00 : 03

2.7K 346 41
                                    

BERADA di dalam perpustakaan bukanlah satu benda yang asing mahupun luar biasa. Kecuali apabila perpustakaan itu sebenarnya dah ditutup dan kau terperangkap kat dalam tanpa ada jalan keluar, bersama-sama pula dengan seorang lelaki yang kau baru jumpa hampir setengah jam lepas.

Bunyinya mengarut tapi memang itu yang terjadi kepada Jeane sekarang ni.

Dan ini juga kedengaran mengarut, tapi Jeane mengaku bahawa dia rasa jauh lebih selamat bersama dengan lelaki yang dia tak kenal di sebelahnya kini berbanding dengan dibiarkan bersendirian dikelilingi buku yang tiba-tiba kelihatan sangat seram di sekelilingnya.

Jeane suka buku dan dia dah habiskan 20 tahun hidupnya membaca pelbagai genre buku, tapi dia tak pernah tahu buku boleh jadi sangat menakutkan. Terutamanya dalam suasana gelap sekarang ni, walaupun buku-buku di sekelilingnya hanya statik di atas rak.

Menoleh ke tepi, Jeane rasa ketakutan yang dia rasa tadi berkurangan sedikit melihat ada manusia lain yang bersama dengannya. Sekurang-kurangnya, walaupun dia tak ada idea langsung tentang identiti 'manusia' di sebelahnya ini.

Sekarang mereka berdua tengah duduk di atas lantai sambil bersandar selesa pada dinding yang terasa sejuk di belakang Jeane. Dia langsung tak bertanya apabila di dibawa ke sini, ruangan yang dia sendiri tak pernah masuk walaupun dah berpuluh kali dia berkunjung ke perpustakaan ni.

Ini restricted area. Ruangan di mana buku-buku di dalamnya tak boleh dipinjam keluar dan hanya boleh dihabiskan bacaan di ruangan ini je. Leceh bagi Jeane, sebab tu dia tak pernah terfikir nak membaca kat sini. Dia lebih suka pinjam buku dan habiskan baca kat rumah.

Dan melihatkan lelaki di sebelahnya ini kelihatan sangat khusyuk dengan buku di tangan menyebabkan Jeane buat kesimpulan sendiri. Agaknya mamat ni perangkap diri sendiri sebab nak habiskan baca semua buku di ruangan ni.

"Awak ada soalan nak tanya saya?"

Tiba-tiba si lelaki bersuara. Serentak kepalanya menoleh ke arah Jeane. Wajahnya tak nampak jelas sangat memandangkan ruangan itu agak gelap dan cahaya pun hanya datang dari nightlight yang dibawa oleh lelaki itu, yang kini diletakkan di antara mereka berdua.

Serta-merta Jeane rasa oksigen yang dihirupnya tak sampai ke paru-paru tatkala mata itu sekali lagi tajam menghala ke wajahnya.

I swear to god, this guy held such an intimidating but attractive gaze. Tapi Jeane cuba untuk tak dipengaruhi dengan benda itu yang sejak tadi berlegar dalam benaknya.

"No." Cuba berlagak tenang, Jeane alihkan wajah sendiri. Memandang kosong ke arah rak buku di hadapan mereka tika itu. Tapi dari ekor mata dia lihat lelaki itu kembali tunduk pada buku di ribanya tika itu.

Jeane ingatkan itu maknanya dia dah berpuas hati dengan jawapan yang Jeane beri. Malangnya andaian Jeane silap sama sekali apabila suara lelaki itu kembali kedengaran.

"You're staring."

Well, I was! Jeane tahu dia akan lebih memalukan diri sendiri kalau dia deny sebab memang betul pun dia mencuri pandang ke sebelah sejak tadi.

Dibiarkan hampir seminit berlalu sebelum Jeane memutuskan untuk menyoal. Mungkin lebih elok kalau dia cuba untuk mulakan perbualan memandangkan mereka akan berada di sini untuk tempoh beberapa jam yang akan datang.

A little conversation won't hurt, isn't it?

"Did you do this on daily basis?"

Lelaki itu kembali menoleh. Nampak sedikit offended dengan soalan Jeane, memaksa gadis itu untuk menambah details pada soalannya.

ObliviateWhere stories live. Discover now