“Muka berkerut masam macam tu mesti ada benda tak kena lah ni.”
Tebak Dayyan Hazriq sepantas kilat.Sudah la, kalau orang depan dia ini buat muka masam mencuka itu tentu sahaja ada benda yang tak kena. Bukan sebulan dua dia kenal dengan makhluk depan dia ini. Hampir enam tahun mereka sudah saling mengenali.
Bukan sekali dua makhluk depan dia itu tiba-tiba sahaja diam tak berkutik. Banyak kali. Tak terkira bilangan dengan jari. Selalu sahajalah tanpa ada hujan ribut petir tiba-tiba sahaja makhluk depan dia itu tiba-tiba senyap macam kunci untuk buka mulut hilang tak dijumpai.
Heh, perempuan. Nasib sahaja makhluk ciptaan Tuhan depan dia itu perempuan. Kalau tidak, kirim salam awal-awal. Memang dia blah terus.
“Yasmin, did you hear what I said just now?”
Diam.
Soalan yang diajukannya seolah hanya berlalu dibawa angin dingin malam sahaja. Okay, kalau muka dia pun dah tak nak pandang memang sah la seorang Yasmin Daneen depan dia ini dilanda masalah.
Entah masalah apa-apa sahajalah. Entah serious entah tidak. Bukan boleh dipercayai orang depan dia ini. Pen hilang pun dia nangis. Heh.
“As usual, I'm all ears.”
Malas mahu berteka-teki lagi. Bila dia cakap macam tu, buka mulut lah perempuan tu nanti.
Seminit. Dua minit.
Tiba-tiba sahaja sepasang mata memandang tepat ke arahnya.
“Go on Yasmin. Just say anything you want. I'm here for you. Kenapa pulak kali ni?”
“Sa-saya..”
Ah sudah, tiba-tiba sahaja air mata jernih mengalir pada pipi perempuan di hadapannya tu.
“Rafael sakit... Dok-doktor cakap dia mungkin kena tahan seminggu.”
Sambil teresak-esak Yasmin Daneen menjawab soalan Dayyan Hazriq di depannya tu.
Sudah Dayyan agak. Benda kecil je sebenarnya yang berlaku. Tapi macam biasa lah perempuan depan dia tu. Mengada lebih. Tak nak layan tapi nanti dikatanya sudah tak sayang lagi. Apa-apa sahajalah. Perempuan kan. Layankan je lah.
“Aish dia ni. Saya ingat apa lah tadi yang serious sangat tu. Nah ni ambik, lap air mata tu. Tak senonoh. Gembeng. Sikit-sikit nangis.”
Alamak aih. Dayyan cuba nak bergurau sahaja pun tapi malangnya makin deras pula air mata seorang Yasmin depan dia ni mengalir. Alahai.
“Ian, a-awak dah tak sayang saya ke? Ke-kenapa cakap macam tu?”
Teresak-esak perempuan depan dia bertanya. Dah la, malas dia mahu melayan. Suka buat drama swasta tau perempuan ni.
Bukan tidak mahu pujuk. Sudah dia maklum tentang perkara itu. Dia juga yang menghantar manusia depan dia itu berjumpa doktor malam semalam. Dia juga dengar segala penjelasan yang diberikan doktor.
Tapi entah kenapa perempuan depan dia ni ajak berjumpa tadi. Perasaan bimbang menguasainya bila tengok muka monyok perempuan depan dia tu. Dia fikir perempuan depannya itu ada masalah yang perlu dikongsi.
Rupanya....
Nak bagitahu tentang Rafael. Perkara yang dia sendiri sudah maklum. Rafael, kucing perang kesayangan Yasmin yang sedang duduk depan dia ini. Ditahan kerana tiba-tiba sahaja muntah lepastu tidak sedarkan diri.
Ingat masalah apa sahajalah yang menganggu fikiran perempuan itu. Rupanya berduka kerana Rafael. Over betul. Malas betul mahu melayan. Lembut betul hati tu. Jiwa rapuh.
“Dah, jom. Dah nak malam sangat ni. Nanti atok susah hati.”
Terus ditarik sahaja tangan perempuan di hadapannya tadi. Tadi atok perempuan depan dia ni tadi cakap jangan balik lewat. Jadi, memang tidak la dia mahu bawa perempuan depan dia tu pulang lewat. Kang dia kena kejar dengan parang hah mahunya dia lari tak cukup tanah.
“Yasmin Daneen.”
“Yasmin Daneen, look at me.”
Diam sahaja. Muka dia pun tidak dipandang. Sedih lagi lah tu.
“Hey, tengok sini.”
Muka Yasmin ditolak menghadapnya.
“Stop crying. Wipe your tears. You make me worried. Haish dia ni.”
“Masuk dalam mandi, solat dan tidur. Don't over think okay. Everything will be alright with God's will.”
Sebelum sempat Yasmin melangkah keluar, kepalanya diusap lembut.
“I will be away for five days. Good night. Take care my sweetest Daneen. Don't miss me.”
Yasmin terus menapak masuk ke dalam rumah. Selepas hilang sahaja seorang Yasmin daripada pandangannya, tanpa sengaja dia mengeluh.
“Innocent sangat. Macam mana kau nak hidup kalau aku tak ada ni.”
Terus sahaja pedal minyak keretanya ditekan membelah jalan yang umpama lautan kereta dan terus hilang ditelan larut malam.
.
.
.
.
.What do you think?
COMMENT & VOTE!Love, A❤

ANDA SEDANG MEMBACA
Tirai Qalbi
RomansaKau yang jauh terasa ada, Berharap terus kuat menghadapi dunia, Kerana, Aku tidak ada selamanya. La Tahzan Ya Qalbi, Jika ini takdirnya, Aku terima.