Tau dak anak Kasim— alah, yang dok hujung kampung tu?" tak henti-henti bibir tebal Mak Tipah menjuih ke arah hujung jalan sana. Mereka pun sekadar mengangguk, walaupun tak tahu lokasi sebenarnya.

"Ha, semalam punya cerita. Anak dia kena tangkap basah kat hotel Summit hat berlonggok abangla terperuk kat situ."

"Tangkap basah? Ish ish ish… kenapa tak keringkan?" seloroh Jemah secara berbisik lantas menepuk belakang Odahthevass. Hampir tersedak Odahthevass yang masih kunyah kerepek keju dibawa Jemah.

"Tambah pula, anak dia tu baru habis PT3, result tak ambik lagi. Hangpa rasa?"

"Lepasan PT3? Ish ish ishh, result pun tak dapat lagi, dah menggatal tak kena tempat" Odahthevass menggeleng tidak menyangkal sebegini terjadi.

"Ha, lagi satu cerita aku nak habaq. Haritu Kak Nab mai sembang dengan aku waktu jumpa kat depan kedai Jeman.

Katanya, hang batak hot dalam IG. Kerja dok raih followers berduyun-duyun, padahai tunjuk tangan ja."

Sejurus mendengarkan cerita disampaikan Mak Tipah, Odahthevass diserang perasaan marah yang teramat.

"Helo helo helo. Aku main IG beribu-ribu tahun sekali, aku langsung tak kacau pungkoq dia, dia nak kalut pasaipa (kenapa)?

Aku tunjuk tangan sekali pun, ada manfaat tau tunjuk cara memasak kat orang." mendesup Odahvass berbicara, mengalahkan rap Agust D.

"Kau tunjuk tangan pun, followers berlonggok duhh. Kak Nab tu nak log masuk Instargram pun suruh anak dia tolong buatkan." sampuk Jemah yang memihak Odahthevasss.

Mak Tipah menggaru kepala yang terasa menggerutu tiba-tiba. Kalau bab-bab alam siber lagi canggih memang dia tak arif, jadi bodohsini seketika. Tapi bab-bab mengumpat terus jadi bijaksana.

Tanpa disedari Mak Tipah, tiba-tiba ada satu tangan mula merentap kasar sanggul besar miliknya. Carutan yang hampir dihambur sempat ditangguhkan lantaran wajah orang yang menarik sanggulnya ditatap.

"Ouh ni kerja hang, dok mengumpat mengata pasai orang kampung merata tempat" wanita separuh abad sepertinya mendengus geram pun kembali menrentap rambutnya.

Melihatkan insiden yang semakin mengganas dari pandangan, Jemah senyap-senyap berbisik kepada Odahvasss untuk meloloskan diri. Jadi mereka pun mencari seribu alasan yang nampak relevan, agaknya.

"Hm Odah bukannya apa, tapi satgi kena buat live, depa dah lama request tunjuk ajar cara nak memasak sambal bawal voile dan chiffon hehe tatatititutu"

"Haahlah sama, Jemah pun nak jaga biras kat rumah. Kesian dia, pantang tok nenek saya tengok dia berpantang sorang-sorang." balang kerepek keju dibawanya lantas dikepit di celah ketiak. Hanya alasan itu saja dianggap selamat digunapakai, walaupun sudah genap 3 minggu adik ipar dan birasnya pulang ke Korea setelah tamat berpantang.

Odahthevass dan Jemah mula perlahan mengundur untuk beredar daripada terlibat dalam pergelutan mereka berdua. Takut nanti mereka pulak diganyang sekali.

"Apa yang hang dok mengarut ni, Mak Cun oi? Tak ada aihh aku mengata pasai depa. Aku cuma bawak khabar berita yang aku dengar ja!" bentak Mak Tipah yang turut sama menyambar tudung dipakaikan musuh tradisinya.

"Bawak khabar berita konon! Deyh Tipah, disebabkan hang la business aku lingkup teruk. Ingat aku tak tau hang bawak cerita pasai aku kat kampung yang bedak sejuk aku guna ayaq longkang?

Heyheyllo Tipah, selama aku usahakan bedak sejuk belum ada pernah lagi dok berani kutuk teroks macam hang. Hang satu-satunya manusia tak sayang mulut, dasar  CELAK GRED A" kini pipi kendur Mak Tipah pula diganyang teruk oleh Mak Cun.

Tidak lama kemudian, Mak Tipah melangkah pulang selepas kejadian 'serang menyerang' dengan wajah yang dipenuhi bedak sejuk buatan Mak Cun.

🍉🍉🍉🍉🍉

Hehe @/odahthevasss wujudla y'all haahaha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hehe @/odahthevasss wujudla y'all haahaha

Sorry kalau tak best mana, Wauthormelon pikiaq sehabis mungkin hikhok. So dalam banyak-banyak chapter, korang suka yang mana satu? Sharekan aja disini ye ❤️

【✔️BTS】𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑰𝑰 • 𝓜𝓲𝓷 𝓨𝓸𝓸𝓷𝓰𝓲Where stories live. Discover now