00 : 08

2.3K 316 50
                                    

Love notes:

Thaqid is finally here, yay!
ヽ(´▽`)/

~*~

"LOOK...." Eli memulakan semula perbualan selepas membiarkan hampir lima minit senyap antara mereka berdua. Mereka sedang duduk bersebelahan ketika itu, di anak tangga yang menghala ke kawasan anak bukit berhampiran dengan tapak perkhemahan tu.

"Maybe it wasn't that bad. Maksud aku, kau dengan Thaqid... korang okey kan?"

Wajah Jeane berkerut. Seolah soalan Eli tu merupakan soalan yang paling rumit pernah dia jumpa seumur hidupnya.

"Apa maksud kau 'okey'? You know exactly what happened between us." Motonone aje Jeane membalas. Matanya merenung kosong ke arah dewan terbuka yang kelihatan agak sibuk tak jauh dari tempat mereka duduk.

"Tak, maksud aku... at least kau dengan dia putus cara baik."

Untuk ayat itu, Jeane mengeluh panjang.

Sure, putus cara baik.

Hubungan dia dengan Thaqid tak ada masalah. Sama ada sebelum mereka mula bercinta, semasa mereka tengah bercinta mahupun lepas mereka putuskan bahawa perkataan 'bercinta' itu sangat tak sesuai untuk mereka berdua.

Jeane kenal Thaqid dah lama. Jumpa pertama kali waktu sekolah rendah, jadi kawan ketika di sekolah menengah dan bercinta lepas habis SPM. Jika disuruh untuk memilih orang yang sangat mengenali dirinya (mungkin lebih daripada Jeane tahu tentang diri sendiri), nama Thaqid akan berada di tempat kedua selepas Eli.

Thaqid is good and relationship with him is also good. Mereka tak ada masalah, langsung. And yes, 'good' bukanlah satu penanda aras yang baik untuk sebuah perhubungan. Sebaik mana pun hubungannya dengan Thaqid, ada sesuatu yang terasa serba tak kena. Rasa kosong, mungkin?

Mungkin disebabkan mereka dah saling kenal dan cukup faham antara satu sama lain, masing-masing tahu apa yang diri masing-masing nak dan tak nak, suka dan tak suka. Dan mungkin di situ silapnya. Hubungan mereka jadi sangat plain, almost boring, sehinggalah mereka sendiri yang putuskan untuk tamatkan hubungan tu setahun lepas mula bercinta.

Tapi mereka masih baik lepas tu. Masih boleh berbual panjang untuk saling bertanya khabar, masih lagi melayan gosip-gosip yang Eli kongsikan di group chat mereka bertiga. Dan mereka mungkin boleh je memilih untuk bercinta semula pada bila-bila masa mereka nak (even now).

Tapi, tipulah kalau Jeane kata tak wujud satu halangan antara dia dan Thaqid selepas apa yang terjadi. There is always some kind of tension and some awkward vibe, yang Jeane tak tahu dia nak terangkan macam mana. Lebih-lebih lagi disebabkan dia sendiri yang memilih untuk tamatkan hubungan percintaan mereka, dirinya seolah diselubungi rasa bersalahnya yang akan jadi berganda-ganda lebih besar setiap kali dia berhadapan dengan Thaqid.

"Did you guys fight? Itu ke sebabnya Thaqid dah jarang respons dalam group chat kita?" Skil penaakulan Eli memang sangat membanggakan.

"Tak, tak gaduh. We're still okay, I guess. It's just that... I literally dumped him, without thinking twice. And I denied all his attempts to get back together with me." Jeane mengaku betapa kejamnya diri sendiri lantas menoleh untuk mengajukan soalan kepada Eli. "Kalau kau duduk kat tempat dia, kau tak rasa kau akan benci aku ke?"

Mata Eli terus membesar. Terkejut dengan info yang baru dia terima.

"Oh my gosh! Dia masih minta nak get back dengan kau? Aku sangkakan korang dah lepas tahap tu."

ObliviateWhere stories live. Discover now