𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑺2
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 04Akhirnya, mereka sekeluarga tiba di sebuah rumah.
"Wow, dekat gila rumah dengan airport" kata Je Mah bernada sarkarstik sambil merenggangkan badan yang sedikit sengal.
Yoon Hwa tersengih. Sambil-sambil itu mereka memandang sekeliling kawasan rumah. Walaupun di kampung, rumah di hadapan mereka berkonsepkan moden dan komtemporari. Itu baru dari kawasan luar rumah. Belum lagi dalam rumah.
Tiba-tiba, dua orang kanak-kanak perempuan menghampiri mereka. Sambil tercungkap-cungap bernafas dek berlari,sempat salah seorang dari mereka bertanya,
"Ni rumah makcik dan pakcik ke?"
"Ye,ni rumah kami"
Biarpun sedikit keliru dengan panggilan 'makcik' namun dia menjawab pertanyaan kanak-kanak tersebut.
"Ouh,kalau macam tu, selamat datang ke Kampung Chiangkerik" katanya kepada mereka sekeluarga sambil tersenyum.
Ketika Toongi ralit melihat Je Mah dan gadis kecil itu berbual,bahunya ditepuk lalu dia menoleh.
"Ikut aku ke sana?" tanya Suga sambil menunding ke halaman belakang rumah. Tanpa membantah, dia membuntuti Suga.
Sejurus tiba di situ, seseorang telah menolak mereka berdua ke tepi sehingga jatuh terduduk. Suga dan Toongi mengaduh sakit. Mereka berdua lantas mengerling pada objek yang tak pernah dilihat sebelum ni.
Lelaki separuh abad tersebut terus mengutip objek aneh dilihat mereka.
"Tulah, serbu tak pakai helmet. Tak pasai-pasai buah ni hampir melayang ataih pala" luah orang yang menolak mereka tadi. Dari pengamatan Toongi, lelaki tua ni mungkin pemilik kawasan menghijau ni.
"Disebabkan hangpa dua ceroboh kawasan ni, aku nak call boss aku sat"
Lelaki tua tersebut mengeluarkan telefon bimbit lalu menghubungi seseorang.Tak lama kemudian, dia menunduk hormat sebaik sahaja Yoon Hwa tiba. Suga dan Toongi terus mendapatkan ayah mereka.
"Patutlah tak ada,rupa-rupanya ada dekat sini" Yoon Hwa menarik nafas lega. Terpancar riak wajah gelisah tatkala dua ketul anaknya hilang dari pandangan.
"Depa dua ni anak tuan ka?" soal lelaki tua itu. Yoon Hwa mengangguk.
Lantas dia mengadu perihal yang berlaku tadi. Yoon Hwa cuak.
"Suga,Toongi kalau nak ke mana-mana, bagitahulah dulu dekat appa tak pun omma. Jangan buat macam ni lagi,okey?"
"Okey" balas mereka serentak.
"Alang-alang tuan ada dekat sini--" lelaki tua tersebut mengopek objek dikutip tadi. Baunya 'menakjubkan' membuatkan anak-anak Yoonhwa menutup hidung.
"Appa, tu buah apa?" soal Toongi.
"Inilah durian, buah kegemaran appa" jawabnya.
Kecur liur dibuatnya melihat isi kuning di celah-celah kulit tajam itu. Dia menyumbat seulas ke mulut lantas meluah bijinya.
"Ini Musang King ke, Pak Manaf?" soal Yoon Hwa. Pak Manaf mengangguk.
Yoon Hwa sedikit menyeringai setiap kali menikmati raja buah ni.
"Suga, Toongi cubalah rasa. Sedap!!!" Yoon Hwa menyuakan seulas durian terlebih dahulu. Toongi yang mula meraih lantas memandang appanya.
"Makanlah, sedap ni. Rugi terokslah siapa tak makan tu."kata Yoon Hwa.
Toongi yang pada mulanya teragak-agak untuk makan kini mengigit sedikit isi durian. Sekali berada dalam tunas rasanya, tiba-tiba saja dia berdiri lalu menari gaya makhluk asing Cadbury.
Mereka bertiga tersentak dek celoteh Toongi.
"Sedapnya!" jeritnya teruja. Jeritannya itu membuatkan Je Mah dan lain-lain menapak ke sana.
"Toongi, Suga, Ida dengan Fat ajak pergi mai--" Je Mah kematian kata-kata sebaik sahaja bau dahsyat memasuki rongga hidungnya.Secara automatik dia menutup hidung. Begitu juga dengan Agust D dan Yoonji. Hanya dua kanak-kanak itu sahaja beriak wajah biasa.
"--Yeobu kentut ek?" tebaknya.
"Tak, buah ni yang kentut" seloroh Yoon Hwa sambil gelak terbahak-bahak. Habis nafasnya berbau durian.
"Eomma, Agust D, Yoonji, korang berdua marilah makan,sedap!!!" pelawa Toongi yang tak berhenti-henti menikmati raja buah.
Terus-terus Je Mah rebah lalu pengsan di tempat kejadian (๑ิټ ิ)
🍉🍉🍉🍉🍉
Ayo! Wauthormelon is back! Sekian lama tak mengarang, timboila chapter mengarut ni untuk hangpa semua 😂😂 In Shaa Allah kalau ada free time, authornis (nama pena lama) akan update chapter baru
YOU ARE READING
【✔️BTS】𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑰𝑰 • 𝓜𝓲𝓷 𝓨𝓸𝓸𝓷𝓰𝓲
Humor©2018 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BANGTAN SERIES #3] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ ❝Sedapnya kepala kocak ni~❞ ❝Kepala hotak kau, tu kelapa kocaklah (coconut shake)❞ Kegilaan dan kemerapuan keluarga Mi...