Aunty Nak Bersalin?

310 55 30
                                    

𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑺2
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 16

"Apa? Areum mengandung?!" reaksi Jemah yang terkejut beruk membuatkan perut boyot Areum menjadi mangsa keadaan untuk dicucuk birasnya.

Mana taknya, sibuk memasak sehingga tak perasan keadaan Areum.

"Sepanjang berbadan dua ni, ada pernah mengidam apa-apa benda pelik tak?" Jemah sengaja bertanya untuk mengorek rahsia. Mana nak tahu tahap mengidam lebih dahsyat daripadanya.

"Areum pernah juga minta yang pelik-pelik, tapi taklah sepelik noona dulu. Sanggup terbang ke Pakistan semata-mata nak bau karpet" sampuk Yoongi yang tiba-tiba mendakap tubuh isteri tercintanya. Amboi Yoongi, tak padan nak jadi bapak orang, mulut tu asyik memerli saja kerjanya.

"Hey lain orang lain situasi lah!"

"Tapi noona tu dari dulu pelik"

Jemah hanya mampu melemparkan pandangan diam-lah-la-ha-ka-cang-eh-la-ha-nat kepada Yoongi.

"Dah dah, pergi jauh-jauh. Chagi nak menyembang hal perempuan dengan Jemah unnie" Areum mengibas-ngibas jari jemarinya seolah-olah mahu menghalau Yoongi.

Biarpun gurauan, namun dia tahu Areum perlukan ruang untuk berbual dengan Jemah, jadi Yoongi pun membuka langkah untuk ke bilik kembar.

Selepas berkongsi pengalaman berkaitan kelahiran dan proses berpantang, kali ni Jemah bertanya akan status kehamilan Areum.

"Nampak macam dah akhir-akhir ni. Due bersalin bila?"

"Doktor anggar lagi 2 minggu agaknya" ujar Areum yang ralit mengelus perlahan perut yang makin memboyot.

"Girl or boy?"

"Psst, secret" kata si Areum selamba diselangi senyuman nakal. Saja mahu rahsia jantina kandungannya.

"Dah lewat ni. Pergilah tidur. Kamu tu baru sampai, mesti penat" tubuh genit gadis ditolak perlahan dari dapur untuk menyuruh masuk tidur.

"Sekejap lagi saya tidur ye unnie. Nak pergi kacau diorang" Areum membawa diri bilik yang dihuni kembar empat itu.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·


Areum menggeleng perlahan sambil tersengih disaat melihat suaminya melayani anak-anak saudaranya. Habis badan sekepeng Yoongi yang tertiarap atas katil menjadi port kembar bermain.

Agust D menconteng perkataan pelik atas belakang badan. Suga pula menggunakan tangan sebagai mikrofon. Kelakuan Yoonji pun tak ada kurangnya, wajah berkumis nipis milik pakcik Yoongi menjadi mangsa apabila barangan kosmetik kepunyaan Jemah digunakan untuk 'mencantikkan' wajahnya.

Tak lupa juga Toongi yang membantu untuk cari uban yang semakin merimbun atas kepala. Mana taknya kerja seperti akauntan kadangkala buat kepala rasa runsing. Itu juga penyebab uban semakin banyak.

Dari pandangan isterinya, Yoongi umpama tebusan milik pengganas kecil . Malah, telatah mereka amat mencuit hati sampaikan terburai tawa Areum.

Namun, tawanya tidak berpanjangan tatkala Areum berasa dirinya diserang sakit yang teramat menyengat. Keadaan ini menyebabkan nafasnya mula tak teratur. Toongi yang berperasan keadaan Areum lantas menggoyangkan badan Yoongi.

"Uncle, Aunty kencing!"

"Ya Tuhan! Chagiya, air ketuban dah pecah ni!"


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Yoongi yang mundar-mandir tidak dapat berhenti daripada ulang-alik berjalan di ruang menunggu. Mungkin kerana risau akan keadaan isteri dan anak yang bakal dilahirkan.

"Alah rilekslah bro. Meh duduk dulu, dah serupa bekas tahanan Hospital Sakit Jiwa Gonjiam je aku tengok" bicara tenang seorang lelaki diselitkan dengan gurau senda.

Niatnya cuma ceriakan Yoongi yang resah, namun gagal. Rambut serabainya diramas geram.

"Mestilah, isteri aku nak bersalin. Takkanlah kau tak risau kot?" tutur Yoongi gelisah sambil mengigit hujung kuku.

"Bini kau, bukan bini aku" anak mata Yoonhwa digulingkan ke atas.

Daripada melayan abangnya, lebih baik Yoongi berdoa akan kesejahteraan isteri tercinta dan anak yang bakal dilahirkan.

Dalam penantian yang amat menyeksakan buat Yoongi, akhirnya pakar sakit puan keluar dari bilik bedah lalu melewati ruang menunggu.

"Doktor macam mana dengan isteri dan anak saya?" soalnya dengan penuh mengharap.

"Awak suami kepada Puan Min Areum?" Yoongi mengangguk.

"Isteri awak..."

🍉🍉🍉🍉🍉

To be continued ehek

【✔️BTS】𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑰𝑰 • 𝓜𝓲𝓷 𝓨𝓸𝓸𝓷𝓰𝓲Where stories live. Discover now