²

11 1 0
                                    

Matahari yang terang itu menerangi ruang kamarnya melalui jendela yang berada dekat dengan katilnya.

Sudah pagi.

Selepas subuh tadi, dia menyambung tidurnya semula. Iyalah, hujung minggu kan. Kalau tidak sambung tidur mahu buat apa sahaja lagi?

Mendengar ketukan pintu di luar kamarnya, dia terus bangun dan membuka pintu. Jelas muka atok kesayangannya yang tersenyum di muka pintu biliknya.

Ya, dia tinggal bersama atoknya sejak kecil lagi. Ibu bapanya telah bertemu kembali kepada Pencipta tujuh tahun lepas. Tiada apa yang boleh dilakukan Yasmin. Dia tahu Tuhan lebih menyayangi mereka.

Andai masa boleh diputar semula, dia berharap bahawa dia turut dibawa bersama. Namun dia sedar bahawa masih banyak lagi masa yang perlu dihargai di atas muka bumi ini.

Alhamdulillah, syukur untuk segalanya. Kasih sayang atok dan nenek terhadap dirinya amatlah berharga. Mereka menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Ya, dia sedar atok dan nenek adalah manusia yang dikirimkan Tuhan kepadanya agar dia terus dapat mencari kekuatan untuk meneruskan hidup.

"Aneen, lepas mandi nanti turun bawah ya? Nenek dah sediakan sarapan tu."

Senyuman diukir untuk atoknya lalu tubuh yang semakin dimamah usia itu dipeluknya. Erat.

"Aneen sayang atok sangatngatngatngat."

"Kenapa kamu pagi pagi ni?"

Pelukan diurai lalu wajah atoknya ditatap lama dengan penuh kasih. Lelaki di hadapannya ini sudah membesarkannya sejak kecil lagi. Terlampau banyak jasanya. Entah bila boleh dibalas segala penat lelah yang dikorbankan untuk dirinya.

"Ala atok ni. Aneen cakap sayang je."

"Aneen! Apa yang lama sangat tu? Cepatlah mandi!"

Tanpa diminta suara laungan yang sepertinya minta penyepak daripada sepupunya itu bergema di dalam rumah atoknya itu.

Pantas dia menjeling manusia yang berjalan makin dekat ke arahnya itu selepas atoknya turun ke tingkat bawah.

"Alamak kau. Sibuk je pagi pagi dah datang sini. Nak apa kau?"

"Hehe kau ni makan semut banyak sangat ke? Kan aku dah cakap nak ajak kau teman aku shopping hari ini."

"Malas betul lah aku!"

"Alah Aneen! Mana boleh! Aku kan dah nak balik next week. Now, it's our bonding time!"

"Bonding time dekat sini je lah. We should spend more time with our grandparents aite?"

"Aneen! Dah janji kan! Cepatlah siap!"

Kalau diikutkan perasaan malas betul dia nak menemani sepupunya itu. Tapi apakan daya, lepasni mesti makin susah nak jumpa orang depan dia ni.

"Iya lah. Iya lah. Aku mandi dulu."

Kakinya melangkah masuk ke dalam kamarnya. Semasa dia mengambil tuala di yang diletakkan di sebelah almari, dia terpandangkan telefonnya yang terletak di atas meja lampu.

Pantas kakinya mengorak langkah ke arah meja lampu itu.

"Haih."

Tanpa sedar keluhan terbit dari mulutnya. Mana kan tidak, masih berbaki tiga hari lagi. Masa seolah-olah tidak bergerak membuatkannya berasa geram.

Bunyi yang keluar secara tiba-tiba dari telefonnya membuatkannya tersenyum. Bahagia.

*2 messages arrived*

Pantas sahaja tangannya membuka kiriman messages itu.

Ian❤

- Good morning sunshine!

- Don't skip you breakfast ☺

Bahagia sungguh dirinya! Pagi pagi lagi dah ada orang kisah pasal diri ini.

Pantas tangannya menekan untuk membalas.

Good morning too! -

Awak dah makan? -

Jangan risau! Nenek dah sediakan sarapan untuk saya. -

Sungguh dia rindu.

Tapi dia tahu lelaki itu ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Dia tidak perlu khuatir walaupun jarak memisahkan mereka berdua beribu batu. Kerana dia tahu lelaki itu sentiasa akan ada bersamanya selalu.

Selepas kiriman messages dihantar dia terus masuk ke dalam kamar mandi untuk mandi dan bersiap.

Takut jika lambat nanti suara bingit sepupunya itu akan terus menghantui dirinya. Macam dia tak biasa kena. Nasib lah sepupu kalau tidak sudah lama makan kaki.

It's gonna be a long day, Yasmin Daneen.

.
.
.
.
.

DON'T FORGET TO COMMENT & VOTE!





Tirai QalbiWhere stories live. Discover now