00 : 11

2.8K 363 108
                                    

"YOU'RE insane, J. Do you even know what you're up to?"

Here we go again. Eli being overdramatic, as always. Eli sedang berpaut di lengan Jeane, dengan langkah mereka seiring meninggalkan kawasan khemah.

The kids slash the campers tengah berjalan di hadapan mereka. Masing-masing masih dengan mood grumpy awal pagi kecuali Bid yang tengah buat recap tentang mimpi dia malam tadi kepada Khyra yang mendengar dengan penuh berminat.

"Aku tak nampak apa salahnya nak berkawan dengan dia. I mean talking and smiling at each other won't cause any damage, isn't it?"

Eli gelak sinis. Walaupun Jeane tak menoleh ke sebelah, dia dapat membayangkan Eli tengah rolls eyes waktu itu.

"Kawan." Nada suara Eli jelas sekali berbunyi skeptikal. "That's exactly where it starts. Semua orang gunakan alasan kawan dan lepas tu kau takkan sedar kau terjatuh cinta dengan kawan kau. Lepas tu hati kau patah. Dia akan hidup bahagia dengan isteri dia. End of story."

Jeane gigit bibir sendiri.

"You're overthinking. Aku dengan Jebat tak seserius tu."

"As if." Tawa sinis Eli sekali lagi kedengaran. Membalas hampir serta-merta selepas Jeane membidas kata-katanya tadi.

"You'd have basically fall for him even before you know his name J. If you don't mind me reminding you about that." Eli roll eyes di hujung ayat.

Akhirnya Jeane mengeluh. Terasa helpless nak menafikan sebab dia tahu Eli boleh agak apa yang berada di dalam kepalanya dia semudah baca blurb kat belakang buku.

"Come on, babe. Kau kenal aku macam mana. You don't think I will survive just for a week?" Atau sekarang kurang dari seminggu memandangkan hari ni dah masuk hari ketiga mereka di kem ini.

"Aku percaya kau, but not Jebat."

Jawapan Eli membuatkan kening Jeane berkerut halus. Namun belum sempat dia bertanya apa yang dimaksudkan oleh Eli, hujung bajunya ditarik lembut oleh Nani. Menjadikan fokusnya teralih seketika daripada Eli.

Nani, walaupun dah berumur 8 tahun, tapi tubuhnya agak kecil berbanding kanak-kanak seusia dengannya. Dan disebabkan tu Jeane kena sentiasa bersedia membantu Nani. Contohnya macam sekarang ni, ketika Nani tengah struggle nak memanjat naik ke atas kerusi yang jauh lebih besar berbanding saiz budak kecil tu

Dan belum pun sempat Jeane nak menyoal setelah dia letakkan Nani untuk duduk di sebelah kanannya, kepala Thaqid tiba-tiba muncul di antara dia dan Eli yang ketika itu duduk di sebelah kirinya.

Lelaki itu tersenyum manis. Mata bulatnya nampak bersinar dan penuh bersemangat, sangat kontra dengan orang lain yang semuanya nampak tak rela nak memulakan pagi itu. Kepalanya menoleh kejap pandang Eli dan kejap lagi beralih pada Jeane.

"Cerita apa? Macam best je." Wajah Thaqid kelihatan sangat teruja nak mendengar jawapan salah seorang daripada mereka.

Ketika itu, Eli pandang Jeane. Seakan meminta kebenaran untuk memberitahu Thaqid segala yang berlaku. Dan itu benda normal sebab Thaqid adalah salah seorang daripada mereka, seseorang yang tahu setiap gosip yang Eli dan Jeane kongsi bersama.

Tapi tak kali ini. Jeane tak rasa Thaqid perlu tahu. Lebih-lebih lagi kerana hal ini melibatkan dirinya dan orang lain, sementara ada sesuatu di antara dia dan Thaqid yang masih belum selesai. Sesuatu melibatkan hati dan perasaan.

Jadi, Jeane putuskan untuk menghantar telepati kepada Eli. Menghalang gadis itu daripada mention apa-apa tentang Jebat kepada Thaqid. Dan Eli, walaupun matanya menjeling sebagai tanda protes tetap memilih untuk memenuhi permintaan Jeane.

ObliviateWhere stories live. Discover now