³

11 1 0
                                    

Aneen, buat apa lagi tercegat dekat situ? Cepatlah.”

Pantas kakinya melangkah untuk mengejar sepupunya yang sudah berada di hadapan.

Alin, tunggu la aku!”

Memang tak reti tunggu orang si Fazlyn di depannya tu! Sejenis tak menyabar.

Laju kakinya melangkah mengejar sepupunya Fazlyn yang sudah menaiki escalator ke tingkat atas shopping mall itu. Sambil dia mengejar, matanya sempat melihat barangan yang dijual di butik-butik yang berada di kiri dan kanannya. Mana tahu ada yang berkenan, bolehlah dia melabur duitnya. Hiks!

Buk.

Langkah kakinya terhenti. Hampir sahaja dia jatuh kerana hampir tersungkur apabila ada orang yang melanggarnya. Sumpah seranah sudah diungkapkan dalam hati. Lori ke balak yang dia langgar ni. Sakit kepala dia dibuatnya.

Baru sahaja dia hendak mengangkat kepalanya untuk melihat orang yang melanggarnya, tiba-tiba sahaja orang di hadapannya bersuara.

Are you blind or something?”

Sumpah! Sekarang dia rasa mahu mencarut. Dia yang langgar orang, dia yang salahkan orang lain. Gila agaknya. Pantas sahaja mulutnya hendak membalas. Dia memang tidak boleh duduk diam. Orang sudah buat dia, tidak mungkin lah dia mahu mendiamkan diri sahaja. Oh, memang tidak.

Sorry mister. Nah, I think I'm the only one that should ask that question? Am I right?”

What, come again?

Melihat daripada muka orang di hadapannya ini dia pasti bahawa orang depan dia ini Melayu. Pantas dia membalas menggunakan bahasa Melayu. Mungkinlah dengan bahasa Melayu baru boleh fahamkan lelaki depan dia ini.

Cukup lah tu. Saya tak rasa awak buta dan pekak.”

“Really? But I don't think so.

Eh hello, awak yang langgar saya tadi!

“Oh, wow.”

Tidak faham dia dengan lelaki di hadapannya itu. Orang cakap lain dibalas lain.

Awak minta maaf sahaja lah! Susah sangat ke?”

“You're not that attractive.”

“What? Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya. Biadab sangat kenapa? Zero manners!”

Susah sangat gamaknya lelaki di depannya itu mahu sebut perkataan 'Maaf'. Pelik sungguh. Dengan empat huruf itu boleh buat dia berubah hodoh mungkin.

“Just saying.”

Sungguh, tangannya rasa ringan sahaja untuk memberi tamparan hebat kepada orang di hadapannya. Tiba-tiba sahaja mengutuk orang. Perangai tak semenggah betul.

Biadab sungguh!

Dengan iman dia yang sememangnya nipis itu, ingin sahaja dia tampar wajah perasan hebat di hadapannya itu. Namun memikirkankan mereka berada di tempat awam membuatkannya cuba melupakan niatnya yang satu itu. Dia masih tahu menghormati maruah orang lain.

Malas mahu melayan, terus sahaja dia membuka langkah untuk meninggalkan lelaki itu. Dia sungguh malas. Malas mahu membuang masa mendengar hinaan yang keluar dari mulut orang yang langsung tidak dikenalinya itu.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Dec 20, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Tirai QalbiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang