00 : 06

2.5K 346 67
                                    

SELEPAS dia dan Eli dah selesai mendaftar dan diberi satu pakej yang berisi macam-macam didalamnya termasuklah sleeping bag dan beberapa helai T-shirt (yang sekaligus memberi isyarat buruk bahawa tugas fasilitator yang Jeane sangkakan mudah ini berkemungkinan lebih rumit daripada yang dia bayangkan), mereka berdua terus mencari khemah yang ditetapkan untuk mereka.

Dan walaupun peristiwa yang berlaku sebelumnya cukup untuk mengejutkan mereka, Eli lebih memilih untuk mengabaikan terlebih dahulu tentang hal itu sebaliknya memberikan taklimat ringkas kepada Jeane.

"So, kem ni sebenarnya sejenis kem yang dibuka untuk budak-budak sekolah yang rasa-rasa nak isi cuti sekolah diaorang dengan aktiviti yang fun and a lil bit different. Mim dengan kawan-kawan dia wants to spend their semester break doing something memorable, so that's why they came up with this idea. Kinda inspired by summer camp or something? And this is the fourth time already."

Mereka sama-sama masuk ke dalam khemah, sejenis bell tent yang boleh dikatakan agak besar saiznya. Jeane baru nak menggunakan pemikiran kritisnya untuk mengagak berapa ramai yang boleh dimuatkan dalam khemah tersebut namun melihat ke dalam khemah itu, dia tahu dia tak perlu susah payah nak berfikir kritis bagai.

Ruangan di dalam khemah itu dah pun disusun elok-elok dan dibahagikan untuk memuatkan tujuh orang di dalamnya. Ada tujuh buah portable beds di dalamnya. Tak terlalu luas tapi tak juga terlalu sesak macam yang Jeane bayangkan. Quite decent.

"So this is more like... glamping rather than camping?"

"Exactly." Eli memetik jari, bersetuju. "So as you can see, there are spaces for exactly seven people, which mean there will be six kids on your team. Tapi budak-budak tu semua akan sampai petang esok dan itu maknanya malam ni aku boleh tidur kat sini."

Dan Eli dah pun buat keputusan sendiri untuk mengambil tempat di salah satu portable beds yang ada.

Okey. Nak handle enam orang budak dalam tempoh seminggu mungkin taklah serumit mana. Jeane cuba positifkan diri sendiri sambil dia mengambil tempat sama macam Eli.

"So...." Eli mulakan balik perbualan selepas hampir tiga puluh saat mereka senyap. Ayatnya tergantung tapi Jeane nampak dah ke mana halanya perbualan ni.

"What is going on?" Nada suara Eli kedengaran agak tak sabar.

"What is going on where? I don't think there is something going on." Jeane sengaja buat bodoh.

Eli dengan reaksi terlebih dramatiknya, reaksi muka dah mengalahkan wartawan Melodi nak kumpul bawang.

"Kau dengan Jebat." Kemudian dia dekatkan jari telunjuk kanan dan kirinya sebelum dia angkat kening double-jerk.

"Kau tak cakap kau kenal Jebat?" Itu pula yang dibalas oleh Jeane.

Dan-dan Eli balas dengan mata membulat, lagak seolah dirinya teraniaya dengan soalan Jeane.

"How in the world would I know that your one night stand is Jebat? Babe, you don't even know his name except the fact that he is cutely intimidating and he made your heart flutters all night long."

Well, there goes the point. Jeane tersedar yang soalannya agak menyimpang di situ. Dia tak tahu nama Jebat, itu poin utamanya.

Namun baru Jeane nak bersuara, Eli dah terlebih dahulu buka mulut. Dengan riak wajah ala-ala Newton buat discovery tentang graviti.

"Well, wait. Intimidating but kinda cute. Crescent moon eyes. Broad shoulders. Have a lot of ear piercings." Eli tiba-tiba buat ringkasan tentang semua description yang pernah Jeane kongsi dengannya. "Semua tu totally Jebat's! Oh my gosh! Macam mana aku boleh tak sedar? Lambat Eli, lambat." Self punishment, Eli ketuk dahi sendiri.

ObliviateWhere stories live. Discover now